Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Tag Archives: idea

Idea Buat Duit 2.3

Tags:, , , , , , .

simpan duit

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ini adalah sambungan daripada artikel dahulu yang mana kita membincangkan tentang OPM. Anda boleh semak artikel tersebut di sini. Kali ini kita akan bicara pula tentang OPE atau Other People Effort dan boleh juga kita kira sebagai OPT atau Other People Time, maksudnya ialah Masa atau Tenaga orang lain. Apa kaitannya tentang OPE atau OPT dengan cara buat duit? Jom kita semak dengan contoh ini:

Nuar adalah seorang pekerja kilang yang bergaji RM1000 sebulan. Beliau sentiasa berjimat cermat dan menyimpan wang gajinya untuk kegunaan di masa hadapan. Setelah menyimpan wang beberapa tahun dengan pelbagai sumber, akhirnya Nuar berjaya mengumpulkan wangnya sehingga RM10,000. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 31 January '10 by wanwma, under Perniagaan, Perniagaan Konvensional, buat duit. 2 Comments.

(Motivasi) Berfikir Sekarang!

Tags:, , , , .

monyet berfikir

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ambil sebatang pen  dan sehelai kertas kemudian tulis,

‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’

Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh  memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?

Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang… (more…)

Wallahualam.....

Posted on 15 September '09 by wanwma, under Islam, Minda, Motivasi, Tokoh. 16 Comments.