Friday , 20 October 2017
Terbaru

Saya Perlu Taat Kepada Suami Atau Ibu?

Soalan

Assalamualaikum!

Saya adalah seorang pelajar kursus sarjana di sebuah pusat pengajian tinggi di pantai timur. Saya juga adalah ibu kepada 3 orang anak..Kerana saya mengikuti pengajian sepenuh masa jauh di pantai timur.. saya membawa anak-anak saya bersama.. Tetapi saya mempunyai banyak masalah dengan pembantu rumah.. selama 1 tahun saya di sini, saya telah banyak kali bertukar pembantu rumah .. suami saya pula bekerja di kuala lumpur. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menginggalkan anak-anak saya di rumah persama dengan ibu saya.

Masalah saya ialah ibu saya seorang yang sangat dominan dan emosional. Ibu saya juga tidak sukakan suami saya. setiap kali suami saya ingin membawa anak-anak untuk tinggal di rumah sendiri selama 1 atau 2 hari.. ibu saya pasti akan bermasam muka dan tidak bertegur sapa. ibu saya juga tidak membenarkan anak-anak saya berjumpa dengan keluarga mertua saya.

Suami saya sangat tertekan dengan keadaan ini.. bayangkan setiap kali datang ke rumah untuk melihat anak-anak, ibu saya akan bermasam muka dan tidak mengendahkannya. keluarga saya pula sama-sama bersekongkol dengan ibu saya. Akhirnya suami saya meminta saya untuk pulang ke kuala lumpur dan tidak meneruskan lagi pengajian saya. tetapi saya telahpun membuat perjanjian pendidikan, dan sekiranya saya berhenti sekarang, saya perlu membayar balik biasiswa saya dalam satu jumlah yang banyak.

Saya kasihankan suami saya dan saya tahu dia tertekan, saya juga perlu menghabiskan pengajian saya yang hanya tinggal 6 bulan sahaja. saya tahu suami saya tentu tidak boleh bersabar dengan tekana emosi yang diberikan oleh ibu dan keluarga saya. Saya juga tidak boleh menegur ibu saya kerana dia pasti akan marah dan tidak bertegur sapa dengan saya selama beberapa hari.

Saya perlukan nasihat dan bantuan untuk menyelesaikan masalah saya.

Jawapan:

Waalaikumusalam Puan..terima kasih kerana bertanya. Saya memohon maaf kerana agak lambat membalas pertanyaan ini. Syukur kepada tuhan kerana kini dapat juga saya menjawab soalan ini. Bagaimanapun, sebelum saya menjawab, ketahui beberapa perkara ini dahulu:

Syurga suami di bawah tapak kaki ibu manakala syurga isteri di bawah tapak kaki suami!

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak (wajib).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Subhanallah..jelaslah di sini puan sedang berjihad di jalan Allah. Jika lelaki perlu terbunuh untuk mati dalam jihad, wanita hanya perlu mentaati suami! Jadi apakah jawapan bagi persoalan di atas? Jawapannya tentulah puan perlu mentaati suami lebih daripada ibu sendiri! Sebelum membuat penilaian panjang fahami dahulu apa yang saya akan nyatakan.

Apabila sepasang suami isteri telah berkahwin, maka ibu bapa di antara keduanya adalah sama seperti ibu bapa kandung. Maksud saya ialah, walaupun ibu puan merupakan ibu mertua kepada suami, namun bagi suami, beliau perlu mentaati ibu puan sebagaimana beliau mentaati ibu kandungnya sendiri. Jadi tidak timbul masalah puan derhaka kepada ibu jika suami taat pada ibu. Kerana keutamaan puan adalah mentaati suami manakala suami perlu mentaati ibu puan. Allah telah menyatakan dengan jelas akan peringkat ketaatan yang perlu dipatuhi oleh setiap insan. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah, Rasul dan pemimpin di kalangan kamu.”

(An-Nisa’: 59)

Pemimpin bagi wanita ialah suaminya! Dalam situasi di atas, seandainya pendapat mereka bertentangan, puan perlu lihat yang mana lebih rasional permintaannya. Jika permintaan ibu puan hanya kerana beliau tidak sukakan suami puan, puan tidak boleh menurut kehendakknya sebaliknya perlu mengikut kehendak suami. Soal sifat ibu yang tidak boleh bertolak ansur itu adalah antara dirinya dengan Allah. Selagi suami tidak menderhakainya, tidak meninggikan suara atau tidak sesekali menyakiti hati ibu, itu sudah cukup untuk menggambarkan ketaatannya pada si ibu. Dalam keadaan ini jika puan mengikut kehendak ibu untuk mengabaikan suami, puan perlu memohon ampun dengan suami dan kembali kepadanya. Orang yang mengarahkan perkara mungkar meskipun ibu bapa sendiri, tetap perlu diingkari. Firman Allah:

“Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.”

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Jika perkara itu berlaku, itu dosa mereka dengan Allah, sebaliknya tolaklah permintaan mereka dengan baik supaya kita tidak pula melakukan dosa dengan mereka. Puan tidak boleh membiarkan suami tertekan dengan keadaan ini, hiburkan hatinya, kembali kepadanya selagi dia tidak pernah meminta puan lakukan perkara yang mungkar.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”

(Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. banyak mengingatkan kaum wanita tentang kelebihan menjadi isteri yang taat; antaranya melalui hadis yang bermaksud:

“Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”

(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Sikap ibu yang tidak membenarkan anak-anak berjumpa dengan keluarga mertua itu tidak patut di turuti. Ia adalah perbuatan mungkar dan sangat bertentangan dengan syariat Allah. Perbuatan ini seolah-olah cuba untuk memutuskan tali silaturahim.  Sabda Rasulullah:

” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya”

( Al-Bukhari 4/112 )

” Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi ”

( Al-Bukhari)

Jadi dalam soal ini puan tidak boleh menurut kehendak ibu puan. Jangan takut untuk menegakkan syariat Allah, mungkin puan akan berhadapan dengan sikap ibu yang kasar, marah, masam dan sebagainya, namun kita lebih khuatir jika Allah murka dan bencikan kita. Nauzubillah…cubalah gunakan cara yang terbaik untuk menolak kehendak ibu yang bertentangan dengan kehendak syarak. Semoga puan mendapat rahmat dan panduan dari yang maha kuasa.

Usah dikeluh ujian yang menimpa kerana di situ terletaknya jihad, syahid dan martabat yang tinggi di sisi Allah. Saya doakan semoga puan dapat mengharungi ujian dengan sempurna dan semoga keadaan kembali menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Tiada cara lain untuk mengatasi masalah ini melainkan dengan mendekatkan hati ibu dan ahli keluarga kepada Allah. InsyaAllah dengan itu hati mereka akan menjadi lembut…

23 comments

  1. Saya suka dengan jawapan yang diberikan.
    Amat rasional sekali level ketaatan yang perlu kita
    ikut dalam Islam. Islam itu agama yang indah…

  2. alhamdulillah….awapan yang diberikan memang baik…walaupun blum berumahtangga tpi bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan…

  3. alhamdulillah..
    penulisan yang agak ringkas tetapi padat isinya dan mudah difahami orang yang membacanya..

  4. suke dengan jawapan yang diberikan…..\(^.^)/

  5. Alhamdullilah….
    Saya bersyukur dengan adanya tanya jawaban ini saya lebih memahami kehidupan dlm rumah tangga. Terima kasih 🙂

  6. adie setuju dengan jawapan yang di berikan…dan cukup berpuas hati dengan penjelasannya…Alhamdulilla….

  7. Saya juga begitu.. Kadang-kadang keliru mane satu yang perlu didahulukan? Antara mak dan suami? mak mudah berkecil hati, mudah terasa hati.. suami banyak bertolak ansur.. Sekarang anak dijaga oleh mak.. timbul konflik bile nak amik anak? saya nak tanya, jika si suami masih lagi berhutang duit hantaran, menggunakan nama isteri wat loan. adakah sebab itu, si ibu boleh melarang anak perempuannya mengikut segala kata-kata si suami? Adakah sebab itu si ibu boleh melarang si suami mengambil anaknye dari jagaan si ibu? mohon pandangan

    dari insan buntu..

    • Hutang masalah lain, ketaatan masalah lain. Hutang perlu dijelaskan, ketaatan tidak berubah. Ibu mertua tidak boleh berbuat begitu kerana ketaatan suami adalah pada ibunya sendiri. Manakala ketaatan isteri adalah pada suami. Ibu tiada hak melarang anak mentaati suami. Walau bagaimanapun sentiasalah menghormati ibu dan elakkan dari melukakan hatinya.

  8. saya hadapi pkara yg same cume mgkin lg teruk apa yg saya hadapi..antara keluarga saya atau taat pada suami..mangsa adalah anak..saya jadi tertekan.

  9. Salam. Saya baru mendirikan rumahtangga sejak awal tahun yang lalu sekarang sedang menunggu kelahiran anak sulung. Umur kami lewat 30-an. Suami saya tidak bekerja hanya duduk di rumah dan tidak mencari apa-apa pekerjaan. Saya berkerjaya redha dengan hakikat saya perlu menanggung dia dan anak yang bakal lahir. Suami kurang berhubung dengan keluarga saya malahan tidak mahu beraya di rumah abang saya sedangkan saya selalu mengikutnya menziarahi ibu, adik beradik, bapa/mak saudara, dan sepupunya dirumah mereka. Beberapa hari yang lalu suami saya berselisihan faham dengan ibu saya sendiri dah dia telah membuat keputusan tidak mahu berjumpa ibu saya dan tidak membenarkan ibu saya menemui anak yang saya bakal lahirkan. Saya sangat rasa tertekan malah rasa susah untuk taat pada suami sedangkan dalam keadaan begini saya sangat memerlukan ibu berada disamping saya semasa kelahiran nanti. Saya sering menangis dan berdoa supaya Allah lembutkan hati suami. Saya tidak tahu bagaimana nak melayan suami, menunjukkan muka yang manis di hadapan suami (suami anggap saya kurang ajar padanya) sedangkan hati saya sangat-sangat terluka. Tolonglah bagi nasihat yang boleh menyelesaikan semua masalah ini. Terima kasih.

  10. salam.. Saya baru berlahwin… Sekarang ni saya rasa tertekan sangat… Saya tak tahu patut dengar cakap siapa.. Ibu saya nak saya sambung belajar bulan 3 ni.. Tapi suami saya tak izinkan sebab keadaan kewangan kami belum stabil lagi… Bila saya beritahu ibu saya tentang perkara ini, pasti saya akan dimarahinya.. Walaubagaimana pun, ibu saya tetap nak saya sambung belajar.. Pada saya, saya memang nak sambung belajar.. Tapi bukan sekarang, lepas keadaan semua sudah stabil baru saya nak sambung belajar.. Sekarang saya tak tahu apa yang harus saya lakukan.. Bila saya tak dengar cakap ibu saya, dia akan cakap yang saya ni tak sayang dia.. Bila ta dengar cakap suami nanti suami saya yang susah.. Dua-dua saya sayang.. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan sekarang.. Tolong bagi pendapat.

  11. saya ada masalah yang saya dan masih belum dikurniakan anak. Kadang-kadang bila diikutkan kehendak ibu bapa, suami rasa dipinggirkan.. dia ok tapi kadang-kadang dia mahu perhatian dan kasih sayang dari isteri. Kesian juga tapi, tak boleh buat apa.

  12. asalam saya keliru dan mohon pandagan ..adakah berdosa jika saya tidak tunaikan permintaan ibu saya yg nak menjaga anak saya. Ini kerana suami saya tidak mengizinkan..ibu saya marah dan meminta saya buat pilihan sama Ada benarkan anak saya ibu saya Jaga atau saya kena memilih ibu atau suami?ibu sering kata saya berdosa kepadanya kerana membuat kan beliau menagis …adakah saya perlu memilih ibu dan tingalkan suami?

  13. Pagi..sya mau curhat,!saya sudah menikah..sya ada masalah dngn istri!ade istri sya sakit trus saya ktmu istri saya jarang krna sya bekerja diluar kota,dan istri sya apabila adenya skit dia sllu datangin,..dan apabila kita ktmu dngn rncna lama ktmu trus ada brita adenya skit psti dia datangin adenya!ibarat kam saya dikalah kan,dan sya tegur mlah kita mnjadi mrhan,,,,!mkasih tolong sarannya

  14. sore…..
    saya menikah sudah 2thun dan selama ini anak saya tinggal bersama ibu kandung saya karna saya ikut suami dan anak saya dilarang keras ikut bersama saya sejak usia 5bulan sanpai saat ini d umurnya 2thun ank saya tidak tau siapa ayahnya. bahkan ibu saya mengharamkan anak saya untuk bertemu dengan ayah dan mertua saya. dan sampai saat ini ibu saya selalu mencari2 kesalahan mertua saya meskipun sudah berlalu.

  15. Assalamualaikum

    Saya seorng istri dan mempunyai 3 anak. Suami saya budha. Saya muslim. Yang saya mau tanyakan.
    1 : saya sdh menikah 12 thn. Suami saya baik dan bertanggung jawab lahir dan batin. Bagaimana hukum islam dlm keluarga saya?
    2 : suami dan ibu saya kurang cocok karena perbedaan kebiasaan. Keluarga saya org jawa dan suami saya keturanan chinnese.
    Yang mau saya tanyakan? Ibu saya meminta dibelikan rumah kepada suami. Dan suami selalu menjawab iya bu nanti saya pikirkan. Ibu saya senang sekali. Dan pd akhirnya suami membeli rumah lagi ditempat kami tinggal (di Bali) karena alasan buat invest. Sedangkan ibu saya tinggal dijawa tidak punya rumah. Setelah ibu saya tau suami membeli rumah lagi ibu saya sakit hati. Saya bingung apa yang saya harus lakukan. Karena ibu saya sedikit sensitif perasaannya. Dan saya tidak berani meminta kepada suami. Tolong minta jawabannya pak ustad terimakasih

  16. Saya seorang mualaf dan masih tidak faham sepenuhnya dengan islam. Saya nak tanya, Suami saya pernah angkat tangan dengan ibu saya dan peristiwa itu dah hampir setahun. Suami saya masih tak pernah pergi meminta maaf malah untuk bersua muka pun tidak mau. Ibu saya pula memang tak suka suami saya, apatah lagi suami saya pernah memukulnya. Ibu sya asyik mendesak kami untuk bercerai. Walaupun kami hidup agak sederhana, kami memang jarang bergaduh. Suami pernah melafazkan cerai hampir setengah tahun lalu dengan talak tiga tetapi menyakinkan saya kembali yng lafaz tersebut tidak sah kerana tiada saksi. Sekarang saya nak tanya betul ke talak tu tidak sah dan mana letaknya taat saya bila suami saya sendiri tidak pernah mengamalkan hukum islam seperti bersolat?

  17. Alhamdulillah sy ylega sket lpas bce jwmpanye.sy pn dlm dilema ntra org tua n suami,.y mane ibu pkse sy bkerja untk bg duet pdnya tiap2 bln,.suami pula lbh suka sy brda kt umah jg ny n ank.,suami pn dh trut kmhuan ibu spya bg wang tiap2 bln,.suami pn dh byk tlg kuaga sy dr segi wang n tnga,.kmi khwin mse sy tgh blaja ag,.smpaikn pnah ibu slh kn pkhwinan kami y buatkn sy xnk keje,.suami y tgung 100% kos mjlis umah sy,mse blaja pn sy dpt bswa n dpt hlurkn pd org tua,.kalo ikutkn khdpan org tua sy jd lbh bek slpas kami kawen,.suami sy pn msh pnye kdua org tuanya,.

  18. Saya mempunyai masalah yang hampir lazim di kalangan masyarakat melayu, iaitu ‘dulu disukai namun sekarang dikeji’. Hal ini melibatkan hubungan saya dengan mertua saya. Isteri sy org Kedah dan sy org Johor. Background family sy ketegori islamic begitu juga fmly mertua sy. Dulu sebelum bernikah sy bagaikan bakal menantu yg terindah, ditatang bgai minyak yg penuh hingga kan sy demam pun dimandikan oleh bakal mak mertua dgn mandian ramuan tradisional. Tapi slepas nikah semuanya berbeza, hinggakan hari raya sy tidak dibenarkan pulang ke rumah mertua cuma isteri shj yg dibenarkan. Nak tak nak isteri pun tak balik sama lah sebab taat kan sy. Sampai bila perkara ini akan berlanjutan. Makin hari ada shj isu buruk dimainkan untuk sy dan yang paling buatkan sy terkejut kenyataan dr mulut mertua sy ialah’ kalau hang (sy) tinggalkan isteri pun mak abah boleh bela lagi’ kenapa kenyataan ini keluar? Nak dijadikan kisah isteri sy dulu pernah berkahwin dan bercerai hidup dan sy yg kedua dlm hidupnya. Maka isu yg paling bermain dibibir adalah suami yg terdahulu lebih baik dari sy sekarang. Dan ada riak maksud seolah inginkan sy melepaskan isteri sy dan mereka mahu isteri sy berbaik atau rujuk semula dgn suami yg lama. Saya terkedu dalam keadaan ini. Mohon pencerahan dr yang arif.

  19. Hiya, I am really glad I’ve found this info. Today bloggers publish only about gossip and web stuff and this is really irritating. A good site with interesting content, this is what I need. Thank you for making this web site, and I will be visiting again. Do you do newsletters by email?

  20. Awesome write-up. I am a regular visitor of your site and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I’ll be a regular visitor for a long time.

  21. The young boys ended up stimulated to read through them and now have unquestionably been having fun with these things.

  22. Penjelasannya sangat mencerahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*