Sunday , 23 July 2017
Terbaru

Adakah Tsunami Di Jepun Merupakan Perkara Yang Kelakar?

Seluruh dunia sedar akan kedahsyatan Tsunami yang melanda Jepun. Dunia sedang sibuk membicarakannya atas dasar kemanusiaan. Namun tidak bagi sesengah orang kita di Malaysia. Kita tidak hairan dengan golongan yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Mungkin ini sikap biasa masyarakat kita. Tetapi kita cukup kesal apabila akhbar tempatan melihat keadaan ini seolah-olah boleh dijadikan lawak jenaka.

Lihat saja gambar yang dipaparkan di bawah:

Lawak bodoh ini telah mendapat perhatian dunia apabila hal ini didedahkan oleh CNN.

Akibat gurauan bodoh ini, seseorang telah menulis komen pada laman web CNN tersebut dengan cadangan untuk menghina Nabi Muhammad pula.

I say the rest of the world needs to draw a picture of THE PROPHET MUHAMMED running from a tsunami…. let’s see how they respond to THAT.

(My bets are for riots, tire-burning, and general childish-ness)

Inilah kesannya apabila kita bertindak bodoh dengan mempermainkan sensitiviti dunia. Jika penghinaan yang kita taburkan, penghinaan jugalah yang kita dapat! Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan Berita Harian juga sudah memohon maaf di atas kesilapan mereka. Namun saya masih tersentuh dengan tindakan KOSMO menyiarkan berita tentang keselamatan ratu porno dari bencana alam itu. Adakah KOSMO merasakan rakyat Malaysia begitu meminati ratu porno itu sehingga tergamak memilih beliau berbanding tokoh-tokoh lain yang lebih layak?

Gambar dipetik daripada blog Saifulislam

Inilah gambaran mentaliti pemikiran pengeluar akhbar tempatan. Saya teringat seorang yang mengajar saya pernah berkata, “Jika kamu mahu lihat mentaliti sesebuah masyarakat, tengoklah bagaimana berita yang dipaparkan dalam akhbar mereka!”. Saya rasa anda sendiri boleh menilai bagaimana akhbar kita menyampaikan berita setiap hari.

Apa Pula Kata Isteri Perdana Menteri?

Siapa tidak kenal Rosmah Mansur? Saya agak kaget dengan keterangan beliau bahawa Tsunami yang melanda Jepun itu dianggap sebagai kecuaian dalam melaksanakan pembangunan. Saya tidak mahu berkata buruk atau menyuarakan apa-apa tentangan. Hanya sekadar meluahkan rasa hairan dengan cara beliau berfikir. Tonton video di bawah untuk keterangan lanjut.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I&feature=player_embedded[/youtube]

Akibat ulasan beliau yang kurang bijak, beliau mula mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=15kT3WZjtpE&feature=player_embedded[/youtube]

Berita lanjut: Harakah Daily

Lagi penulisan tentang Tsunami oleh blogger tempatan:

http://mediamalaya.com/fizz-fairuz-mempersendakan-tsunami-di-jepun/
http://mediamalaya.com/kartunis-zoy-dari-berita-harian-pula-senda-tsunami-jepun/
http://saifulislam.com/9430
http://www.bharian.com.my/articles/BeritaHarianmohonmaaf/Article/
http://suffer.frenzyfm.my/2011/03/video-tsunami-di-jepun.html
http://www.malaysiakini.com/news/158694
http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/03/pelajaran-daripada-tsunami-di-jepun.html
http://beautifulnara.com/video-gambar-tsunami-jepun-pray-for-japan/
http://www.anastasyea.com/2011/03/gambar-gempa-bumi-dan-tsunami-di-japan.html
http://melromeo.com/2011/03/14/pandangan-melromeo-terhadap-tsunami-di-jepun-dipermainkan/
http://www.kakinakl.com/2011/03/tsunami-di-jepun-pada-11-mac-2011-video.html
http://kulanzsalleh.com/kesan-gempa-bumi-dan-tsunami-di-jepun-2011/
http://blog.amirez.com/video-tsunami-di-jepun-terburuk-dalam-tempoh-105-tahun/
http://hairul.net/tsunami-jepun-bodoh-malaysia

11 comments

  1. saya amat setuju dengan kata-kata penulis

    Adakah KOSMO merasakan rakyat Malaysia begitu meminati ratu porno itu sehingga tergamak memilih beliau berbanding tokoh-tokoh lain yang lebih layak?

    saya pun agk terkejut dengan berita tentg itu. Umpama tiada berita lain yang boleh menrik perhatian kita. Walluhalam

    • Bukanlah nak kata ape…teringat kata-kata ayah dulu….penulisan mengambarkan buah fikiran seseorang penulis tersebut….bagi saya penulis yang berfikiran cetek ..seperti penulis berita yang menulis perkara yang “remeh” menunjukkan fikirannya kosong..takde ilmu…penulis seperti itu tak layak menjadi penulis di akhbar……(hanya pendapt peribadi. Tanpa niat merujuk pada sesiapa)………………

      apepun…marilah kita berdoa agar tuhan mengurniakan , ketabahan kepada rakyat jepun menghadapi dugaan ini…

  2. emm..apalah nak jadi ek..

  3. Sangat setuju dengan kenyataan ni;

    “Inilah gambaran mantaliti pemikiran pengeluar akhbar tempatan. Saya teringat seorang yang mengajar saya pernah berkata, “Jika kamu mahu lihat mantaliti sesebuah masyarakat, tengoklah bagaimana berita yang dipaparkan dalam akhbar mereka!”. Saya rasa anda sendiri boleh menilai bagaimana akhbar kita menyampaikan berita setiap hari.”

    ada x original video clip dari Astro Awani? kalau ada, mohon En. Wan share ye.. trime kasih~ =)

  4. xkaitkan pun tsunami itu amaran dr Allah utk suma manusia bhwa kiamat hmpr tiba..Astghfirullah al-azim…

  5. Assalamualaikum.

    Setuju dengan penulis. Mungkin hari ini kita jadikan bencana ke atas orang lain sebagai bahan jenaka, tetapi andai diletakkan diri kita ditempat mereka, apakah perasaan kita. Berfikirlah sebelum bertindak, dan berkata-kata kerana itu mencerminkan akhlak dan pemikiran kita.

  6. kerana nila setitik…rosak susu sebelanga……

  7. salam tuan.
    perkara ini memang memalukan negara..tapi harus diingat, yang laporan itu adalah dalam segmen ireport CNN. maknanya ada orang yg report kat CNN, kalu xde orang report maka tak tersebarlah benda tu..

    pada saya itu isu kecil. lawak yang dibuat tak kena tempat dan akhirnya mendapat liputan luas.kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

    banyak lagi isu besar tentang tsunami yang perlu kita ambil ikhtibar. lihat orang jepun, walaupun huru-hara, rakyatnya masih berdisiplin, tolong menolong antara satu sama lain. Tak ketinggalan juga persiapan orang jepun macam mana nak prepare from disaster before it happens.Itu yg perlu kita belajar

  8. jadikan iktibar untuk langkah2 kita seterusnya… jadilah waras….

  9. Malay Atheist

    Apa yang dikatakan Rosmah Mansur itu separuh benar, separuh sesat. Kejadian gempa bumi dan tsunami tidak berkait dengan hal-hal mesra alam dan perubahan iklim. Tapi memandangkan yang negara Jepun terletak di pertemuan 4 “tectonic plate”, memang betul yang apa-apa pembangunan yang ingin dilakukan harus dikaji dulu, terutama sekali kalau pembangunan itu berkait dengan tenaga nuklear.

    Walaupun begitu, bencana yang dialami orang Jepun sekarang sangat menyedihkan. Saya harap mereka akan dapat pulih dari kesusahan ini.

  10. …Perjuangan Tetap Diteruskan Sehingga Titisan Darah Yang Terakhir………… Dua perayaan ini akan dirayakan berdekatan antara satu sama lain oleh penganut Hindu untuk Diwali dan Muslim untuk sambutan Aidilfitri yang dijangkakan jatuh pada 24 Oktober Aidilfitri dan pada 21 Oktober Diwali .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*