Monday , 29 May 2017
Terbaru

Kenapa Tetamu Bagi Duit Ketika Menghadiri Kenduri Kahwin?

Mungkin perkara ini telah menjadi adat yang ramai orang buat tapi tak ramai orang tahu apa sebabnya. Sehingga adakalanya sesetengah orang berkata ‘Buat kenduri ke buka kedai makan?’, dari pihak pengajur majlis pula kadang-kadang terpaksa menolak dengan berkata ‘Tak payah bagi duit..Kami buat majlis kesyukuran..Bukan nak minta dibayar.”.

Bermacam-macam tanggapan yang keluar apabila tidak faham maksud sebenar perbuatan ini. Jika selama ini kita berikan duit kepada keluarga pengantin hanya kerana mengikut adat dan kebiasaan yang dibuat orang, hari ini mari kita belajar sebab sebenar kenapa perkara ini dilakukan.

Pemberian wang kepada keluarga pengantin itu dilakukan oleh orang-orang dahulu adalah sebagai ganti kepada hadiah. Dalam Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah.

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Berdasarkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan:

“Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah) Sumber Hadis.

Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dulu-dulu mengambil langkah mudah dengan hanya menghadiahkan wang sebagai sumbangan. Dengan hati yang ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga pengantin, oleh itu keluarga pengantin (biasanya bapa) seharusnya tidak menolak pemberian ini. Kerana dengan menolak pemberian mereka, kita seolah-olah menarik pahala yang sepatutnya mereka perolehi. Selain itu ia mungkin juga akan membuatkan mereka berkecil hati.

Bagaimanapun sekarang mungkin ramai orang memberi wang hanya kerana adat tanpa mengetahui ia adalah sunnah. Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit penjelasan. InsyaAllah…

7 comments

  1. yap, kalau aku tengok, kat selangor, johor dan pahang masih bagi berkat dan duit. Negeri lain aku tak tahu sebab aku jarang gi kenduri belah sana.. So far, mengikut cerita mak-abah aku, diorang kata tu adat..tapi tak bagitau secara detail..tapi bila aku belajar sirah nabi masa kat sekolah dulu tu, samalah macam ko cakap..kita bagi apa yang kita mampu..tak kiralah duit ke apa ke..janji ikhlas dari hati kita..

  2. memang saya dok fikir dari dulu kenapa org bg duit kat tuan rumah kenduri. sekarang sudah terjawab.

  3. Maaf. Saya ingin berkongsi pendapat tetapi berbeza sedikit pandangan yang akan saya kemukakan di bawah nanti.

    Saya berasal dari negeri Johor. Ya, saya lihat di negeri saya, masih lagi mengamalkan pemberian ‘duit’ sebagai salah satu bentuk ‘hadiah’ kepada pihak keluarga pengantin. Namun, datuk, nenek, dan keluarga pernah berkata kepada kami bahawa pemberian ‘duit’ ini bukanlah sebagai lambang adat. Malah, datuk dan ibu sendiri pernah berpesan bahawa pemberian sebegini merupakan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah S.A.W.

    Berdasarkan pemerhatian di kampung datuk dan nenek, tidak muncul perkara sebegini sebagai suatu adat yang masih berterusan. Hadiah berbentuk ‘wang’ ini pada mereka, selain sunnah Rasulullah, juga salah satu cara penerima jemputan menghormati pihak tuan rumah dan sebagai menunjukkan rasa besar hati penerima jemputan diundang ke majlis yang mulia tersebut.

    Mungkin hanya segelintir sahaja yang beranggapan bahawa pemberian duit sebagai hadiah pada hari perkahwinan sebagai suatu bentuk adat.

    🙂

  4. kalo di sebelah timur sekiranya jemputan adalah Kenduri Kesyukuran Perkahwinan, so tiada pemberian sumbangan..dan sebaliknya di negeri lain iaitu majlis perkahwinan…adakah kah pemberian duit itu bole dipanggil sedekah?setahu sy panggilan pemberian duit itu adlah SUMBANGAN….terima kasih

  5. Assalammualaikum, sebenarnya saya memang ingin mencari jawapan mengenai perkara ini. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan telah berkhawin dengan orang kelantan. Saya amat terkejut apabila di maklumkan menerima wang sewaktu kenduri khawin adalah satu dosa dan perkhawinan itu tidak berkat. Kerana ini akan membebankan pihak para tetamu. Cuba bayangkan kalau dalam satu hari ada 3 kenduri khawin, ini pasti memberi tekanan kepada tetamu. Tapi pada saya, ini bukan satu paksaan. Pemberian mestilah ikhlas. Jadi di sini, terdapat 2 jenis kenduri khawin, 1 Walimatul Urus(boleh bagi duit) & 1 lagi kenduri kesyukuran (tak terima duit).

  6. Awesome post. I am a regular visitor of your site and appreciate you taking the time to maintain the excellent site. I will be a frequent visitor for a really long time.

  7. Simply a smiling visitant here to share the love (:, btw outstanding pattern. “Better by far you should forget and smile than that you should remember and be sad.” by Christina Georgina Rossetti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*