Monday , 29 May 2017
Terbaru

Emak Mertua Benci Sehingga Menggunakan Sihir, Apa Perlu Saya Buat?

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah soalan dari pembaca blog ini. Saya amat simpati dengan peristiwa yang berlaku kepadanya. Saya tidak memberikan sebarang jawapan di sini, saya mahu tahu apakah pendapat dan pandangan para pembaca sekalian. Semoga ada di antara pembaca sekalian dapat memberikan pandangan yang sebaiknya, InsyaAllah..

Soalan: Assalamualaikum..

Di sini ada persoalan yang mungkin berlaku di kalangan isteri. Saya merupakan seorang menantu yang dilema dimana saya telah mendirikan rumah tangga bersama suami saya selama 5thn.Sepanjang tempoh perkenalan saya bersama suami (pada awal perkenalan) saya ini diterima baik oleh keluarganya kerana saya seorang penuntut universiti dan bakal memiliki ijazah.Selepas saya graduate saya tidak mempunyai pekerjaan dan bekerja sebagai seorang operater di sebuah kilang sehingga waktu itu ibunya telah berjumpa dan maklumkan kepada saya bahawa dia meminati seorang wanita yang bekerja dalam bidang kerajaan.

Lepas dari kejadian itu keluarga suami saya semakin menentang perhubungan kami ini dan membenci saya seadanya sebab seorang pekerja kilang. Dari kejadian itu, saya kuatkan semangat dan memohon jawatan terbuka dari HR dengan Ijazah yang saya miliki dan jawatan yang bersesuaian. Alhamdulillah rezeki serta doa saya dimakbulkan, saya dinaikkan pangkat mengikut kelayakan. Hati ibunya masih lagi tetap berkeras tidak akan menerima saya kerana saya seorang pekerja kilang, walhal anaknya yang saya berkawan (suami saya kini) juga seorang pekerja kilang. Kami terus berkawan dan mencecah 6thn, suami saya memutuskan untuk menerima saya sebagai isterinya walaupun ibu,ayah dan adik beradiknya yang lain tidak bersetuju.

Dengan izin Allah, suami saya berjaya memujuk ayahnya untuk memberi restu dan mengadakan rombongan meminang terhadap keluarga saya dan pada hari berikutnya ibunya serta adik beradiknya yang lain meminta ayahnya menceraikan ibunya kerana berpihak kepada permintaan suami saya ketika itu. Kejadian serta segalanya telah ditentukan olehNYA. Dengan sikap yang angkuh anak perempuan (kakak kepada suami) inginkan perpisahan berlaku diantara ibu dan ayahnya maka akhirnya mereka berpisah sehingga sekarang. Masalah saya kini ialah sejak kami berkahwin tanpa restu dari ibunya, ibunya serta adik beradiknya ketika itu telah membuang suami saya dari senarai ahli keluarga mereka. Sehingga selepas saya bergelar isteri saya sendiri pergi memohon restu dari ibunya agar dia dapat menerima saya sebagai menantunya..tapi malangnya dia tetap berkeras dan tidak menerima saya serta anak lelakinya sendiri (suami saya).

Ketika itu, suami saya berasa terlalu sedih dan betul-betul dilema dengan kejadian yang menimpa dirinya selepas menerima saya sebagai isterinya…Dalam masa yang sama, saya sering dimesej oleh ibunya serta adik dan kakaknya dengan kata2 kesat dan caci maki. Saya terus bersabar sehingga kami memiliki seorang cahaya mata. Kami cuba berbuat baik dan kembali memujuk supaya lupakan perkara yang lepas kerana waktu itu perkahwinan saya berusia 2thn dan ibunya kini telah mendapat cucu sulong. Tetapi malangnya beliau tetap berkeras hati. Suami saya semakin dilema apabila saya memesan kepadanya meskipun begitu sikap ibunya, berdosa baginya sekiranya suami saya menyakiti hati ibunya. Tetapi hati suami saya semakin rungsing apabila sikap ibu dan adik2nya terus menyakiti hati saya dalam senyap sehingga membuatkan keadaan saya tertekan serta keadaan suami saya sendiri. Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak.

Malangnya, hidup kami semakin porak peranda kerana ada berita telah disampaikan kepada seseorang kepada kami sekeluarga bahawa kami tidak akan hidup bahagia dan kami sekeluarga pasti akan berpisah juga dengan apa cara sekalipun. Hidup keluarga kami semakin bergolak apabila mereka sekeluarga datang menaburkan segala fitnah di kawasan perjiranan tempat kami tinggal sehinggakan semua jiran2 turut memandang serong kepada saya serta suami saya. Sehingga suatu ketika, saya memohon agar suami saya berjumpa ibunya agar memaafkan kesilapan kami dan lepaskan hidup kami dari semua fitnah ini dan akhirnya kami dapat tahu dari seorang ustaz bahawa hidup kami telah “disihirkan” oleh mereka. Rumah yang kami duduki tidak boleh dimasuki dan kami sekeluarga terpaksa tidur di stesen bas.

Sekiranya kami memasuki juga rumah yang diduduki itu, kami akan bergaduh dan suami saya sering memukul dan sepak terajang saya seperti anjing dan begitu juga dengan diri saya untuk mempertahankan keadaan. Ibu beliau juga, telah meminta semua anak2nya yang mana berkahwin dengan lelaki pilihan mereka sendiri agar menuntut cerai. Kini anak perempuannya juga telah mengikut kehendak beliau. Dalam situasi yang tidak dapat dipertahankan lagi waktu itu di rumah saya yang penuh dengan “misteri” itu, saya telah diceraikan oleh suami saya tanpa disedari sebanyak 2 kali talak berlainan keadaan selepas rujuk. Keesokkannya lepas keluar dari rumah itu barulah suami saya sedari ada sesuatu yang terjadi diluar kemahuan dia.

Mulai dari detik itu mereka terus mengganggu saya sekeluarga sehingga pergi ke tempat mengasuh anak saya (selepas 3thn) dan meminta agar pengasuh anak saya tidak mengasuh anak saya lagi. Mereka juga melakukan perkara “misteri” kepada anak2 saya sehinggakan kejadian seterusnya terjadi dalam hidup kami. Akhirnya suami saya semakin tertekan dan dia tidak pernah melawat, bertanya khabar, bahkan lagi menyukai ibunya kerana ibunya telah terpesong dan sering berjumpa dengan bomoh untuk memporak perandakan semua keluarga anak2nya yang berkahwin bukan dari pilihannya. Sehingga suatu masa emak saudara saya datang dan memberitahu ibu suami saya inginkan “kain tutup mayat” untuk berubat kepada seseorang.

Tetapi saya tidak tahu kepada siapa. Kini saya mulai dilema apabila saya telah kembali menetap di kawasan yang hampir dengan keluarga ibunya semula. Di mana selepas kejadian suami saya telah menceraikan saya dulu di dalam rumah yang misteri itu, kami berdoa agar dapat berpindah lebih jauh dari tempat itu sehingga saya diposting ke Selangor. Kini, selepas setahun berada jauh dan xdapat dikesan oleh mereka, kami amat bahagia dan aman damai. Tetapi keputusan suami saya untuk berpindah menetap di Kedah ini sedikit sebanyak muncul cerita2 lama dalam keluarga kami. Jadi dalam situasi ini apakah yang boleh suami saya lakukan sehingga sampai tahap ini suami saya telah berbelah bahagi dan kadang2 punca pergaduhan di dalam rumah tangga kami hanya kerana ibunya dan bukan kerana masalah lain.

Suami saya dalam dilema dan dia telah pun berkata kepada saya sudah 5thn kami berkahwin ibunya tidak pernah melihat cucu-cucunya dan menerima suami saya sebagai anak lagi, sehingga suami saya lupa bahawa ibunya masih lagi IBU kepada dirinya meskipun tidak pernah mrnjengah dan bertanya khabar. Ibunya tetap tidak mahu menerima suami saya melainkan suami saya ikut kehendaknya untuk berpisah dengan saya sepertimana anak2nya yang lain yang telah mengikut kehendaknya.

Di dalam masa yang sama, bekas suami kakak ipar saya pernah berjumpa dan berpesan kepada saya bahawa keluarga suami saya ini adalah keluarga yang percaya kepada “ilmu hitam” dan dia hendak saya menjaga suami saya sebaik mungkin agar tidak terjebak dengan perkara mungkar ini, kerana nasib yang beliau alami ialah isterinya mengikut kata ibunya dan memohon cerai kepada suaminya kerana ibunya tidak suka akan suaminya. Apa yang perlua saya lakukan dan juga terutamanya situasi suami saya sebagai seorang lelaki yang perlu taat pada “ibunya” yang sebegini rupa…

WanWMA ~ Sila tinggalkan pandangan anda pada bahagian komen. Terima kasih.

20 comments

  1. Saya mencadangkan agar si isteri dan suami serta anak2nya berubat secara rawatan alternatif Islam berjumpa dengan ustaz. jangan dibiarkan keluarga mereka diselubungi dengan sihir itu. Sihir tidak mengira jarak dan sempadan. Bertindaklah secepat yang boleh, jangan dibiarkan berlarutan dan jangan jumpa bomoh sembarangan tapi pilih la rawatan Islam. Semoga ALLAH SWT melindungi keluarga mereka dan mengangkat segala belenggu sihir yang menimpa mereka, insyaALLAH.

    Tentang kasih sayang taat terhadap ibu itu untuk sementara waktu ni banyak2kan lah solat hajat agar dibuka pintu hati si ibu untuk bertaubat diatas segala perbuatan terkutuknya itu, semoga hubungan kembali pulih.

  2. Assalamualaikum wrh wbt
    Sekadar memberi pandangan dengan ilmu yang Allah izinkan… Bukan semua suruhan ibu perlu kita taati. Jika bercanggah dengan tuntutan agama, tak perlulah ikut.

    Utk berjaya mempertimbangkan dgn baik, diri kita sendiri perlulah diperkayakan dengan ilmu. Di Kedah ada baaanyaaak kelas pengajian. Pergilah berlajar supaya diri kita faham apa yang kita buat dan dapat memutuskan utk melakukan atau tidak melakukan sesuatu itu dgn ilmu.

    Buat menundukkan ibu, mohonlah agar Allah ampunkan dosanya dan dosa diri kita juga. Tanganilah semua ini dengan kasih-sayang. Besarkan rahmat Allah. Tidak akan berlaku sesuatu itu melainkan dengan izinNya. Amalkan membaca ayat Kursi 7 kali selepas solat Subuh dan sebelum solat Maghrib dan fokuskan sebagai memagar diri dan keuarga. Bacalah surah Al Hasyr ayat 21-24 3 kali sebelum masuk waktu Subuh dan bayangkan rahmat Allah mencurah menhujani diri dan keluarga U. Buat Ibu, pandanglah dia dengan matahati yang penuh kasih-sayang dan kasihan dan bacakan padanya Ayat 15 Surah Assyura bermula daripada Allahurobbunawarobbukum… sampai habis ayat, 3 kali selepas solat Maghrib dan Subuh. Bila dah boleh hafal, amalkan membaca ayat ini bila saja berhadapan dengan Ibu. Bagi tujuan menjauhkan sihir, bacalah Surah Al Hadid ayat 13 bermula daripada fazhuribabainahum… sampai habis.

    Yakin dan bersangka baiklah dengan Allah. Ingatlah bahawa Allah berjanji dalam firmanNya bahawa, “Sesungguhnya Aku akan memenuhi sangkaan hambaKu”. Oleh itu jagalah sangkamu dan makmurkanlah dunia ini dengan kasih – sayang. InsyaAllah, U akan berjaya

  3. mengapa sampai begini?… adakah kerana perkahwinan mereka tak dapt restu ibu dan bapa… sebagai pengajaran dan ingatan juga… tapi… kalau da cinta yang buta … tak ada ape yang buleh diingatkan… bila dah jadi baru tahu hasilnya… kan?

    • manusia nampak sama, hati lain2, mengapa sampai begini? cinta yang buta di ikat dengan perkahwinan yang mengikut syariat tiada salahnya, ‘baru tahu hasilnya’? – itu adalah ketentuan Allah, bukan lihat pada ‘ baru tahu hasilnya’ ini adalah dugaan mereka, mereka akan dapat nikmat dari hikmah kejadian serta kesabaran mereka, wallahualam.

      • subhannallah.. maafkan ana kiranya apa yang ana lakarkan memberi maksud yang tidak elok…
        Sebetulnya, apa juga pilihan yang kita buat sekiranya berdasarkan kepada kehendak hati semata tanpa mengambil kira pandangan dari orang-orang tua kita akan merasa kesannya, namun apa yang telah kita pilih ituah hakikat yang harus kita terima dan seharusnya juga berusaha untuk mengatasi setiap masalah dengan sehabis baik dan bertaubatlah… wallahhu a’lam.

  4. Salam…

    Semoga saudara/saudari tabah menghadapi dugaan ini disamping selalu berdoa agar hati ibu anda akan berubah kerana bukan saudara/saudari saja yg mengalami situasi x disukai ibu mertua. kawan sy mengalami dari dulu hingga kini dimana mak mertua berlakon baik dihadapan sahaja..dia juga selalu menghasut anak lelaki nya agar jgn mendengar kata2 isteri hinggakan rumah yang dibina oleh pasangan ini, siisteri x dibenarkan duduk walaupun dibina bersama2 bahkan siibu memberi peluang kepada anak lelakinya yang lain untuk memdudukinya. Apakah perasaan siisteri ini ? bukan hanya mertua bahkan adik-beradik si suami berperangai sama. Kerana ingin melihat kebahgiaan anak maka siisteri terpaksa bersabar walaupun mengetahui si suami adalah penagih dadah. Si suami setiap hari keluar dan seakan x suka untuk meluangkan masa bersama keluarga sendiri. tapi dengan ibu & adik-beradiknya dia berlembut walaupun mereka sebenarnya x suka suami kawan saya. Sisuami juga dikerah untuk mmbina rumah hampir kesemua adik-beradiknya (termasuk rumahnya tapi x dibenarkan diduduki) tapi adik-beradiknya tetap x menyukainya. kawan sy kini tggal serumah dgn ibu mertua & mereka pernah tinggal dirumah sendiri (yang dibeli) tpi sisuami tetap mengabaikan mereka dan kembali kepada ibunya.

    Sy x berani nk memberi komen hanya sekadar menyuruhnya bersabar disamping membuat simpanan sendiri (kerana kawan sy bekerja) utk masa depan dia dan anak-anaknya.

    semoga ada kata2 nasihat utk kawan saya ini..

  5. agak susah mahu menghuraikan perkara ni… cuma simpulan yang dapat aku katakan :

    1. yang tekena sihir: berubatlah secara alternatif islam
    2. yang menyihir: bertaubatlah
    3. yang tahu perkara ni: nasihati mereka
    4. sama2 kita menuju kajalan yang benar dan diredhai…

    sekadar pendapat…

  6. susah juga kalau dah terjadi begini. setuju dgn komen Kak Wan. Tak semestinya semua cakap ibu perlu diikut kalau dah menyimpang. Apa yg dpt saya katakan disini, kena usaha untuk berubat utk dijauhkan dari sihir. Amalan2 wajib dibuat dari terkena sihir. Berdoalah supaya ibu segera bertaubat.

  7. salam.. masyaALLAH.. sedih sy baca cerita ini.. suami sya pun mengalami gangguan yg teruk .. sampai sekarang.. belum berjumpa jodoh yg sesuai untuk berubat… serata tempat telah sy cuba.. sy yakin dengan ALLAH.. ALLAH MAHA HEBAT.. buat si isteri n si suami.. sbenarnya ALLAH menguji kita.. mungkin ada yg tersembunyi yg belum kita jumpai.. sy ingat pesan seorang ustaz yg menyebbkan sy betul2 insaf dan sy redha dengan ketentuan ALLAH … ” yg sakit suami awak.. awk patut bersyukur byk2 kerana awk dpt tgk kebesaran ALLAH… ”
    MASYAALLAH.. sebenarnya berat ujian buat sy.. insyaALLAH.. sy hadapi dengan tenang..

  8. pendinding diri dari gangguan kejahatan manusia dan makhluk sangat2 banyak..amalkan selepas subuh baca doa ruqyah jibril sebanyak 3x beserta ayat Kursi sebanyak 7x dan dilakukan juga pd waktu asar setiap hari..jangan tinggal solat dan banyakkan baca Al Quran..lagi satu amalkan baca surah Yunus ayat 81-82 (ayat pembatal sihir)..

  9. sy harap si isteri n si suami tabah menghadapi dugaan ni…ni adelah dugaan y tlh diberikan kpd kite…..kuatkan semangat…berdoa dan brusaha berubat secara tradisional…

    • Assalamualaikum wbt

      1. Berusahalah mendapatkan rawatan perubatan Islam
      Jangan berputus asa semasa berubat dan tidak menyalahkan sesiapa diatas musibah ini.
      2. Dekatilah alQuran dengan membaca dan memahaminya dengan berguru
      3. Ayat Syifa dalam al Quran ada 6 ayat tetapi ayat Munjiat (memohon keselamatan) ada 16 ayat. Allah swt hanya ingin menguji keimanan anda sekeluarga. Lagi berat ujian dan sekiranya anda redha lagi banyaklah akan anda terima segala kebaikan, keampunan Allah dan kebahagian yang haqiqi di akhirat kelak.
      4. Tentang ibu mertua, berdoalah banyak2 (terutama suami) agar Allah mengampuni dosanya.
      5. Semoga kehidupan anda sekeluarga selepasnya diberkati Allah jua.
      6. Saya mengalami sendiri apa yang anda lalui rupa2nya itulah asam garam hidup dan ketentuan Ilahi.
      7. Kebaikan/hikmahnya amat banyak Subhanallah.

      Wasalam

  10. ass….
    saye hrp akaq sekeluarga kuat dgn ujiaan ni,,,cuba buat rawatan perubatan islam..n berjumpe ngan ustaz,..
    hrp2 ibu suami akaq insaf n boleh terime akaq sekeluarga…

  11. Assalam…

    Maaf saudari..bersangak baik lah dengan mak mertua saudari. Sihir yabg di alami saudari belum tentu di lakukan atas permintaan beliau. Hanya itu yabg saya ingin peringatkan. Sekali lagi saya minta maaf. Saya cuma takut nanti saudari terkena dosa memfitnah. Tiada sapa yg tahu benda ghaib..kta jangan lah nak berandai2. Maaf kan saya di atas teguran. Semua yang terjadi atas kehendak Allah Ta’ala..harap saudari di permudhkan dalam menghadapi ujian yangdi beri. Assalam..

  12. Kisah sebijik macam family saya….sarankan supaya beli pistol.dan tembak jer si tua tu…itu pn ikhtiar juga…pandangan saya la….xguna biar hidup org mcm ni….buat mahal harga minyak je…

    • Hehe.. lawak lah komen awak ni..suamu sy seorg polis..klau sy nak tembak mak mertua sy..dah lama sy buat..(gurau).. tp Demi Allah kini sy dlm situasi yg sama.. perkahwinan kami x direstu.. suami sy dibuang ole kluarga sndiri.. mak mertua sy xnak tgok anak2 dia kawin dgn pilihan sndiri.. kini Allah beri sy rezeki Anak.. dan sy masih dlm dilema memikir kan soal ibu mertua dan ipar2 sy yg lain.. semua turut ikut kehendak mak mereka yg jauh menyimpang.. sehinggakan bapak mertua sy seorg imam tp diorg buat seperti manusia yg xda perasaan.. mak mertua sy trlalu mendehaka pada suaminya..kerap memaki hamun..namun bapak mertua sy hnya mampu membisu.. syukur Alhamdulillah pd suami sy yg dah lama memahami situasi ni sejak abg dan kakak dia kawin mmg akan timbul isu mak mertua meroyan dan xredha.. perkahwinan suatu ibadah.. perkahwinan kami hanya kerana Allah… sblm sy dan suami bernikah.. kami ada pergi kejabatan agama untk minta pendapat pada ustaz2 di sana.. “adakah kmi perlu meneruskan pernikahan kamk tanpa restu ibu mertua”.. sblm kmi nikah situasi amat genting.. sy redha dgn takdir Allah.. namun jawapan dan nasihat yg ustaz2 itu berikan pd kami agar kami meneruskan sahaja pernikahan kami.. Alhamdulillah dan kini sy hnya berdoa semoga ibu mertua dan ipar2 sy cpt2 lah bertaubat… dlm msa yg sama sy dan suami mohon Allah lindungi perkahwinan kmi.. Aamiin…,

  13. kepada yang mengalami – bersabarlah. Percaya pada Allah & tidak akan ada apa yang berlaku tanpa keizinanNYA… tuhan sedang menguji… 🙁

  14. saya juga mengalami masalah sama dengan ibu saya… doakanlah untuk saya, amin.

    • Kita senasib le. Dah lebih 20 th…mcm pelarian d negeri sendiri. Payah kalau beramal ilmu hitam ni… kejam, zalim, tiada belas. Boleh buat sendiri. Yg bomoh siam telah la. Ribu2 duit utk merawat. Tapi lepas belajar darussyifa… alhamdulillah. Tapi sihir sentiasa menyerang dari pelbagai penjuru. Maklumlah kerabat2 pun turut serta. Dah nasihat tapi tak ngaku. Tapi gerak geri dan bukti ada. Anak perlu berlembut dgn ibu bapa. Cakap lembut2. Tu pun balik ziarah 30 bulan sekali. Makan minum tak berani. Tupun beberapa x dah terkena Ini lah dunia… apapun kita carilah reza Allah. Kisah saya sangat panjang dan berlarutan hingga saat ini…

  15. What is this website about ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*