Tags:buat duit, duit orang lain, idea, idea buat duit, masa orang lain, Perniagaan, tenaga orang lain.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ini adalah sambungan daripada artikel dahulu yang mana kita membincangkan tentang OPM. Anda boleh semak artikel tersebut di sini. Kali ini kita akan bicara pula tentang OPE atau Other People Effort dan boleh juga kita kira sebagai OPT atau Other People Time, maksudnya ialah Masa atau Tenaga orang lain. Apa kaitannya tentang OPE atau OPT dengan cara buat duit? Jom kita semak dengan contoh ini:
Nuar adalah seorang pekerja kilang yang bergaji RM1000 sebulan. Beliau sentiasa berjimat cermat dan menyimpan wang gajinya untuk kegunaan di masa hadapan. Setelah menyimpan wang beberapa tahun dengan pelbagai sumber, akhirnya Nuar berjaya mengumpulkan wangnya sehingga RM10,000. (more…)
Wallahualam.....
Tags:buat duit, buat wang, idea bisnes, makan gaji, pekerjaan, Perniagaan, rahsia orang kaya.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Sudah lama rasanya tak berceloteh tentang perniagaan dan cara-cara buat duit. Patutlah saya rasa duit semakin kurang, huhu..apa kata kali ni kita menambahkan kembali duit dalam minda kita dengan pelbagai idea buat duit yang menarik! Duit itu kadang2 seperti magnet, apabila betul cara kita berfikir..ia akan datang sendiri dengan comelnya. Ehem..adakah duit itu comel? Kalau tak kenapa semua orang sukakan duit? huhuhu..jom kita terjun ke dunia idea!
Adakah anda seorang pekerja makan gaji? Berapa gaji anda sebulan? RM1500? RM2000? RM3000? Sudahkah anda membeli kereta? Sebenarnya memang satu kelebihan bagi pekerja makan gaji kerana mudah untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kereta. Saya ada satu idea menarik yang mungkin boleh anda aplikasikan dengan menggunakan kelebihan ini. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 28 December '09 by wanwma, under Perniagaan, buat duit. 2 Comments.
Tags:berjaya, ebook percuma, email, email percuma, hadiah percuma, Internet, membaca, Perniagaan, produk, produk percuma, usahawan.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Setiap hari apabila membuka internet, lazimnya ramai dikalangan kita yang mula dengan menyemak email (tapi sekarang ramai gak yang chek Facebook frst). Sebagai seorang yang ingin menjalankan perniagaan internet, kita mungkin tidak terlepas dari menerima email bertalu-talu dari peniaga-peniaga internet lainĀ samada dari dalam mahupun luar negara.
Keadaan ini telah menyebabkan kita mengalami pembaziran masa yang kita sendiri pun tidak sedar. Sehingga perkara yang sepatutnya kita lakukan, tidak kita lakukan, tetapi kita melencong pula ke arah lain kerana tawaran menarik dan hadiah percuma yang diberikan kepada kita. (more…)
Wallahualam.....
Tags:ilmu, inspirasi, Motivasi, part time job, Perniagaan, tip dan teknik.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dalam undian yang dibuat oleh para pengunjung blog ini, nampaknya artikel tentang perniagaan menjadi pilihan ramai. Walaupun tak ramai yang mengundi, ia dah cukup untuk menunjukkan saya perlu lebihkan artikel tentang perniagaan.
Baik, apa maksud pastikan dua di atas? Sebelum menjawab soalan ini mari kita membuat sedikit analisis. Katakan sekarang anda sedang bekerja makan gaji. Anda selesa bekerja di sana, walaupun begitu anda masih ingin memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Namun hasrat anda itu tidak sampai ke mana kerana sibuk memanjang..habis. (more…)
Wallahualam.....
Tags:kualiti, kuantiti, Motivasi, Perniagaan.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Kali ini kita akan berbincang berkaitan perniagaan. Namun ilmu ini bukanlah khas buat ahli perniagaan sahaja, ia amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui sebuah kuasa yang dapat menjadikan anda seorang Power Rangers yang berjaya!
Kalau tanya budak darjah satu pun tahu kot yang 1000 memang lebih banyak dari 100. Soalan ini sebenarnya berkaitan tentang kualiti, bukan kuantiti. Kita kadang2 terlepas pandang yang kunci utama perniagaan sebenarnya bukan ‘kuantiti’ tetapi kualiti. Seringkali kita sebagai ahli perniagaan memberi alasan tentang kurangnya wang perniagaan untuk dijadikan modal sedangkan kita sudah pun memiliki wang RM5000, dan ini jugalah alasan kenapa kita gagal. Selepas itu mula la nak buat pinjaman sana sini… (more…)
Wallahualam.....
Posted on 19 August '09 by wanwma, under Motivasi, Perniagaan. 3 Comments.