Job Overload
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sekarang pukul 1:55pagi, saya masih tak leh tido kerana jiwa ni tak tenang…bukan sebab teringatkan awek ( dia pun bukan nak ingat kat kita pun), tapi kerana memikirkan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa 1 minggu ni. Atas sebab ini saya berjaga malam ini untuk memastikan keadaan kerja saya esok lebih teratur dan tersusun rapi.
Job Overload atau dalam bahasa melayu rojaknyer, kerja bertimbung atau melebihi had memanglah suatu lumrah yang tak dapat tidak, semua orang akan menghadapinya, kecualilah orang itu memang biol sampai tak de sape pun nak bagi dia kerja. Keadaan ini boleh menyebabkan kita lemah semangat dan tak bermaya. Saya pernah baca sebuah komik strip, seorang pekerja bertanya kepada bosnya:
‘Bos, apabila saya ada terlalu banyak kerja sehingga tak tau nak buat apa, adakah baik kalau saya tak buat apa2? Atau lebih baik saya tenangkan fikiran dengan bermain game, bersembang dengan rakan sekerja dan makan sepuas-puasnya?’
Si bos menjawab, ‘Ehem…bukankah itu keje kau selama ni?’ (more…)
Wallahualam.....












