Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Tag Archives: hadiah

Maaf, Terlupa Nak Bagitahu Pasal Desktop Kalendar Percuma April 2010

Tags:, , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum…

Beberapa hari lepas saya telah menyiapkan sebuah wallpaper kalendar percuma april 2010 tapi terlupa untuk memaklumkan kepada rakan-rakan pembaca blog ini. Huhuhu…wallpaper kalendar percuma tersebut dihasilkan khas untuk blog kedaikreatif.com. Tema untuk lukisan kalendar kali ini ialah keluarga bahagia. Saya menghasilkan tema ini atas permintaan fan kedaikreatif.com di facebook.

Rasanya tidak perlulah saya berceloteh panjang di sini. Anda boleh mendapatkan kalendar tersebut di sini! Atau klik saja pada gambar kalendar di bawah! Selamat mendownload!

kalendar-desktop-2010

Wallahualam.....

Posted on 6 April '10 by wanwma, under Umum. 10 Comments.

Langkah Membina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Tags:, , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pengguna internet adalah orang yang hauskan bahan-bahan yang mempunyai ‘nilai’ kepada mereka. Tidak kira samada bahan tersebut berbentuk video, ebook, audio, gambar, perisian, penulisan dan seumpamanya. Mereka mencari jawapan kepada masalah yang sedang melanda diri mereka. Kadang-kadang mereka tiada sebarang masalah, tetapi mereka suka mendapatkan ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat baru yang mungkin bermanfaat bagi mereka.

Berniaga di internet memerlukan kemahiran yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan pelanggan. Kadang-kdang pelanggan membeli bukan kerana mereka perlukan sangat produk yang kita hasilkan tetapi kerana kepercayaan mereka kepada kita. Mereka percaya kita adalah usahawan yang tulen, mereka percaya kita wujud, mereka percaya kita tidak akan menipu dan mereka percaya tiada apa yang perlu dibimbangkan jika berurus niaga dengan kita.

(more…)

Wallahualam.....

Posted on 29 March '10 by wanwma, under Perniagaan, Perniagaan Internet, buat duit. 14 Comments.