Monday , 24 April 2017
Terbaru

Orang Alim, Dermawan & Orang Mati Syahid Yang Pertama Memasuki Neraka

Kata Rasulullah kepada Abu Hurairah, “Pada hari kiamat kelak, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka semua (yakni kita semua umat manusia). Setiap umat itu akan berlutut. Tiga golongan terawal yang akan dipanggil Allah adalah orang alim, orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah (syahid).”

Ramai Umat Islam hari ini menjadikan derma sebagai salah satu cara untuk menaikkan reputasi diri dalam masyarakat. Ketahuilah Allah telah menyediakan azab untuk golongan seperti ini.

ORANG ALIM

Allah bertanya kepada orang alim itu.

“Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?”

Orang itu menjawab.

“Benar,wahai Tuhan.”

Allah kembali bertanya.

”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?”

Orang tersebut menjawab.

”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari”

Malaikat berkata kepadanya.

“Engkau berdusta”.

Allah berfirman.

“Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.

ORANG KAYA

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah berfirman.

”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”.

Orang itu menjawab.

”Benar wahai tuhan”.

Allah kemudian bertanya.

”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”

Dia menjawab.

”Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.”

Allah berfirman kepadanya.

“Engkau dusta”.

Malaikat juga berkata begitu.

Allah berfirman.

”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”

ORANG YANG TERBUNUH DALAM PEPERANGAN (SYAHID)

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah. Maka Allah berfirman.

”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?”

Dia menjawab.

”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.”

Maka Allah berfirman kepadanya.

”Engkau berdusta”

Malaikat juga berkata begitu.

ALLAH SWT berfirman.

”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.

Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk lututku sambil bersabda,

”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Kalau kita tengok trend hari ini, ramai orang yang dari golongan di atas. Pendek kata, buat kebaikan, tapi niatnya tak betul. BETUL! Buat kebaikan itu betul. Tapi bila niat tak betul, jangan ingat tak lepas. Tengoklah, Allah telah berjanji, inilah orang yang pertama memasuki neraka. Bukan orang kafir. Sebagai contoh, tengok sahaja trend seperti di bawah:

  • Orang alim sendiri mengaku diri sendiri alim dan baik. Terbaru di akhbar Malaysia, orang agama sendiri mengaku “Saya ni mufti, tak kan saya nak berbohong.”
  • Banyak dermawan hari ini yang tak ikhlas kerana Allah terutama di kalangan pemimpin politik. Sewaktu saya berjalan di kawasan rumah saya, ternampaklah saya satu pondok menunggu bas baru. Kemudian, ada pula tertulis di atas pondok bas itu, “Perhentian bas ini adalah sumbangan ikhlas daripada YB XXXXXX”
  • Banyak hari ini di kalangan kita pergi menuntut ilmu bukan kerana ALLAH, tetapi lebih kepada kemegahan. Supaya nanti bila orang tanya, “Saya belajar kat Universiti Al Azhar”.

Inilah trend-trend orang hari ini. Jadi mari kita fikir-fikirkan adalah kita juga antara yang tergolong di dalam golongan ini. Wallahualam… Haniff Izhar.

Dipetik daripada Keranda Mayat Hitam. Diubahsuai oleh WanWMA.

5 comments

  1. betol betol… mostly, niat selalu terpesong..

  2. betol betol. mostly, niat selalu dan mudah terpesong

  3. .Untuk pertama kalinya anda dan saya diperlihatkan wujud kecintaan masyarakat bawah menengah dan atas masyarakat dari berbagai agama berbagai profesi dan jabatan pekerjaan dan juga bangsa-bangsa terhadap sosok pribadi orang bernama Abdurrahman Wahid alias Gusdur. Orang mendoakannya di vihara gereja dan kuil-kuil selain mesjid untuk orang yang sangat khusus ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*