Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Tag Archives: Islam

Perbezaan Lagenda Budak Setan Dengan Ali Setan Sekarang

Tags:, , , , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebenarnya entri kali ini tiada kaitan pun dengan filem Lagenda Budak Setan, sebaliknya saya memetik sebuah email yang dihantar oleh rakan tentang kisah saudara Azmil Mustapha. Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 19 June '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Umum. 11 Comments.

Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Tags:, , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!

Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen!

Ya..saya kesal dan rasa amat terpanggil untuk melakukan sesuatu. Bantulah saya untuk membanteras atau sekurang-kurangnya lahirkanlah rasa kesal terhadap gejala ini dengan menyebarkan tag kartun di bawah. Tag kartun di bawah diambil khas dari kartun-kartun islamik yang dihasilkan oleh Kediakreatif.com. Tag yang di sediakan itu adalah ‘butang’ link ke halaman ini, iaitu Kempen Aurat Saya Maruah Saya! (more…)

Wallahualam.....

Posted on 15 May '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Pendidikan, Umum. 24 Comments.

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ini adalah sambungan daripada entri Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1 Sila baca entri pertama dahulu untuk kefahaman lanjut.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 11 May '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Soal Jawab, Tip & Panduan. 9 Comments.

3 Soalan 1 Penampar

Tags:, , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya:

PEMUDA: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

PAK IMAM : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

PEMUDA: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

PAK IMAM: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.

PEMUDA: Saya ada 3 pertanyaan, (more…)

Wallahualam.....

Posted on 8 February '10 by wanwma, under Agama. 5 Comments.

Ustaz Azhar Idrus

Tags:, , , , , , .

Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa..hohoho..tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus, dalam entri kali ini saya akan bercerita sedikit tentang diri beliau.

Saya bukanlah kenal rapat sangat dengan Ustaz Azhar Idrus ni, saya tak tahu berapa umurnya, apa sejarah pengajianya, cuma saya memang seorang penuntut yang pernah mendengar ceramah beliau secara dekat. Beliau adalah penduduk kampung saya. Saya mula mendengar ceramah beliau di surau sebelah rumah saya ni sejak tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selepas itu saya keluar dari kampung untuk sambung belajar ke peringkat IPT dan Ustaz Azhar Idrus juga sudah tidak mengajar di surau itu lagi. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 27 January '10 by wanwma, under Agama, Islam, Tokoh. 4 Comments.

(Semasa) Perlukah Malaysia & Indonesia Bersengketa?

Tags:, , , , , , .

tangisan anak kecil

Bismillahirrahmanirrahim.....

Saya berkunjung ke beberapa blog rakan dan mendapati fanomena caci memaki di antara rakyat Malaysia dan Indonesia semakin merebak. Kutuk-mengutuk, sumpah seranah dan saling salah menyalahi antara satu sama lain menjadi amalan bangsa masa kini. Persengketaan ini bermula dari kesalahan segelintir individu dengan individu yang lain. Namun diperbesarkan dengan menggunakan hak bangsa masing-masing!

Kerana sifat ego dan lagak yang mendahului pemikiran, masing-masing mula bertelagah menggunakan perasaan. Apakah fanomena ini menunjukkan kita atau mereka berada pada kedudukan yang benar? Siapa yang benar dan siapa yang salah menjadi persoalan, meskipun mengaku salah namun perasaan tidak berpuas hati tetap membuat-buat di dalam diri. Kenapa bercakap tentang bangsa jika diri sendiri yang tidak berpuas hati? Kenapa perlu menyalahkan hutan jika hanya sebatang pokok yang rosak? Kenapa dan kenapa? (more…)

Wallahualam.....

Posted on 17 September '09 by wanwma, under Agama, Isu Semasa, Umum. 8 Comments.

Asal Usul Solat

Tags:, , , , , , , .

solat, sembahyang

Bismillahirrahmanirrahim.....

Bulan Ramadhan seharusnya dilengkapi dengan amal ibadah yang kuat kepada Allah. Tak lupa juga untuk kita sentiasa mendengar tazkirah dan menambahkan ilmu di dada. Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berjaya berpuasa dengan baik sehingga kini. Untuk itu marilah kita sama-sama belajar sedikit sebanyak tentang agama kita. Perkongsian kali ini akan kita dalami mengenai asal usul solat. Semoga ilmu ini bermanfaat buat kita semua! Amin… (more…)

Wallahualam.....

Posted on 25 August '09 by wanwma, under Agama. 3 Comments.