Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Macam Mana Nak Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kali ini kita akan berbincang bagaimana anda sebagai seorang isteri menghilangkan rasa curiga di dalam hati terhadap suami anda. Soalan ini ditanya oleh seorang pembaca blog ini, InsyaAllah saya akan cuba memberikan pandangan terbaik. Selain itu, saya harap para pembaca blog ini juga memberikan sedikit pandangan dan idea bernas yang boleh sama-sama kita manfaatkan!

Soalannya,

Macam mana hilangkan ragu2 hati ni pada suami…dengan keadaan sekarang ni dan rakan sekerja lelaki yang mempunyai hubungan lain luar rumah buatkan saya rasa curiga pada suami sendiri…

Beginilah soalan yang dikemukan kepada saya, mungkin ia tidak begitu terperinci, tetapi rasanya ia sudah memadai untuk kita faham kerisauan orang yang bertanya..sebelum menjawab saya harap Puan yang bertanya berada dalam keadaan tenang ketika ini..InsyaAllah…

Demi mengetahui lebih lanjut akan perkara ini dari pandangan wanita, saya juga ada kemukakan soalan yang sama kepada rakan-rakan di Facebook. Dan ini adalah antara jawapan yang saya terima:

rasa curiga pada suami

Ya, saya amat setuju dengan pendapat rakan-rakan Facebook saya di atas. Kenapa suami harus dicurigai seandainya benar beliau ada orang lain sekali pun? Itu adalah hak beliau, tiada larangan di sisi undang-undang mahupun di sisi Islam. Kenapa pula perkara yang tidak menjadi sebarang masalah di sisi agama ingin kita khuatiri?

Kasih sayang isteri terhadap suami seharusnya berlandaskan garis panduan dalam ajaran Islam, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Tanamkan kasih sayang utama kepada Allah, dekatkan diri dengan-Nya, InsyaAllah kita akan sentiasa tenang.

Perhatikan betul-betul, kenapakah selama ini banyak berlakunya zina dikalangan mereka-mereka yang sudah berkahwin. Ada juga lelaki yang berkahwin secara diam tanpa pengetahuan isteri pertama. Semua ini mengundang kepada kehancuran rumah tangga kerana sikap para isteri yang cuba menolak hak suami yang telah ditentukan tuhan. Adakah Allah sengaja membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang tanpa sebarang sebab? Mustahil..tentulah ada sebab yang sangat penting.

Atas dasar inilah lelaki yang sudah berkahwin perlu dihukum rejam sampai mati sekiranya melakukan zina! Sanggupkah kita melihat keadaan ini? Mungkin negara kita yang mengamalkan Islam mengikut ‘ideologi barat’ ini tidak menjalankan hukum rejam, tetapi begitu besarnya dosa yang ditanggung oleh si suami hanya tuhan yang tahu.

Lihat, di manakah sebenarnya kasih sayang kita? Adakah kasih sayang itu kerana Allah? Kerana curiga, bimbang dan khuatir perkara-perkara seumpama itu berlaku kepada suami atau kita sekadar khuatir suami ‘ada orang lain’?. Bukan maksud saya untuk menggalakkan para suami untuk berpoligami, saya cuma mahu perbetulkan  fahaman minda yang salah terhadap sikap wanita tentang poligami.

Kerana saya ini lelaki mungkin agak berat sebelah apabila saya mengemukakan pendapat, tetapi keterangan yang jelas telah dinyatakan oleh para isteri dalam contoh yang saya berikan di atas. Perhatikan kenyataan-kenyataan yang saya gariskan dengan warna merah itu. Bagi saya mereka benar-benar insan hebat yang mendambakan cinta Allah (kalau lelaki yang baik dapat isteri macam ni nak cari lain lagi ker?).

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah manusia jika timbul perasaan cemburu dalam keadaan ini. Usahkan kita, Siti Aisyah juga sering cemburukan Rasulullah apabila Rasulullah bersama dengan isterinya yang lain. Kadang-kadang tergambar wajah marahnya di depan Rasulullah. Namun ia tidak dilanjutkan sehingga membenci, kecewa, curiga dan sebagainya.

Itu kisah Rasulullah, apatah lagi lelaki-lelaki lemah yang hidup di zaman kemudaratan akidah ini? Suami-suami sekarang perlukan isteri yang tabah, sering bersabar dengan sikap suami, pandai menjaga hati, sering berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga, selalu menasihati suami ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Bukan menghabiskan masa memikirkan perkara bukan-bukan sehingga membuat suami menjadi rimas.

Mungkin saat ini perasaan curiga itu membuatkan kita mengalami kesulitan dalam pelbagai hal. Sentiasa ingin mengetahui keadaan suami, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia berkawan, adakah suami setia dan sebagainya. Usah khuatir, serahkannya kepada tuhan yang lebih mengetahui. Teruskan tanggungjawab kita seperti biasa dan layan suami dengan mesra. Kesulitan yang dialami itu biarkan ia berlalu dengan membaca doa-doa di bawah:

Doa orang yang mengalami kesulitan:
Doa ketika kesulitanMaksudnya: “ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya”
Doa ketika marah:
Doa ketika marahMaksudnya: “aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk”
Doa memohon kesabaran:
Doa untuk sabarMaksudnya: “ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari”

Sekian saja ulasan saya. Mohon maaf atas segala kekurangan dan keterlanjuran kata dalam penggunaan bahasa. Saya juga insan lemah yang penuh dengan kekurangan. Doa saya semoga keterangan ringkas ini dapat memberikan sedikit sinar kepada anda supaya lebih tenang. InsyaAllah…

i-hate-you-but-not-really

Doa dipetik dari blog: Warkah – Warkah Cinta

????? ?????? ?? ???????? ???????. ????? ???????? ?????? ??????? ????? ?????? ????????? ??? ?????????? ?????????

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 12 March '10 oleh wanwma, dalam kategori Agama, Motivasi, Soal Jawab, Umum.

21 Comments to “Macam Mana Nak Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami?”

12.03.10 at 16:56
Posted by zoul

Salam…

Maaf…. bagi aku tak menjadi satu kesalahan utk mencurigai suami (aku lelaki tau).. Rasa curiga itu pada dasarnya timbul kerana adanya rasa sayang. Kalau kita tiada rasa sayang tak akan timbul rasa curiga ke, rasa cemburu ke atau lain-lain rasa.

Curiga itu sendiri cuma akan menguasai diri kita bilamana kita gemar bersendirian, memikirkan dan membayangkan sesuatu yg kurang enak + dgr cerita ceriti dari sekeliling.

Oleh itu.. jgn bersusah hati.. Berdoalah dan mintalah kebaikan dr Allah agar suami tidak akan melakukan sebagaimana yg dibayangkan itu.

Ingat..!!! seorang isteri yang kerap membayangkan yang tidak baik terhadap suami boleh menjadi satu doa tanpa disedarinya.. dan Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sukai atau dengan sesuatu yang sangat kita benci…

wallahuaklam..
zoul menulis diblognya tentang.. Pantang Waktu Berkhatan My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Hehehe..betul saya setuju! Curiga tu sebenarnya bagus juga, tapi jangan sampai ia mengganggu fikiran sendiri! Curiga kerana sayang itu bagus, cuma biarlah sayang itu kerana Allah..

[Komen balas]

12.03.10 at 17:21
Posted by Fida

Tip yg berguna…coz perkerjaan hubby fida berkaitan dgn dunia artis….tau2 aje la perangai artis nie kan…(tak semua la) boleh dijadikan panduan….
Fida menulis diblognya tentang.. Janji Lelaki Yang Telah Beristeri My ComLuv Profile

[Komen balas]

12.03.10 at 19:10
Posted by etomyam

ada org cakap kalau nak percayakan suami, simpan setakat 90% jer. lagi 10% lagi simpan utk diri sendiri dan tulah yg guna mencurigai tu…. :D
etomyam menulis diblognya tentang.. Terkini Senarai Individu Terkaya Di Dunia 2010 My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

hehehe…maknanya jangan curiga banyak sangat..

[Komen balas]

Suri komen:

sikit2 tarak apalah..
Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

[Komen balas]

Suri komen:

haha,suri setuju dgb one tu..hehe..org llki jgn marh ek..sb tu jugak sbhgian hak dari wanita
Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

[Komen balas]

12.03.10 at 22:43
Posted by Suri

salam ceria..
terima ksh sb sudi msuk blog suri..jika tak alamat sunyilah gamaknyer…
huhu..satu sesi ceramah yang panjang sekali..hehe..

ingatlah semua itu bisikan dari syaitan yg durjana..banyak2kanlah kekutan agama dlm diri Insyaalh pasti kita akan menemui ketenangan disana..

satu input yang baik..
Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Sama2 Suri..mustahil saya tidak sudi singgah ke blog Suri yang merupakan tetamu tetap saya. Lagipun blog Suri punyai nilai pembangunan modal insan yang tinggi..tidak seperti blog kosong yang berbicara luahan semata-mata..

[Komen balas]

13.03.10 at 00:18
Posted by IndahKasihku

Kepercayaan sangat penting. Jika tidak dunia rumahtangga akan hilang seri wajahnya. lelaki punya hak yang telah ditentukan menurut Islam. Hanya mahu atau tidak sahaja untuk melaksanakannya. Indah yakin, jika cinta sudah bertaut erat, pengorbanan pasti perlu dilakukan walau ada hati terluka. Namun pasrah lebih memaknai cinta yang dihambat kepada cinta Allah swt. Tulisan dan idea yang mantap. Tahniah.
IndahKasihku menulis diblognya tentang.. BUNGA KASIH SAYANG My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Betul sekali kenyataan itu..kadang2 kejujuran wanita benar-benar boleh meruntuhkan hati lelaki..manakan tidak, meskipun pelbagai nikmat dimiliki Nabi Adam di syurga, namun baginda tetap rindukan Siti Hawa..

Terima kasih..

[Komen balas]

13.03.10 at 21:24
Posted by Izzan Aufa

curiga adalah perasaan yg agak negatif dan salah satu drpd bisikan syaitan…kena sentiasa beringat dan bila perasaan itu dtg..cpt2 beristighfar…

btw sy nak tanya…doa kat atas tu blh tak dibaca pd org yg lemah semangat or dlm trauma? thanx…

[Komen balas]

wanwma komen:

Doa-doa itu boleh dibaca kepada mereka, tiada sebarang masalah, namun adalah lebih baik ditambah dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

[Komen balas]

14.03.10 at 02:01
Posted by suhana

Salam semua..
InsyaAllah.. akur pada tuntutan agama, dan mredhai sekiranya itu lah suratan yg ditakdirkan..

Benarkan dan redhakan lah si suami mencari kebahagiaannya, sekiranya sudah rasa tidak bahagia bersama!.. ditakuti berlaku ‘pertengkaran’ dlm rtangga dan adalah tdk elok unt pembesaran anak2. Pada kebanyakan isteri, perkahwinan dan kebahagian yg dikecapi selama bersama, hingga menghasilkan anak2.. adalah kebahagiaan yang tidak terhingga, dan nikmat nya hidup berumahtangga.. dan harapan isteri, berdoa agar kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat nyerrr..

Namun.. sbg isteri, ‘curiga’ adalah perkara biasa, cuma dilayan atau sebaliknya.. tp, ‘instinct’ isteri adalah lebih tepat dari curiga yg tiada kepastian! Bila ternyata kebenarannya.. dgn erti kata ter’kantoi’ pasti, bersilat menepis laksana Hang Tuah, Hang Jebat.. dan segala Hanggg lah yg akan tkuar! hehehe.. upsss.. maaf ya!

Ternyata, dugaan pasti diberi Tuhan!..

Apa pun yg blaku, pasti ada hikmahnya… sbg manusia kekadang kt terlupa, kt terleka.. ‘take things for granted’! Kt mengambil remeh pd benda2, mungkin krn rutin harian, dgn kerja, dgn anak2.. hinggakan kt tlupa bhw pasangan kt juga memerlukan ruang unt bsama, bermanja, sehingga kt tlupa bagaimana nak bercinta, spt kt mula2 bercinta dulu… Hakikatnya, cubalah, PERBAIKI MASJID YG TELAH DIBENA.. dari MEROBOHKAN! atau DIBINA LAGI MASJID BARU! Melainkan Masjid yg lama terbena, sudah tiada lagi penghuni, pengikut atau jemaah nya..

Memaafkan satu sama lain krn Allah, demi kebaikan dan keharmonian hidup berumahtangga, berkeluarga, dengan ikatan kasih dan sayang.. wujudkan lah ‘cinta’ versi baru bersama pasangan, mungkin adalah jalan terbaik! InsyaAllah..

Maafkan saya, sekiranya saya tersilap!
suhana menulis diblognya tentang.. CUTI SEKOLAH.. GULAI KAWAH! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Terima kasih..penerangan panjang lebar ini benar sekali…saya setuju dengan apa yang dinyatakan.

[Komen balas]

14.03.10 at 14:55
Posted by Mantra

Seseorang isteri pasti curiga apabila kawan suami atau orang yang berada disekelilingnya mempunyai sikap tidak elok seperti main kayu 3 atau sebagainya.

Oleh itu perasaan curiga itu bagus juga sebagai langkah berjaga-jaga si isteri supaya suaminya tidak melakukan perkara luar dugaan.

Sekadar pendapat insan lemah…
Mantra menulis diblognya tentang.. Lubuk Duit Blogging 2010 untuk semua! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Pendapat mantra ada benarnya…cuma kita harapkan para isteri jangan terlalu kuat curiga kerana ia mengundang syaitan merajai hati..

[Komen balas]

14.03.10 at 17:59
Posted by Suri

salam..percayailah sedit kpdnay tapi jgn keseluruhannya..hehhe
Suri menulis diblognya tentang.. Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

hehehe…pandai! kalau percaya sepenuhnya lelaki ambil kesempatan pulak!

[Komen balas]

19.03.10 at 16:39
Posted by Kak Nor

Salam…

Pengorbanan, kesetiaan dan kepercayaan seorang isteri itu hancur dek kerana sikap suami yg cuba berlaku curang, lantaran itu si isteri mula mencurigai si suami..
Kak Nor menulis diblognya tentang.. MENGENAL PERIBADI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

W’salam…

Terima kasih kak..ya, kadang2 sikap suami sendiri yang menyebabkan isteri mula curiga. Suami yang dianggap sebagai ketua keluarga, pemimpin, tempat untuk bergantung dan orang yang amat dihargai seharusnya memainkan peranan yang baik dalam mengharmonikan rumah tangga.

[Komen balas]








CommentLuv Enabled