Tuesday , 12 December 2017
Terbaru

Teman Lelaki Pernah Terlanjur, Apa Harus Saya Buat?

Soalan:

Salam wan, ni 1st time say bace blog awak. sy xtau samada wan pernah mengeluarkan artikel berkaitan dgn masalah ini. tp sy cume nak pendapat wan. skrg sy sedang bercinta dgn kwn sekolah (A) sy. kami dh lama kenal, rumah dkt kg pun dekat2. family sy mmg dh lama kenal family A. kami kenal dh lama, tp br 2 bulan kami bercinta. kami sama umur, 25thn skrg ni. masing2 dh bekerja. tapi A pernah ada kisah silam. dia pernah terlanjur dgn bekas teman wanita (Q) dia yg dulu, tp kisah mereka ni 5 thn yg lepas. dn sy br mengetahuinye, A yg memberitahu sy kerana dia kata nak jujur dgn sy. skrg sy buntu, tak tahu keputusan apa yang saya nak buat. samada terima shj kisah silam dia, atau tinggalkan shj dia.

pd saya, yg pertama, sy kesian dgn Q. utk pengetahuan wan, A br putus dgn Q. dn sy rase, A perlu kembali kpd Q dn bertanggungjwb (Q x mengandung) atas segala kesilapan mereka. w/pun Q tak pernah mintak A bertanggungjwb, tp sy kesian dgn Q.

yg ke-2, kalo sy terima shj kisah silam A, sy takut perkara yg sama berulang pd masa akan dtg. kalo bukan dgn Q maybe dgn or lain pulak. w/pun A ada ckp yg die dh bertaubat xkan buat bende tu lg, tp sy takut perkara tu berulang lg.

yg ke-3, mak sy mmg sgt berharap sy akan kawen dgn A, sbb pd pendpt mak sy A seorg yg baik. mak sy dh lama kenal A, sejak sekolah rendah lg. kerja pun bagus, dn mmg xde masalah jika kami berkahwin nnti. lgpun mak sy berkwn rapat dgn mak A.

tp secara jujurnya A mmg seorang lelaki yg baik. sepjg kami kenal sejak zaman sekolah, die mmg xpenah mengambil kesempatan pd sy. cuma sy tak boleh nak terima kisah silam A. sy buntu, apa yg harus sy buat?

lelaki terlanjur

W’salam….Terima kasih kepada saudari yang bertanyakan soalan ini. Di sini saya akan kemukakan pandangan saya. Namun sebelum saya menjawap, mari kita baca petikan soal jawab dari JAKIM di bawah:

Soalan :

saya ingin mengajukan soalan, adakah pasangan yang terlanjur perlu berkahwin sesama mereka dan apa hukumnya kalau pasangan itu berkahwin dengan pasangan yg lain?? sebab apa yg saya pernah dengar bg pasangan yg terlanjur tidak layak utk mengahwini pasangan lain selain pasangan yg sama terlanjur dengan nya.

Jawapan :

Bagi pasangan yang terlanjur boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja samada dengan pasangan yang sama terlanjur dengannya atau orang lain.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

Dari soal jawab di atas jelaslah kepada kita tiada sebarang masalah dalam hubungan saudari dengan si A meskipun A tidak berkahwin dengan Q. Cuma apa yang menjadi kebimbangan seperti yang dinyatakan ada 3 perkara iaitu:

  1. Saudari kesiankan Q
  2. Saudari bimbang perkara sama berulang lagi.
  3. Ingin menjaga hati ibu.

Sebenarnya masalah tidak akan timbul jika si A tidak menceritakan soal keterlanjurannya kepada saudari. Dalam islam kita diajar supaya menjaga maruah kita. Tidak boleh menceritakan aib kita kepada orang lain meskipun kepada bakal isteri/ suami kecuali perkara yang sepatutnya. Dalam soal ini si A tidak seharusnya menceritakan soal kerterlanjurannya kepada saudari jika dia benar-benar telah bertaubat. Namun saudari berhak mengetahui adakah beliau sorang lelaki yang baik untuk dijadikan suami.

Seandaikan seseorang lelaki itu kaki perempuan dan sifat buruk ini amat jelas kelihatan pada dirinya, sudah tentu ramai sahabat akan bercakap buruk tentang dirinya. Lelaki sebegini tidak layak dijadikan suami. Namun sekiranya beliau pernah sekali terlanjur dengan seseorang kemudian bertaubat dan menjaga aib diri dan pasangan yang telah terlanjur, beliau hanyalah seorang manusia biasa yang pernah melakukan kesilapan. Orang seperti ini tidak salah dijadikan suami, malah jika benar beliau telah bertaubat, tentulah sinar keimanan terpancar dalam setiap amalannya.

Kita tidak boleh bersandar kepada perkara silam meskipun perkara silamlah yang membentuk sikap kita di masa kini. Islam mengajar kita supaya berubah dan menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Soalnya sekarang adakah beliau telah berubah? Cukupkan amalan solatnya 5 waktu sehari semalam? Adakah beliau selalu menuntut ilmu agama di surau dan masjid? Adakah beliau mempunyai sikap-sikap seorang yang beriman? Jika ada, beliau tidak perlu dipinggirkan atas dasar sejarah silam yang buruk. Namun jika tiada, usahkan terlanjur, jika tidak pernah terlanjur sekali pun, saudari perlu fikir-masak-masak untuk menerima orang sebegini sebagai suami.

Perkara akan datang usahkan saudari endahkan sangat sekiranya benar buat masa sekarang si A sudah berubah. Allah berkuasa membalik-balikkan hati manusia sekelip mata sahaja. Banyak berlaku kisah ustaz berzina,  ustazah kahwin lari dengan lelaki bukan islam dan seumpamanya. Orang baik boleh bertukar menjadi zalim dan orang zalim boleh bertukar menjadi baik. Semuanya atas kehendak Allah yang kita tidak tahu dan tidak boleh menentukannya samada di masa sekarang mahu pun di masa akan datang. Jadi usahlah khuatir tentang masa depan sekiranya di waktu ini beliau sudah bersikap sebaik-baiknya seperti seorang lelaki yang soleh.

Bagaimana Dengan  Si Q?

Saya tidak nampak sebarang masalah timbul jika mereka telah terputus hubungan. Biarlah mereka berpisah dan memulakan hidup baru. Jangan dihampiri lagi kerana kerterlanjuran mereka akan membuatkan mereka mudah untuk mengulangi kesilapan lama. Kesalahan di masa silam biarlah ia berlalu dan bertaubatlah sepenuh hati kepada tuhan. Allah menyayangi hambanya meskipun sering melakukan kesilapan. Cuma terpulang kepada kita sendiri mahu bertaubat, berubah dan kembali kepada-Nya atau pun tidak.

Minta mereka berdua jaga aib sendiri. Usah bercerita kepada orang lain. Dosa itu antara mereka berdua dengan Allah. Mereka harus saling bermaafan sesama mereka dan mereka harus bertaubat. InysaAllah, Allah akan ampunkan dosa kedua-duanya. Bertindak jujur dan menceritakan dosa yang pernah mereka lakukan kepada pasangan baru adalah dilarang di dalam islam kecuali ada sebab-sebab tertentu seperti untuk mengesahkan kandungan dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, saudari boleh membuat penilaian sendiri samada untuk meneruskan hubungan dengan si A berdasarkan sikapnya sekarang. Tidak timbul lagi soal kesian (jika mereka benar-benar telah berpisah), soal khuatir perkara sama berulang lagi (jika beliau sudah bertaubat, jaga solat dan baik akhlaknya). Buatlah pilihan terbaik, InsyaAllah ibu saudari sentiasa gembira asalkan saudari gembira.

Buat solat Istikharah dan sentiasa berdoa adalah langkah terbaik untuk melihat jalan yang harus dipilih. Akhir kata, saya doakan saudari menemui kebahagiaan dan gembira dalam rahmat yang maha esa. InsyaAllah…

15 comments

  1. menarik kisah realiti kehidupan ni..kalau ikut pandangan saya dosa kita tak elok diceritakan kepada orang lain kerana tu urusan kita dengan Allah, berkait rapat dengan kaedah dan cara taubat, tambahan pulak tu kes zina….., juga takut nanti dijadikan bahan bila berlaku selisih faham di masa depan…., mulalah mengungkit serba-serbi… sekadar pandangan 😀
    .-= etomyam menulis diblognya tentang.. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan =-.

    • saya setuju..itulah sebaik-baiknya yg dilakukan. Sebab itu islam melarang kita ceritakan perkara2 seumpama itu kepada orang lain..

  2. Saya fikir, kekadang, kita TAHU jawapan kepada permasalahan kita, cuma kita kurang MAHU bertindak menyelesaikannya. TAHU tapi TAK MAHU buat. Meh renung-renungkan. 🙂
    .-= amirulfaiz menulis diblognya tentang.. Menyewa tempat berteduh dari hujan panas. =-.

  3. “wanita mudah memaafkan namun sukar melupakan”… yg paling penting, saudari yg dlm dilema nie perlu bersedia utk terima lelaki tersebut seadanya tanpa perlu mengungkit kisah silam. Betul kata kamu, andai terlalu buntu..buat istikharah…petunjuk dari Allah yg paling tepat…

    • sukar untuk melupakan tak apa, yg penting jangan diungkit-ungkitkan..sebagai manusia kita memang sukar hendak melupakan perkara2 yg mungkin mengguris hati..

  4. ayue setuju sgt dgn izzan aufa…
    “wanita mudah memaafkan tetapi sukar melupakan”

    yang lepas tu biarkan berlalu..
    sume org xlari dr wat kesilapan..
    usah dicanang aib org lain…

    Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

    “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    andai temui jln buntu istikharah la sebaiknye…

    sekadar berkongsi…

    syukran..
    .-= ayue aishah menulis diblognya tentang.. tatkala ke’busy’anku! =-.

  5. hai..lah camtu pulak..huhu..letih betul nak mengomem bab2 ni. cam jenuh ye komen kt blog pkrhowto.slu mslh yang sama..

    suri sokong pdpt wan..bt solat istiharah, moga dapat ptjuk dariNYA kelak. semoga saudara akan menemui jln penyelesainnya kelak.Amin

  6. demi menjaga hubungan, kisah2 silam yg lepas yg mengaibkan lbh baik di simpan shj..x perlu diceritakan pd pasangan takut2 kemungkinan akan lebih mendatangkan kemudaratan…

    peliharalah hubungan yg sedia ada sebaik mungkin..insyaAllah hari esok akan lbh baik dr hari ini.. 🙂

  7. erm mintak dijauhkan… itu sahaja..
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

  8. salam….
    pada pendapat sy, lelaki tue jujur…. kalu dier x cerita sblum kawin, takut nanti Q dtg dan ceritakan kat penanya soalan… masa tu lagi parah…. dan lelaki tue macam dah redhalah atas kputusn prmpuan tue…. tapi sy puji sikap lelaki tu yg sanggup bterus terang…..

  9. Tiba-tiba saya ingin komen sedikit tentang hal begini. Saya juga mempunyai bekas teman lelaki yang hampir terlanjur, bukan terlanjur. Dan saya pernah bertanya, adakah dia masih ada perasaan dekat pasangan yang dia hampir terlanjur itu. Dia kata dulu dia masih sayang. Dan kalau diikutkan cerita, mereka masih sayang menyayang cuma keadaan membuat mereka terpisah. Akhirnya, saya nasihat kan dia. Sekiranya suatu hari nanti saya dan dia berpisah, terimalah bekas kekasih dia itu. Dan akhirnya, kami berpisah. Dia bersama dengan bekas kekasihnya dan sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Bagi saya setiap orang ada keputusan masing-masing dan saya membuat keputusan berdasarkan gerak hati saya sendiri. Itupun setelah saya berdoa, solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk. Alhamdulillah, saya tak menyesal dengan keputusan yang saya ambil. Dan sebelum dia bersama dengan bekas kekasih dia,dia banyak cuba berubah kearah kebaikan. Dan saya yakin, dia dapat membimbing kekasihnya iaitu bakal isteri dia kelak. 🙂

  10. salam encik wan. Saya ingin bertanya ini mengisahkan hal kawan saya. Lepas raya dia dan pasangan die ingin bertunang. Dan baru2 ini die dapat tahu pasangan die telah terlanjur dgn seorang wanita. Die amat sedih. tidak sangka lelaki yang dia anggap baik sanggup berbuat begitu. dan kawan saya beritahu pasangan die tak pernah ambil kesempatan keatas die. dan die d berjumpa dgn pasangan dan pasangan die terkejut rahsia nya da terbongkar. Dan die kata dia amat menyesal setelah buat begitu. da lama die bertaubat selepas kejadian tu. pasangan die la berkata. benar atau tipu saya tidak pasti. Patut ke kawan saya memaafkan kesalahan dan terima lelaki seperti itu lagi? Pasangan kawan saya menangis2 momohon maaf atas dosa yg die pernah buat. mohon pencerahan. Patut memaafkn atau putuskan hubungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*