Sunday , 19 November 2017
Terbaru

Tag Archives: perkahwinan

Niqab Orang Malaysia

Bismillah. Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, “Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni.” Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya. Hari ini, di dalam negara ... Read More »

Betulkah Ada Hadis “Rahsiakan pertunangan, war-warkan perkahwinan”?

Soalan: Assalamualaikum. Banyak disebarkan di internet sepotong hadis yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan,war-warkan perkahwinan” Soalan saya apakah benar ia sebuah hadis Nabi Muhammad SAW? Terima kasih. Jawapan: Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus dengan lafaz: Mafhumnya: “Zahirkanlah (war-warkan) perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan.” Akan tetapi hadis ini Dhoief (Lemah) seperti yang dinilai oleh al-Albani di dalam al-Silsilah ... Read More »

Kepercayaan Melayu, Amalan Khurafat dan Adat Resam

Melayu adalah satu bangsa yang kaya dengan budaya dan adat-istiadat. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak dari zaman kegemilangan Melaka dahulu kala banyak mempengaruhi dan menjadikan adat resam masyarakat Melayu pada ketika itu begitu unik dan bercampur aduk dengan adat atau budaya bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Siam dan Arab selain bangsa Melayu itu sendiri. Pepatah Melayu ada menyatakan ” Biar Mati ... Read More »

10 Tanda Bahawa Dia Sesuai Menjadi Pasangan Hidup Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia ... Read More »

Perkahwinan Boleh Mengubati Kemurungan

Di New York satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira. Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri. Mengambil petunjuk dari kajian terdahulu, penuntut lepasan ijazah sosiologi di Universiti Ohio, Adrianne Frech, dan rakannya, Kristi ... Read More »

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084). Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib ... Read More »

Bagaimana Memilih Pasangan Tanpa Couple?

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”. Read More »

Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri

Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak.  Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan ... Read More »

Sebab Apa Awak Kahwin?

HUJUNG minggu lalu, ketika meraikan perkahwinan anak saudara di Johor Bahru, kedengaran pelbagai ucapan selamat daripada para jemputan. Wajah mempelai berseri-seri kerana bahagia membina mahligai impian. Rata-rata ucapan yang diberikan seperti di bawah: “Selamat pengantin baru semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.” “Selamat berbahagia semoga kekal di dunia dan akhirat.“ “Selamat pengantin baru, semoga berbahagia.” Ada yang hadir menyampuk dan ... Read More »

Perkahwinan Yang Berkat Lebih Baik dari Kekal Sepanjang Hayat

Seringkali kita mendengar ucapan ‘Selamat pengantin baru’, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’ dan ‘Semoga bahagia ke anak cucu’. Ini adalah ucapan dan doa yang telah menjadi ikutan dan adat dalam masyarakat kita. Mungkin tidak ada apa-apa perkara yang salah yang kita perasan tentang hal ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah. Mari kita kembali kepada sejarah di ... Read More »

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2

Ini adalah sambungan daripada entri Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1 Sila baca entri pertama dahulu untuk kefahaman lanjut. Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji? Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam ... Read More »

Membina Syurga, Bukan Neraka (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #3

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam ... Read More »

Mudahnya Lafaz Nikah (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #2

Tok kadi selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) :::::::::::: Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutny a. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk ... Read More »

Kenapa Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin? #1

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke ... Read More »

6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Selepas Kahwin…

Buat masa ini saya sedang aktif menyiapkan sebuah produk digital berkaitan grafik. Oleh itu masa amat mencemburi saya ketika ini. Ketika mencari-cari bahan untuk produk saya, saya terjumpa artikel ini..agak menarik dan menyeronokkan untuk dibaca. Jom berhibur! SebelumTido: 6 minggu:  Selamat Tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan:  Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun:  Sana sikit lah… ... Read More »

Hantaran Pertunangan

Ehem..ehem..apabila saya membuat entri ini, tentu ada saja rakan-rakan nakal yang akan mengusik saya. Maklum la saya ni masih membujang..hohoho..sebenarnya entri ini pernah saya keluarkan dalam blog lama saya. Saya sengaja update kembali di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Bagi mereka2 yang masih membujang seperti diri ini, boleh la planning slow2 untuk masuk meminang mana2 gadis idaman hati, tak ... Read More »