Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – Orang Kaya No.1 Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang tokoh yang menjadi orang no. 1 terkaya  di Malaysia. Jika anda ada cita-cita seperti saya iaitu untuk menyaingi kekayaan Bill Gate ( hahaha), anda perlu saingi orang ini terlebih dahulu! Hohoho….

“Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap, mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya,” itulah gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok.

“Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia” kata sumber yang enggan namanya disebut.

tan sri robert-kuok

Dalam satu wawancara eksklusif dengan majalah alumni National University of Singapore pada 2000, Kuok berkata kejayaannya adalah hasil kerja keras. “Jangan harapkan jalan singkat untuk berjaya. Jika kita berjaya, orang akan mula memperkatakannya bertahun-tahun. Mereka akan datang jika reputasi kita kukuh”.

Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.

Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras.

Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.

Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan.

Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia.

Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.

Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.

Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan ‘wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri’.

Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post.

Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.

Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola.

Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu.

Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan ‘Rangkaian Bamboo’.

(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)- dipetik dari Blog: Jutawan Malaysia

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 23 February '10 oleh wanwma, dalam kategori Kejayaan, Tokoh, Umum.

20 Comments to “Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – Orang Kaya No.1 Malaysia”

23.02.10 at 23:41
Posted by x-po

respek kt org cina..dtg merantau ke ngara kita dahulu, tgk2 diorg yg terkaya kt negara yg dirantau diorg..melayu ptt malu

[Komen balas]

wanwma komen:

betul tu bro!Aku pun rasa malu..aku sedang berusaha utk menyaingi diorg ni!

[Komen balas]

24.02.10 at 08:27
Posted by Sis Lina

salam & selamat pg..

teringin gak jd cam dia tp blh ke..he2…

[Komen balas]

wanwma komen:

boleh..kena percaya dan kena berusaha! hehehe

[Komen balas]

24.02.10 at 16:45
Posted by Suri

salam..
fuh..kaya betul daa..tapi org cina laa bukan org melayu di tempat yang pertama..sedihnya, dia yang menumpang dok sini senag2 je dia cpt kumpul duit dan jadi kaya. mmeg benarlah kata orang jika kita berusaha gigih hasilnya pasti lumayan..dan berbaloi2..

[Komen balas]

wanwma komen:

kalu gitu, doa-doakanlah semoga Wan berjaya menyaingi mereka. Wan nak naikkan nama Islam dipersada dunia, biar dunia tahu yg org Islam juga hebat..tapi bukan tamak atau gila harta..ini ialah perjuangan ekonomi!

[Komen balas]

ahmadyusrie komen:

bagus semangat saudara tu, teruskan usaha..
saya lebih gemar kalau kita yang Islam ni contohi jutawan kita , Syed Mokhtar al-Bukhari…
kekayaan yang dia ada dikongsikan bersama saudara seagama.
ahmadyusrie menulis diblognya tentang.. Relevan servo dalam kehidupan My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Ya betul…saya cuma letakkan tokoh no.1 di Malaysia ini sebagai cabaran..bukan contoh..sebagai org Islam kita sepatutnya mendahului mereka…itulah masej yg ingin saya sampaikan..

Suri komen:

yeah! semoga usaha wan berjaya..Amin

[Komen balas]

24.02.10 at 19:46
Posted by 1tomyam

bagus artikel ko ni bro…jual gula jer dah boleh jadi kaya…. gula ‘controlled item’ lak tu…kena cari gak bisnes lain nak kaya neh…
1tomyam menulis diblognya tentang.. Jenis-jenis Blog Dan Hubungannya Dengan Pembelajaran Dewasa My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Jual gula leh jadi org no. satu terkaya di Malaysia..tak pelik sangat sebab gula mmg keperluan asas..

Yang sy hairan Ajinamoto telah tersenarai dalam carta 500 syarikat terbesar dunia di mana Petronas pun tak leh masuk carta tu..huhuhu…idea hebat mengalahkan keperluan asas!

[Komen balas]

24.02.10 at 22:37
Posted by safar

Keberanian beliau memcuba.akhir sekali
membuahkan hasil.adakala tak semua perniagaan kita
boleh berjaya.tak sangka Kuok ni ada hubungan baik
dengan orang Melayu.saya ingat Anti-Melayu.

”Ingat gula ingat Kuok”.

Bumiputra pun dah ada jual gula.harap kerajaan terus bantu ye.kami bukan pemalas.Melayu rajin dimata dunia.

[Komen balas]

24.02.10 at 23:19
Posted by wanwma

Ye..sekarang saya pun dah beli gula BN, gula Mydin dan sebagainya..hehehe..

Jom sama2 kita buktikan kita pun leh jadi macam Kuok..ehem..bagi masa skit la yer…

[Komen balas]

25.02.10 at 01:30
Posted by Thoha

salam
orang gigih berusaha pasti akan berjaya..
tak kira la dari bangsa apa sekalipun..melayu pun boleh jadi orang terkaya kalau usaha gigih.
Thoha menulis diblognya tentang.. Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Komen yg paling best! Terima kasih!

[Komen balas]

25.02.10 at 09:42
Posted by amirulfaiz

Kawan-kawan, jadilah kaya dengan niat, dari kekayaan itu, kita boleh beribadah, (tunaikan zakat dan tunaikan haji).
Siapa nak jadi penyumbang nombor 1 zakat terbesar dalam negara Islam? Siapa nak jadi penaja terbesar untuk jemaah haji dari Malaysia? Oleh itu, mari jadi kaya, dengan niat yang murni. Harta itu alat, bukan matlamat. Gunakan alat untuk mencapai matlamat (syurga Allah).
amirulfaiz menulis diblognya tentang.. Permulaan yang mendebarkan My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Terima kasih Tuan Amirul..saya amat menghargai kata-kata tuan! Ia amat bermakna!

[Komen balas]

03.03.10 at 15:58
Posted by Suri

salam patang..
andainya dapat ku jadi sepertinya..hehhe

[Komen balas]

03.03.10 at 15:59
Posted by Suri

salam patang..
andainya dapat ku jadi sepertinya..hehhe
Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

[Komen balas]

13.07.10 at 16:59
Posted by budak minang

Salam,

Search Tun Daim Zainuddin… lobih kayo dari Robert Kwok.

Sekian.

[Komen balas]








CommentLuv Enabled