Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Nafsu Seks Lelaki Dan Wanita Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kali ini saya tak mahu berbicara panjang, sekadar ingin berkongsi sebuah luahan perasaan oleh seorang penulis di internet tentang seks. Entri yang panjang lebar ini saya petik dari blog Ustaz Zaharuddin. Enrti ini telah diubah suai oleh ustaz supaya ianya lebih sesuai dibaca untuk tatapan umum. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari penulisan yang dahsyat ini.

Apa itu SEKS ?

(bagaimana mengelakkan Zina)

18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)

18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!

18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar’ maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.

……………….

keluarga muslim

Baiklah, kita mulakan sekarang sebuah entry yang bercerita tentang SEKS…

Suatu hari dalam perjalanan dari Kuantan ke Terengganu, sebuah kereta bergerak dengan lajunya seolah-olah, “sekarang, sayalah yang terpantas..”

Kereta itu bukanlah ambulance, juga bukan kerata bomba, apatah lagi kereta polis, kereta mayat pun bukan..

Kereta itu adalah kereta hak milik persendirian, sebuah proton satria kuning yang di bawa oleh anak Pak Taib dengan nafsu gelora jiwa remaja, aku yang dah berkahwin menasihatinya..

“jangan bawak laju-laju, aku belum pergi haji lagi”

Semantara itu si jo yang masih bujang pula menasihati anak Pak Taib supaya bawak perlahan dengan alasan;

“aku belum kahwin lagi..”

Atau hakikat sebenar..

“aku tak nak mati lagi kerana aku belum rasa nikmat berset….,!!”

——————

Seks! Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!

Dan tak kurang juga yang di campakkan ke dalam neraka kerananya.. oh!

Hari ni jika korang rajin(banyak masa) cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!

Sehingga tak tercapai akalku..isk…

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?,

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa, penyakit kelamin dan doctor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar, lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda sehingga kawan aiman yang umur 5 tahun tapi dia kecik sajer, bila main dia cepat letih, tapi aiman cakap: “dia tak kisah..”

Akupun tak mendikrimasikan kawan aiman, tapi kisahkah kita jika jumlah kawan ‘aiman’ semakin bertambah?..oh!

Kawan aiman menjadi mayat yang sukar di uruskan sehingga terpaksa meminta pengurus mayat yang pakar…
Apa perasaan Aiman bila lihat mayat sahabatnya….?

Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?

Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):

Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..

Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:

“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!

Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!

Naduzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?

Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?

Dah lama aku dengar desas desus dan ura ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?

Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I’m seks education”.

Dahsyat…, dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!

Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?

Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…

Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..

Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)

Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat, bini pulak datang bulan, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. naduzubillah.

Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!

Aku sekarang ni pun dah dapat anak perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..

Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan…oh!, dan lelaki bila dah stim, anu menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis (DELETED) akan rasa ‘senak’, dan pada waktu ini keinginan untuk mencari (DELETED) untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami-tak boleh tidur kerana teringin nak (DELETED)..oh!),

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, bagus jugak perasan sibuk ni..

Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia- tak caripun-Allah masih sayangkan aku)
Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh’ tarik, lepak di jalan tengok orang atau tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan… mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu “air mani dah penuh (DELETED) hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!

Tahukah korang?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu ZINA & ROGOL yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!

Tahukah korang?

ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT.. Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!

Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ‘bukan aiman’ semua tak kisah???

Tahukah korang?
REMAJA -REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..
Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,

Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas ( DELETED)……., lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!

Nota: aku bukan doa korang yang dah terlanjur untuk masuk neraka, aku Cuma cakap amalan dosa itu yang boleh buat korang masuk neraka, aku sayang korang, sebelum korang jadi mayat, korang bertaubatlah, dan zahirkanlah taubat korang melalui kahwin!!!!

Zaman sekarang anak-anak muda kita mudah dapat ‘pendidikkan seks’, zaman pakcik muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap’ itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?

Huh siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada anak anak kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?
Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat…

Nasihat seorang alim:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Tapi apa jadi pada aku yang hina ini?
Aku telah buat maksiat sampai penat dan letih sehinggalah aku tidak berupaya lagi untuk buat usaha atas iman…isk..isk…

Sahabat sahabat nabi SAW telah berpeluh kerana ugama, tapi aku hari ini berbeluh kerana berbuat dosa… isk.. isk..

Nabi SAW solat sampai bengak kaki, tapi aku bergerak ke arah maksiat setiap hari sampai lenguh tumit kakiku ini.., kepada Allah aku memohon keampunan dan pertolongan..oh!

Sesesungguhnya manusia itu memang tak boleh tahan dengan ujian seks ini, kecuali yang kuat imannya, sebab tu ada golongan yang di tempatkan di bawah arays Allah dengan sejahtera di akhirat kelak kerena mereka di dunia dahulu adalah golongan yang menolak zina dengan berkata “kami takut kepada Allah” walaupun di goda oleh wanita cantik lagi bangsawan…

Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu….

Korangpun biasa dengar kisah seorang wali Allah iaitu ahli ibadat yang hebat ibadatnya tapi akhirnya tersungkur di kaki wanita(berzina) dan mati masuk neraka…oh!
(cerita detail-boleh rujuk kitab dan ustaz)

Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita (berzina) lalu di azab sampai sekarang..
(rujuk kitab Harut dan Marut)

Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan’, maka apatah lagi aku dan korang..

Maka untuk mengatasi masalah SEKS ini aku nasihatkan korang dan aku sendiri agar kita:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT-bersolat, berpuasa, berzikir, berdakwah)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Dan kalau tak mampu juga..
Jalan Penyelasaian yang terbaik untuk masalah SEKS kerana dapat sempurnakan separuh ugama dan juga sunnah Nabi SAW..
Jawapannya adalah:
KAHWIN…

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 4 March '10 oleh wanwma, dalam kategori Agama, Fakta, Informasi, Isu Semasa, Kesihatan, Pendidikan, Soal Jawab, Umum.

27 Comments to “Nafsu Seks Lelaki Dan Wanita Sekarang”

04.03.10 at 13:29
Posted by Suri

salam..
fuh..lama juga suri bertelekuk di sini..sati kisah yang menginsafkan..dan membuatkan suri jauh merenung pada masa-masa akan datang..

terima kasih one atas pembentagan kisah diatas..sesungguhnya ia amat menakutkan suri sbg wanita khasnya..

beringat2 sentiasa kerna mata yang memandang itu juga merupakan dosa yang tidak bisa kita tutupi..dari itu banyakkanlah mendekatkan diri kepadaNYA semoga kita sentiasa berda dlm lindungannya. AMIN.

[Komen balas]

wanwma komen:

W’salam..

Terima kasih suri, One juga ‘terasa’ sangat ketika membaca penulisan ini. Kenyataan yg menakutkan..kita belum tentu selamat, bagaimana pula generasi akan datang? Fuh..rosak juga tidak dibendung dari sekarang..

Sama2 kita memohon perlindungan daripada yang maha esa..

[Komen balas]

Suri komen:

benar tu,isyh..takut.. kan ;(
Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

[Komen balas]

Suri komen:

benar tu,isyh..takut.. kan ;(

[Komen balas]

04.03.10 at 19:50
Posted by zik

Mintak kita dijuahkan…
zik menulis diblognya tentang.. Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek My ComLuv Profile

[Komen balas]

05.03.10 at 11:53
Posted by Sis Lina

panjang gak artikel kali ni..jenuh gak nak bc.. :) sungguh menakutkan dgn anak2 remaja zaman skrg..tp sbnrnya bkn remaja je skrg ni..golongan dewasa & yg hampir veteran pun ada gak..

sama2lah kita berdoa untuk mendapat perlindungan dariNya..
Sis Lina menulis diblognya tentang.. Patchwork Blanket ~ NEW ARRIVAL..!! My ComLuv Profile

[Komen balas]

06.03.10 at 20:49
Posted by etomyam

puh, panjang tapi banyak maklumat dan pengajaran. Laa ni bukan takat yg belum kawin, yg dah kawin pun makin ‘dasat’ mainannya..apa-apa pun berdoa moga iman masih kuat
etomyam menulis diblognya tentang.. Konsep Relativity Yang Einstein Lupa: Kejayaan Dan Relativity My ComLuv Profile

[Komen balas]

07.03.10 at 13:44
Posted by ayue aishah

salam.

sebenarnye ayue xsempat pon nk bace smpai abis entry ni… hehehehe. tp ayue xbrp nk setuju sgt la dgn statement ni…

“Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…”

perempuan punca segala zina… patotkah disalahkan perempuan shj?
maafkan ayue. mgkin scr amnye btol juga.

tp bg ayue lah kn baik lelaki mahupun perempuan, sama2 perlu mgawal nafsu.. rata2 hari ni pon dgn hnya 1 klik kite boleh tgok video2 lucah, gmbr2 prmpuan seksi n mcm2 lg lah… insan2 yg trdedah dgn bende2 mcm ni akn mmbuatkan akal dn fikiran die pon turut terbuai…
sume org pon akan rase seronok……
sedikit sbyk ini lah yg mendorong ke arah zina…

lelaki adalah pembimbing wanita… dimana lg nk jumpe lelaki2 yg boleh menjadi pelindung terhadap golongan yg lemah ini…

sbb hr ni ramai je ayah yg redha je anak xtutup aurat.. suami pon xkesah isterinye pkai baju xcukup kain.
haish…

bimbingla kami andai silapnye pada wanita…
dan ayue comment kat cni sbg peringatan utk ayue juga…
sbb ayue juga spt mereka yg adakalanye terbuai dgn godaan dunia…

wallahua’lam…

[Komen balas]

wanwma komen:

W’salam…

Bagus ayu! Saya suka komen ayu! Apa yang ayu tulis tu memang ada benarnya. Bagaimanapun penulis itu mungkin berikan pendapat mengikut pandangannya, ia tidak semestinya tepat. Tetapi kebenarannya mmg ada..

Pun begitu lelaki juga memainkan peranan yg besar dalam hal ini. Pendek kata lelaki dan perempuan sama2 perlu berjaga-jaga. Allah jadikan manusia itu hidup saling ingat mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.

[Komen balas]

08.03.10 at 16:31
Posted by dr.aku.la

“it takes two to tango”
takkan ada “supply” kalau tiada “demand”.
baik buruk, dua-dua kena tanggung.
lelaki mahupun perempuan.
p/s: takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan.
dr.aku.la menulis diblognya tentang.. Apa Nak Jadi? My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Yer..dua-dua perlu bertanggungjawab. Manusia itu lemah, tiada lebih tiada kurang, yang penting perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan agama!

[Komen balas]

08.03.10 at 16:49
Posted by zoul

Prgghhh… panjangnya entry.
Namun kerana keinsafan.. aku habiskan juga.
Bagi aku semua ini berlaku kerana lemahnya asas agama..
Yang lelaki tak tahu asas kedudukannya dalam agama sebagai lelaki dan yang perempuan juga tak tahu asas kedudukannya dalam agama sebagai wanita.
Jika kedua2 saling tahu dan memahami asas ini, maka keduanya akan saling menghormati dan memahami.
Yang wanita mengawal seksi dan yang lelaki mengawal nafsu diri…
Dgn ini zina dan rogol dpt dihindari.

Wallahuaklam..
zoul menulis diblognya tentang.. Waktu Aku Kecik My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Satu lagi..yang berkuasa perlu menjalankan hukuman yang tuhan tetapkan di dalam Al-Quran. InsyaAllah masyarakat selamat!

[Komen balas]

08.03.10 at 23:14
Posted by hadjie

Entri ni bagus, tapi panjang sangat. Warna tulisan pulak jambu sikit, tak dapat nak habiskan.
Orang sekarang semakin kurang malunya. Kalau program hos2 ni kan ada hadiah untuk penonton paling sempoilah, cerialah. Padahal penonton paling tak malu.

#Berbicara panjang dengan entri yang panjang apa bezanya ya?
hadjie menulis diblognya tentang.. Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad? My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Yap..entri ini memang panjang..letih nak menghabiskannya..tak apa, yang penting mesej yg ingin disampaikan itu sudah diterima. Tak perlu habiskan…

Bezanya saya menulis pendek saja, entri itu dipetik dari blog orang lain, memang ia panjang lebar tetapi bukan saya yang tulis..huhuhu..

[Komen balas]

09.03.10 at 13:54
Posted by Suri

salam..
nanti bolehlah suri ikut kutubah agama disini lagi yer ;) hehe..

[Komen balas]

09.03.10 at 20:05
Posted by Nine

entri yg menarik dan bagus bro…Ustaz zaharuddin mmg best..selalu gak duk baca kat blog dia..zaharuddin dot net kan …:)
Nine menulis diblognya tentang.. Salam Maulidur Rasul 2010 My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Terima kasih Nine, betul tu..blog Ustaz Zaharuddin yang tu la! Hehehe..

[Komen balas]

09.03.10 at 21:27
Posted by Suri

salam jeguk wan..laa tak de post lagi ke??huhu
wan ada masa masuk blog suri yg ke2 yer..heeh
Suri menulis diundefinednya tentang.. If you register your site for free at My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Wan sibuk sgt sekarang Suri.. wan belajar dan keje dalam masa yg sama..agak memenatkan..huhu..

[Komen balas]

24.03.10 at 17:00
Posted by Suri

oh..patutlah lama menyepi..blog cc kurang org lawat..mau nyer kurag forum sb abg wan tak masuk..hehe..

[Komen balas]

02.04.10 at 02:33
Posted by qwer

awak ni karkun ke?

[Komen balas]

wanwma komen:

karkun tu apa? tak pernah dengar pun..

[Komen balas]

19.05.10 at 19:22
Posted by crimsonlady

reality dan kenyataan yg menakutkan….haih

[Komen balas]

28.06.10 at 11:28
Posted by bowlingbola

memang semuanya bersangkutan. kita mohon kepadaNya untuk menghilangkan keresahan yang memuncak……kadang-kadang dapat tepis kadang-kadang rapuh macam kulit bawang….dah berlaku menyesal…tapi dia datang balik jadi…balik…tahan….gagal..tahan lagi…gagal lagi ,,tahan..dan seterusnya berulang..kembali kepada Allah kita beserah…malaikat pun boleh tewas….so depa pun tahu..dan mereka sentiasa memohon kepada Allah agar mengampunkan umat manusia…kerana mereka tahu apa yang tertanggung dibahu manusia itu..manusiua boleh jadi lebih hebat dari malaikat dan lebih hina dari binatang dan lagi dahsyat dari syaitan..hanya kerana kita ialah manusia…semoga kita mendapat kemaafan darinya..kitalah yang sesangat-sangat perlukan Allah berbanding Allah kepada kita….

[Komen balas]

wanwma komen:

Alhamdulillah…saya suka membaca komen yg panjang dari saudara…kenyataan yg benar sekali!

[Komen balas]

17.08.10 at 22:54
Posted by man kuantan

Assalammualaikum…………..
artikel yg mmg bgs bg aku…….
de ckit2 kena ttg aku……..
terasa lah gak…….
hahahahahaha……..

tp………
kesimpulan yg aku leh wat adalah……….
laki dan pompuan kena mainkan peranan……..
kalu kite tepuk sebelah tangan x kan berbunyi………
begitu lah juga zina……
kalu slh sowg dr kite menolaknye……..
tentu x kan jd bende mcm nie……..

nie just pendapat kau je…….
pape pun mmg bgs artikel nie…….
hahahahahaha…….

teruskan usaha anda wanwma………
cyaiyok……….. cyaiyok………….

[Komen balas]








CommentLuv Enabled