Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak soalan daripada para pembaca, namun saya masih belum berkesempatan untuk menjawabnya. Bukanlah perkara yang susah sangat untuk menjawab soalan pembaca, tetapi adalah susah untuk menjawab dengan berhemah dan menepati kehendak penanya. Dalam kes2 seperti soalan di bawah saya biasanya merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman seperti ustaz yang lebih tahu tentang soal agama dan sebagainya. Buat masa ini saya masih belum sempat berjumpa dengan ustz terrsebut. Walaupun telah ada jawapan tersendiri, saya tangguhkan terlebih dahulu kerana khuatir pandangan itu tiada fakta yang tepat.

Sementara menunggu, bolehkah saya meminta pandangan dari anda semua untuk memberikan sedikit pandangan dan nasihat buat rakan kita ni. Berilah pandangan dan nasihat yang baik, jangan sekadar suka2 dan ada unsur sindir-menyindir. Hormati dan jagalah perasaan rakan kita yang sedang berada dalam kegelisahan ni…baik, soalannya adalah seperti di bawah:
“Assalamualaikum wan, saya dah baca banyak artikel serta motivasi yang dilengkapkan dalam blog wan. saya mendapatkan blog ini daripada kenalan saya. Berbalik pada tujuan sebenar saya. Begini, saya sebenarnya gadis berumur 21 tahun. dan telah kehilangan dara masa saya berumur 19 tahun…sampai sekarang saya masih lagi dgn pakwa saya. Kami memang merancang untuk bernikah. Tapi ada sedikit halangan daripada parents saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni. macam-macam yang saya fikirkan. Fikirkan keadaan saya yang dah kehilangan dara ni.
Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan wan. Jika saya ditakdirkan berjumpa dengan lelaki lain,adakah patut saya maklumkan pada dia yang saya sudah tiada dara lagi? atau adakah saya patut diamkan saja? jika saya diam, adakah lelaki(suami) akan tahu saya sudah hilang dara pada malam pertama kitorang? Saya buntu sangat. walaupun saya sering berdoa pada tuhan namun saya masih ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang dapat membantu. Saya rasa tuhan ketemukan saya dengan awak untuk saya mendapatkan pandangan dan nasihat. Saya harap awk sudi bantu saya. Terima Kasih”
Wallahualam.....












2 Comments to “Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?”