Tags:berfikir, tindakan, usaha, usahawan.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?
Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu perfeks. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 14 December '09 by wanwma, under Kejayaan, Motivasi, Tokoh. 12 Comments.
Tags:berfikir, cara berfikir, cara berubah, Minda, Motivasi.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tak mahu kita terpaksa lalu juga. Tapi yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika nak makan, kita akan fikir nak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba2 je pergi makan tanpa dia sedari. Huhuhu…
Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Biar saya beri contoh lagi, dikatakan di America, ketakutan utama rakyat mereka ialah memberi ucapan depan khalayak ramai (sebenarnya kat Malaysia pun lebih kurang gak). Katakan kita salah seorang penakut tersebut, apa kita akan fikirkan? (more…)
Wallahualam.....
Tags:berfikir, idea, impian, masa depan, Motivasi.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ambil sebatang pen dan sehelai kertas kemudian tulis,
‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’
Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?
Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang… (more…)
Wallahualam.....
Posted on 15 September '09 by wanwma, under Islam, Minda, Motivasi, Tokoh. 16 Comments.