Monday , 25 September 2017
Terbaru

Tag Archives: Motivasi

Ilmu, Iman & Amal

llmu, Iman Dan Amal Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka ... Read More »

Nikmat Suara

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, yaitu kesihatan dan waktu lapang.” (HR. Al-Bukhari no. 6412) Sumber kartun: Tok Wan 2 Read More »

(Soalan Pembaca) Kalau Allah Baik, Kenapa Allah Cipta Kejahatan?

Ini adalah antara soalan yang sudah lama ditanya tetapi saya agak khuatir untuk menjawabnya. Bukan kerana tidak mahu menjawab tetapi ia seolah-olah hanyalah sebuah soalan yang mahu mempersendakan ketetapan Allah. Ketahuilah bahawa akan rosaklah iman seseorang apabila mereka mempertikaikan apa jua yang Allah tentukan. Namun kita perlu bersangka baik. Mungkin dia benar-benar ingin mengetahui tentang persoalan tersebut.  Read More »

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2

Ini adalah sambungan daripada entri Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1 Sila baca entri pertama dahulu untuk kefahaman lanjut. Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji? Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam ... Read More »

Tak Pandai Bukan Tak Boleh

Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut. Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang ... Read More »

Kerjasama Dengan Diri Sendiri

Bak kata Wonder Pets, “Apa yang penting, bekerjasama!” Ehem..kalau boleh bekerjasama dengan Wonder Pets kan senang. Sentiasa gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Sentiasa memberi kerjasama yang baik setiap masa! Namun realitinya tidaklah begitu mudah. Pada kebiasanya, kita lebih terdedah dengan percakapan berbanding tindakan. Maksud saya, apabila diminta bekerjasama ramai yang berkata boleh, ok, no hal, tiada masalah dan sebagaimana. ... Read More »

(Motivasi) Ubah Sebelum Berubah

Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tak mahu kita terpaksa lalu juga. Tapi yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika nak makan, kita akan fikir nak makan dahulu kemudian barulah kita makan, ... Read More »

(Motivasi) Kenapa Perlu Berubah?

Sambungan dari artikel lepas : Bagaimana Mengubah Hidup Anda? Sebenarnya perasaan kita yang ingin berubah dari masa ke semasa itu adalah suatu anugerah yang indah. Kita diberi peluang oleh Allah untuk merasai perasaan ingin menjadi lebih baik dan mengubah hidup ke arah kesempurnaan. Saidina Ali RA pernah berpesan: Celakalah sesiapa yang hari ini lebih buruk dari kelmarin, dan esok lebih ... Read More »

(Motivasi) Jika Bukan Anda, Siapa Lagi?

Menjadi seorang yang bertanggungjawab menguruskan banyak perkara bukanlah perkara yang mudah. Namun saya masih ingat kata-kata dari isteri seorang jutawan yang amat berjaya. Katanya: ‘Saya tak tahu kalau bukan suami saya, siapa lagi yang sanggup berkerja seperti beliau!’ Kenapa beliau berkata begitu? Sebabnya beliau sentiasa menghina suaminya ketika zaman kemelesetan mereka. Beliau juga pernah mintak cerai. ..namun si suami tetap ... Read More »

(Motivasi) Berfikir Sekarang!

Ambil sebatang pen  dan sehelai kertas kemudian tulis, ‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’ Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh  memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda ... Read More »

(Motivasi) Bekerjasama Bukan Bergantung!

Suatu masa dulu ketika bekerja di syarikat swasta, saya memang hanyalah pekerja biasa yang hanya melakukan kerja seperti mana diarahkan. Jika tiada sebarang kerja, apa lagi…macam korang semua la jugak! Mengular sana sini, bersembang, tertido (bukan sengaja nak tido, tapi dah bosan sangat sampai tertidur) dan seumpamanya. Tapi hidup saya berubah….. dengan kesungguhan saya menyertai MLM dan minat untuk berniaga, ... Read More »

(Motivasi) Akhirnya Aral Melintang Juga…

Baru saja sehari saya keluarkan artikel tentang perniagaan yang bertajuk Pastikan Dua, niat di hati memang ingin berkongsi kepada para pembaca untuk memastikan masing-masing bersedia dengan satu ‘backup plan’ sekiranya diberhentikan kerja secara mengejut. Jika tiada aral melintang, memang anda boleh mula untuk bersedia dari sekarang. Bagaimana jika aral melintang? Pada hari yang sama saya menulis post bekernaan, rakan saya ... Read More »

(Perniagaan) Pastikan Dua!

Dalam undian yang dibuat oleh para pengunjung blog ini, nampaknya artikel tentang perniagaan menjadi pilihan ramai. Walaupun tak ramai yang mengundi, ia dah cukup untuk menunjukkan saya perlu lebihkan artikel tentang perniagaan. Baik, apa maksud pastikan dua di atas? Sebelum menjawab soalan ini mari kita membuat sedikit analisis. Katakan sekarang anda sedang bekerja makan gaji. Anda selesa bekerja di sana, ... Read More »

(Perniagaan) Mana Lagi Banyak 100 atau 1000

Kali ini kita akan berbincang berkaitan perniagaan. Namun ilmu ini bukanlah khas buat ahli perniagaan sahaja, ia amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui sebuah kuasa yang dapat menjadikan anda seorang Power Rangers yang berjaya! Kalau tanya budak darjah satu pun tahu kot yang 1000 memang lebih banyak dari 100. Soalan ini sebenarnya berkaitan tentang kualiti, bukan kuantiti. Kita ... Read More »

Job Overload

Sekarang pukul 1:55pagi, saya masih tak leh tido kerana jiwa ni tak tenang…bukan sebab teringatkan awek ( dia pun bukan nak ingat kat kita pun), tapi kerana memikirkan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa 1 minggu ni.  Atas sebab ini saya berjaga malam ini untuk memastikan keadaan kerja saya esok lebih teratur dan tersusun rapi. Job Overload atau ... Read More »

Menghadapi Saat Sukar

Di saat ini, ketika kita sedang bersuka ria, ada orang sedang menanggung kesedihan dan mungkin juga kesengsaraan. Hidup kita tidak selalunya cerah namun tidak juga selalu gelap. Perjalanan hidup yang penuh liku ini begitu sempurna diaturkan oleh tuhan. Anda mungkin sedang menghadapi saat-saat yang sukar anda hadapi ketika ini. Senyumlah walaupun dalam deraian air mata. Saat ini bukan untuk anda ... Read More »

Tips Belajar

Baik, kali ini kita kembali kepada topik berbincangan dan pembelajaran motivasi yang mana merupakan menu utama blog ini. Walaupun baru berlalu 4 hari, tetapi saya terasa seolah-olah telah sebulan tidak menulis dalam blog ini. Ini gara-gara komputer yang bermasalah dan kesibukan bekerja. Tiba-tiba sebaik sahaja pemenang potret percuma di umumkan saya mendapat tempahan lukisan bertalu-talu. Tapi bukan tempahan lukisan potret, ... Read More »

Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar

Apa agaknya perasaan anda sekiranya anda memberikan sesuatu tugas kepada seseorang lalu dia berjanji akan siapkan tugas itu pada waktu yang telah ditetapkan. Tetapi apabila sampai waktunya, kerja yang dijanjikan tidak siap sebaliknya pelbagai alasan pula yang dikemukakan. Anda perlu menghadapi masalah kerana salah satu kerja anda tergendala kerananya. Read More »

Utamakan Yang Utama

Assalamualaikum… Dapatkan sebatang pen, marker atau pensil dan sekeping kertas. Kemudian tulis besar-besar persoalan di bawah: “Adakah perkara yang aku buat sekarang adalah perkara yang paling perlu aku buat sekarang?” Tampalkan pada dinding atau mana-mana tempat yang paling mudah anda lihat. Tanyakan kepada diri sendiri soalan yang tertulis. Adakah anda sedang buat perkara yang paling perlu anda buat sekarang? Jika ... Read More »