Monday , 25 September 2017
Terbaru

Koleksi Fakta

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit fakta menarik yang mungkin diluar pemikiran kita. Kesemua fakta ini tidak semestinya tepat, tetapi bila ia telah diiktiraf sebagai fakta, ini bermaksud kenyataan yang dikeluarkan ini semuanya berlandaskan kajian dan penelitian yang mendalam. Buka mata, buka minda, usah biarkan fikiran kita sempit dengan idea dan pendapat sendiri sahaja. Jom peningkan kepala dengan fakta2 menarik ini!

Tahukah anda bahawa:

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667
kucing comel

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah’ Mary had a little lamb’

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.

Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang tak ada misai.

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 kerana tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1

Kapal terbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA)

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.

Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesintaip.

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 – 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalanya, 37,037 X 4 X 3 = 44444

Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321

Perkataan utk polis ‘Cop’ berasal dari perkataan ‘Constable of Patrol’ di England.

Perkataan Jepun ‘Karaoke’ bermaksud ‘Orkestra Kosong’

Perkataan ‘Good-bye’ asalnya dari perkataan ‘God be with you’

‘So Long’ berasal dari perkataan Arab ‘ Salam ‘

Perkataan ‘racecar’ dan ‘kayak’ jika diterbalikkan adalah sama.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A

Perkataan ‘checkmate’ berasal dari bahasa parsi ‘shah mat’ yang bermaksud ‘raja dah mati’

Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad

Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.

Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.

Nama paling panjang di dunia ialah ‘Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior’

Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci

Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock

Walt Disney amat takut dengan tikus

Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan

Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seorang doktor gigi, William Semple

Kertas dicipta pada abad kedua di China

Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. Komen bapakaiman : kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita order dulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.

Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.

Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.

Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm kelajuan 164 km sejam.

Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta orang ialah London pada tahun 1811

New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan perempuan mengundi.

Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 – 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 – 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times, Pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai kuli biasa.

Fakta ini dipetik dari blog seorang rakan blogger iaitu: Deq Ita

3 comments

  1. nice. banyak info yg aku tak tahu..
    .-= titan menulis diblognya tentang.. Plan Percutian Titan ke Putrajaya =-.

  2. Hi there. I found your blog by means of Google at the same time as searching for a related matter, your website got here up. It seems good. I’ve bookmarked it in my google bookmarks to come back then.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*