Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Tag Archives: halal

Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Tags:, , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!

Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen!

Ya..saya kesal dan rasa amat terpanggil untuk melakukan sesuatu. Bantulah saya untuk membanteras atau sekurang-kurangnya lahirkanlah rasa kesal terhadap gejala ini dengan menyebarkan tag kartun di bawah. Tag kartun di bawah diambil khas dari kartun-kartun islamik yang dihasilkan oleh Kediakreatif.com. Tag yang di sediakan itu adalah ‘butang’ link ke halaman ini, iaitu Kempen Aurat Saya Maruah Saya! (more…)

Wallahualam.....

Posted on 15 May '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Pendidikan, Umum. 27 Comments.

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1

Tags:, , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebelum ini ada orang bertanya kepada saya bagaimana Cara Memutuskan Hubungan Cinta. Sebenarnya rasa cinta itu adalah fitrah manusia, walau bagaimanapun fitrah itu ada peraturan dan panduan yang telah ditetapkan dalam agama kita. Lebih-lebih lagi hubungan cinta yang tiada sebarang ikatan dan cenderung kepada kemaksiatan.

Demi menjawab soalan yang telah diajukan, saya dengan rasa rendah hati menyatakan saya bukanlah orang yang layak memberikan pandangan muktamad. Kerana persoalan yang ditanya itu berbentuk subjektif. Cara Memutuskan Hubungan Cinta antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza sama sekali. Namun untuk tidak menghampakan pihak penanya, saya akan bentangkan di sini sebuah dialog antara ustaz dan pelajar yang ditangkap khalwat. Semoga dapatlah kiranya kisah dialog ini diambil iktibar dan dijadikan pegangan untuk membuat keputusan sewajarnya! Selamat membaca..

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya? (more…)

Wallahualam.....

Posted on 11 May '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Soal Jawab, Tip & Panduan. 3 Comments.

(Agama) Apa Itu Bidaah?

Tags:, , , , , , , , , , , , , .

baca doa

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pada bulan Mac 2009 saya pernah menulis artikel tentang cara menyebut salam dengan betul. Dari situ timbulnya satu soalan dari komentar tentang soal bidaah. Katanya ingin mengetahui soal bidaah seperti tahlil yang tidak dilakukan di zaman nabi tetapi diamalkan oleh kita pada zaman sekarang. Amalan tahlil juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan As Sunnah katanya inginkan penjelasan lanjut.

Dalam usaha mencari maklumat, saya tertarik dengan penulisan seorang rakan dalam blognya tentang Bidaah. Untuk itu, saya rasa tidak perlulah saya membuat karangan baru, kerana penerangan beliau sudah cukup baik. Baca dan hayati ilmu yang beliau kongsikan dibawah: (more…)

Wallahualam.....

Posted on 7 September '09 by wanwma, under Agama. 13 Comments.