Tag Archives: produk percuma
Tags:cara membina hubungan pelanggan, cara menjual di internet, hadiah, Informasi, online marketing, perniagaan internet, produk percuma, usahawan internet.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Pengguna internet adalah orang yang hauskan bahan-bahan yang mempunyai ‘nilai’ kepada mereka. Tidak kira samada bahan tersebut berbentuk video, ebook, audio, gambar, perisian, penulisan dan seumpamanya. Mereka mencari jawapan kepada masalah yang sedang melanda diri mereka. Kadang-kadang mereka tiada sebarang masalah, tetapi mereka suka mendapatkan ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat baru yang mungkin bermanfaat bagi mereka.
Berniaga di internet memerlukan kemahiran yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan pelanggan. Kadang-kdang pelanggan membeli bukan kerana mereka perlukan sangat produk yang kita hasilkan tetapi kerana kepercayaan mereka kepada kita. Mereka percaya kita adalah usahawan yang tulen, mereka percaya kita wujud, mereka percaya kita tidak akan menipu dan mereka percaya tiada apa yang perlu dibimbangkan jika berurus niaga dengan kita.
(more…)
Wallahualam.....
Tags:berjaya, ebook percuma, email, email percuma, hadiah percuma, Internet, membaca, Perniagaan, produk, produk percuma, usahawan.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Setiap hari apabila membuka internet, lazimnya ramai dikalangan kita yang mula dengan menyemak email (tapi sekarang ramai gak yang chek Facebook frst). Sebagai seorang yang ingin menjalankan perniagaan internet, kita mungkin tidak terlepas dari menerima email bertalu-talu dari peniaga-peniaga internet lainĀ samada dari dalam mahupun luar negara.
Keadaan ini telah menyebabkan kita mengalami pembaziran masa yang kita sendiri pun tidak sedar. Sehingga perkara yang sepatutnya kita lakukan, tidak kita lakukan, tetapi kita melencong pula ke arah lain kerana tawaran menarik dan hadiah percuma yang diberikan kepada kita. (more…)
Wallahualam.....