Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Tag Archives: Agama

Perbezaan Lagenda Budak Setan Dengan Ali Setan Sekarang

Tags:, , , , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebenarnya entri kali ini tiada kaitan pun dengan filem Lagenda Budak Setan, sebaliknya saya memetik sebuah email yang dihantar oleh rakan tentang kisah saudara Azmil Mustapha. Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 19 June '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Umum. 11 Comments.

Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #2

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ini adalah sambungan daripada entri Jawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1 Sila baca entri pertama dahulu untuk kefahaman lanjut.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 11 May '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Soal Jawab, Tip & Panduan. 9 Comments.

Kenapa Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin? #1

Tags:, , , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang mungkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 27 April '10 by wanwma, under Agama, Motivasi, Umum. 4 Comments.

Iblis Penyuluh Jalan

Tags:, , , , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 25 March '10 by wanwma, under Agama, Umum. 12 Comments.

Jika Hidup 65 Tahun, Mungkin Hanya 2 Tahun Kita Gunakan Untuk Sembahyang!

Tags:, , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

‘DEMI MASA’

Manusia selalu terlupa
1 hari = 24jam
Satu TAHUN = 12 Bulan =
52 Minggu = 365 Hari =
8760 Jam = 525600 Minit
31536000 Detik/saat

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) <> 70th 60th – 70th (65th) Chart. Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 th.. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 16 March '10 by wanwma, under Agama, Fakta, Motivasi. 4 Comments.

Sungai Di Dalam Laut

Tags:, , , , , , , .

lautan dalam

Bismillahirrahmanirrahim.....

Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini kerana artikel ini dipetik dari blog orang lain. Anda boleh membaca keterangan lanjut mengenai perkara ini di blog tersebut. Klik di sini.

Bagaimanapun, marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah yang membersarkan Allah di atas setiap ciptaan-Nya.

Di bawah adalah video yang menunjukkan sungai di dalam laut yang dinyatakan seperti tajuk di atas.

Lihat gambar seterusnya: (more…)

Wallahualam.....

Posted on 15 February '10 by wanwma, under Agama, Motivasi. 2 Comments.

3 Soalan 1 Penampar

Tags:, , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya:

PEMUDA: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

PAK IMAM : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

PEMUDA: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

PAK IMAM: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.

PEMUDA: Saya ada 3 pertanyaan, (more…)

Wallahualam.....

Posted on 8 February '10 by wanwma, under Agama. 5 Comments.

Ustaz Azhar Idrus

Tags:, , , , , , .

Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa..hohoho..tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus, dalam entri kali ini saya akan bercerita sedikit tentang diri beliau.

Saya bukanlah kenal rapat sangat dengan Ustaz Azhar Idrus ni, saya tak tahu berapa umurnya, apa sejarah pengajianya, cuma saya memang seorang penuntut yang pernah mendengar ceramah beliau secara dekat. Beliau adalah penduduk kampung saya. Saya mula mendengar ceramah beliau di surau sebelah rumah saya ni sejak tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selepas itu saya keluar dari kampung untuk sambung belajar ke peringkat IPT dan Ustaz Azhar Idrus juga sudah tidak mengajar di surau itu lagi. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 27 January '10 by wanwma, under Agama, Islam, Tokoh. 4 Comments.

(Semasa) Perlukah Malaysia & Indonesia Bersengketa?

Tags:, , , , , , .

tangisan anak kecil

Bismillahirrahmanirrahim.....

Saya berkunjung ke beberapa blog rakan dan mendapati fanomena caci memaki di antara rakyat Malaysia dan Indonesia semakin merebak. Kutuk-mengutuk, sumpah seranah dan saling salah menyalahi antara satu sama lain menjadi amalan bangsa masa kini. Persengketaan ini bermula dari kesalahan segelintir individu dengan individu yang lain. Namun diperbesarkan dengan menggunakan hak bangsa masing-masing!

Kerana sifat ego dan lagak yang mendahului pemikiran, masing-masing mula bertelagah menggunakan perasaan. Apakah fanomena ini menunjukkan kita atau mereka berada pada kedudukan yang benar? Siapa yang benar dan siapa yang salah menjadi persoalan, meskipun mengaku salah namun perasaan tidak berpuas hati tetap membuat-buat di dalam diri. Kenapa bercakap tentang bangsa jika diri sendiri yang tidak berpuas hati? Kenapa perlu menyalahkan hutan jika hanya sebatang pokok yang rosak? Kenapa dan kenapa? (more…)

Wallahualam.....

Posted on 17 September '09 by wanwma, under Agama, Isu Semasa, Umum. 8 Comments.

Saya Tidak Percaya Adanya Tuhan!

Tags:, , , , , , , , , , , .

Masalah lelaki

Bismillahirrahmanirrahim.....

Tajuk di atas bukanlah kenyataan yang saya keluarkan, tetapi ia adalah petikan dari sebuah email yang dihantar ke majalah Maskulin. Ehem…sebenarnya inilah kali pertama saya membeli majalah ini, isu Ogos 09. Saya dapatkan 1 di kedai seorang bro yang marah apabila  sorang makcik bertanya berapa biji gula2 untuk 10sen. Hampeh tul bro tu..makcik tua tanya camtu pun nak marah…kalau saya jadi tokei memang nahas saya kerjakan ko, bro!

Berbalik kepada kisah di atas, sebelum tu untuk pengatahuan anda, saya memang beli majalah Maskulin tu semata2 ingin mencari maklumat berguna untuk dikongsikan bersama anda semua dalam blog ini. Dalam banyak2 artikel yang terdapat dalam majalah Maskulin isu ini, saya amat tertarik untuk berkongsi dengan anda semua sebuah kisah yang amat tragis menimpa seorang rakan kita yang sudah tidak percaya lagi adanya tuhan di alam ini. Bukan niat saya nak copy artikel penuh  dari Maskulin dan sebarkan di sini, tetapi kisah itu patut dijadikan tauladan dan dibincangkan secara meluas. Saya rasa inilah juga yang pihak Maskulin mahukan…(bagi credit kat Maskulin skit…huhuhu)

Dan inilah kisahnya:…

(more…)

Wallahualam.....

Posted on 7 August '09 by wanwma, under Agama. 3 Comments.

Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?

Tags:, , , , , , , , , , .

sad girl

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak soalan daripada para pembaca, namun saya masih belum berkesempatan untuk menjawabnya. Bukanlah perkara yang susah sangat untuk menjawab soalan pembaca, tetapi adalah susah untuk menjawab dengan berhemah dan menepati kehendak penanya. Dalam kes2 seperti soalan di bawah saya biasanya merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman seperti ustaz yang lebih tahu tentang soal agama dan sebagainya. Buat masa ini saya masih belum sempat berjumpa dengan ustz terrsebut. Walaupun telah ada jawapan tersendiri, saya tangguhkan terlebih dahulu kerana khuatir pandangan itu tiada fakta yang tepat. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 18 July '09 by wanwma, under Agama, Motivasi, Soal Jawab. 2 Comments.