Monday , 29 May 2017
Terbaru

Ustaz, Saya Ingin Jadi Isteri Yang Baik, Bagaimana Caranya?

“Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yg bahagia dan diberkati?”

Maka Ustaz Azhar Idrus ( Original ) memberikan perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas:

  1. Sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.
  2. Sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
  3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka.
  4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan & kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.
  5. Isteri sedia memberikan layanan & kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagian dari sebarang masalah kerja.
  6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia & maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
  7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana & tidak membazir.
  8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan & kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.
  9. Isteri yang sentiasa bersyukur & tenang, samaada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas & tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan tabah & sabar.
  10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
  11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
  12. Sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
  13. Sentiasa mendahulukan keperluan suami drpd keperluannya sendiri.
  14. Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dlm perkataan dan juga perbuatannya.
  15. Menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dgn senyuman sewaktu suaminya pulang.

(Petikan dari buku “Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa”)

4 comments

  1. Sangat merindukan jd istri yg bijak seperti yg diperintahkan Allah SWT.

  2. saya seorang isteri yang sensitif.. bila ditegur suami saya akan melenting sehingga pergaduhan besar berlaku.. kata2 yang dilemparkan oleh suami amat kesat sehingga saya bertindah sedemikian. untuk pngetahuan suami saya tidak solat. mungkin sbb itu juga saya tidak hormatkan beliau..apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan keharmonian rumah tangga. saya benar2 tertekan dengan keadaan yang menimpa saya.

  3. kl anak dah 5, nak hantar depan muka pintu lagi ke?? cuba2 la paham jugak dengan situasi

  4. salam,

    saya seorang isteri yang berkerja, saya berkerja tetapi kesemua gaji saya untuk membantu suami saya yang tidak mampu untuk membayar tanggungan keperluan kami. gaji saya sebulan 3000. yang amat menyedihkan saya, setiap hari saya pergi kerja saya tidak makan ditempat kerja,saya hanya makan apabila pulang kerumah dan sehinggakan keperluan diri saya sendiri pun saya tidak mampu utk membeli. walaupun gaji suami saya hampir 6k tapi kesemua gajinya hanya membayar hutangnya sahaja.hanya tggl duit dari gajinya untuk membayar rumah sewa saja rm 500. keperluan yang lain semua atas diri saya termasuklah mengisi minyak suami saya untuk pergi kerja pun atas duit saya. saya rehdo menolong suami saya, tetapi disebbkankan saya tidak makan ditempat kerja setiap hari hampir 5 bulan, mengakibatkan kesihatan tubuh badan saya tidak sihat. saya mengadu pada suami saya yang saya tidak sihat dan tidak mampu pergi kerja, namun dia marah dan menghina saya dengan perkataan kesat. saya tidak tahu bagaimana nak ubahkan permasalahan saya ini,sedangkan duit gaji saya pun tk cukup menampung kesemuanya.malah setiap bulan meminjam duit sana sini utk pembelanjaan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*