Tags:Agama, Allah, awek, couple, dunia, ilmu, Islam, isteri, kekasih, Kesihatan, lelaki, maruah, Motivasi, perkahwinan, sedih, seks, Soal Jawab, suami isteri, terlanjur.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ini adalah sambungan daripada entri Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1 Sila baca entri pertama dahulu untuk kefahaman lanjut.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin. (more…)
Wallahualam.....
Tags:awek, dosa, hukum onani, minah rempit, nafsu, seks, seks bebas, seks mat rempit, video lucah dalam handphone.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Kali ini saya tak mahu berbicara panjang, sekadar ingin berkongsi sebuah luahan perasaan oleh seorang penulis di internet tentang seks. Entri yang panjang lebar ini saya petik dari blog Ustaz Zaharuddin. Enrti ini telah diubah suai oleh ustaz supaya ianya lebih sesuai dibaca untuk tatapan umum. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari penulisan yang dahsyat ini.
Apa itu SEKS ?
(bagaimana mengelakkan Zina)
18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)
18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!
18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar’ maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.
………………. (more…)
Wallahualam.....
Tags:artis bersosial, artis seksi, awek, awek merokok, budaya malaysia, maksud merdeka, merdeka, remaja perempuan.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis, tetapi saya rasa gambar lebih baik untuk menjelaskan maksud yang ingin disampaikan. Terlebih dahulu mari kita fahamkan apakah sebenarnya maksud merdeka. Mengikut kamus dewan, ‘merdeka’ bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain..apakah pula maksud bebas kepada masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini? Ada pelbagai gambar yang boleh menjelaskan perkara ini… (more…)
Wallahualam.....