Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini kerana artikel ini dipetik dari blog orang lain. Anda boleh membaca keterangan lanjut mengenai perkara ini di blog tersebut. Klik di sini.
Bagaimanapun, marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah yang membersarkan Allah di atas setiap ciptaan-Nya.
Di bawah adalah video yang menunjukkan sungai di dalam laut yang dinyatakan seperti tajuk di atas.
Hampir setiap hari saya menerima email, iklan di FB dan macam-macam bentuk pengiklanan yang menjanjikan pulangan wang cepat, mudah dan banyak. Pada kebiasaannya saya akan delete atau remove terus iklan seperti ini. Tetapi kadang-kadang saya akan membacanya juga untuk melihat potensi, strategi dan testimoni pengguna dan penjual.
Bagi saya, ada di antara sistem perniagaan, produk dan pelan yang dikemukakan sangat bagus dan berkesan. Namun ada juga yang tidak jelas dan amat tidak profesional. Pun begitu, ramai di antara kita ghairah menyertai program buat duit seumpama ini. Saya tidak kata ia suatu yang salah atau sia-sia, tetapi apa yang perlu kita fikirkan sebagai usahawan yang inginkan kemajuan dalam perniagaan adalah lebih jauh dari itu.
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya:
PEMUDA: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
PAK IMAM : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
PEMUDA: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
PAK IMAM: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Entri kali ini adalah sambungan daripada entri lepas iaitu Koleksi Fakta. Mengetahui fakta-fakta menarik ini membantu kita menambahkan ilmu pengetahuan dan membuka mata hati merasai kebesaran Allah. Sama-samalah kita mengambil manfaat dari fakta yang dianggap benar seperti mana kajian yang telah dibuat. Selamat Membaca!
Tahukah Anda Bahawa:
Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia
pada ketinggian 3,212 kaki.
Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia,
iaitu lebih sejuta pekerja.
Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki. (more…)
Ini adalah sambungan daripada artikel dahulu yang mana kita membincangkan tentang OPM. Anda boleh semak artikel tersebut di sini. Kali ini kita akan bicara pula tentang OPE atau Other People Effort dan boleh juga kita kira sebagai OPT atau Other People Time, maksudnya ialah Masa atau Tenaga orang lain. Apa kaitannya tentang OPE atau OPT dengan cara buat duit? Jom kita semak dengan contoh ini:
Nuar adalah seorang pekerja kilang yang bergaji RM1000 sebulan. Beliau sentiasa berjimat cermat dan menyimpan wang gajinya untuk kegunaan di masa hadapan. Setelah menyimpan wang beberapa tahun dengan pelbagai sumber, akhirnya Nuar berjaya mengumpulkan wangnya sehingga RM10,000. (more…)
Suatu pengalaman yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu. Masa tu saya adalah seorang pelukis potret yang biasa melukis di pasar malam. Setiap kali melukis saya akan edarkan bisnes kad. Pada kebiasaannya, 100 keping kad habis dalam masa 2-3 jam saja. Kad memang laku, bisnesnyer tak macam pun..hohoho..
Ramai yang ambil kad saya tu bukan nak tempah potret atau apa-apa urusan bisnes pun, tapi lebih kepada ingin berkenalan..ehem..tak salah pun nak berkenalan, kenal lagi ramai orang lagi bagus, kan! Tapi ada satu orang ni cara dia nak berkenalan lain sikit..saya imbas kembali mesej yang dihantar.. (more…)
Ehem..ehem..apabila saya membuat entri ini, tentu ada saja rakan-rakan nakal yang akan mengusik saya. Maklum la saya ni masih membujang..hohoho..sebenarnya entri ini pernah saya keluarkan dalam blog lama saya. Saya sengaja update kembali di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Bagi mereka2 yang masih membujang seperti diri ini, boleh la planning slow2 untuk masuk meminang mana2 gadis idaman hati, tak payah la nak couple2, ni hah…saya nak kongsi barang2 yang diperlukan untuk masuk meminang…barang2 ni semua bukanlah suatu kewajipan untuk dipenuhi. Ia sekadar adat masyarakat kita. Maklumat ni saya dapat dari sini. (more…)
Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa..hohoho..tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus, dalam entri kali ini saya akan bercerita sedikit tentang diri beliau.
Saya bukanlah kenal rapat sangat dengan Ustaz Azhar Idrus ni, saya tak tahu berapa umurnya, apa sejarah pengajianya, cuma saya memang seorang penuntut yang pernah mendengar ceramah beliau secara dekat. Beliau adalah penduduk kampung saya. Saya mula mendengar ceramah beliau di surau sebelah rumah saya ni sejak tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selepas itu saya keluar dari kampung untuk sambung belajar ke peringkat IPT dan Ustaz Azhar Idrus juga sudah tidak mengajar di surau itu lagi. (more…)
Dalam artikel Idea Buat Duit yang lepas kita telah membincangkan sedikit perkara berkaitan Masa, Wang, Produk, OPM dan OPE. Sebelum ini apa yang kita sentuh dalam artikel lepas adalah tentang bagaimana golongan yang menghadapi masalah untuk menghasilkan pendapatan tambahan melalui perniagaan. Masalah-masalah utama yang dimaksudkan itu pula ialah masa, wang dan produk.
Untuk itu saya mencadangkan 2 istlah penting dalam perniagaan untuk mengatasi masalah ini iaitu OPM dan OPE. Namun bagaimana kita boleh mengaplikasikan dua perkara tersebut akan saya kupas dalam artikel ini. Harapan saya semoga anda semua telah faham dengan jelas apa itu OPM dan OPE yang dimaksudkan. (more…)
Ehem..artikel pertama dari saya untuk tahun 2010 dimulakan dengan cara buat duit lagi! Hohohoho..semoga pembukaan artikel tentang cara buat duit ni mampu memberikan saya dan anda duit yang lebih comel dan banyak gitu! Huahahaa..cakap pasal duit ni memang ramai orang suka! Betul tak?
Mana taknya, kalau kita tak cari duit, bank pulak sibuk cari kita mintak duit! Macam la banyak sangat hutang kita dengan bank tu kan…kepada pihak bank, halalkan saja la hutang2 kami tu..huahahaha…banyak cantik muka kau!
Hohoho…oleh sebab bank tak sudi halalkan hutang kita, kita kena la cari duit lebih! Bayar hutang tu wajib, kalau tak ada duit macam mana nak bayar? So, jangan la rasa duit ni hanya untuk dunia semata-mata. Tapi carilah ia untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ada banyak duit, lagi mudah untuk kita membantu orang! InsyaAllah.. (more…)
Hari ini adalah 31/12/2009 dan merupakan hari terakhir untuk tahun 2009. Esok kita akan melangkah ke tahun baru yang semestinya mempunyai corak yang berbeza dengan tahun-tahun yang sudah. Melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru, rancangan baru, kalau budak2 sekolah pulak, memang banyak pakaian dan alat tulis baru.
Orang berazam, kita berazam, orang merancang, kita pun merancang, tapi kadang-kadang tu orang berjaya, kita tak pulak berjaya cam diorang! Ada saja yang tak kena…huhu.. (more…)
Sudah lama rasanya tak berceloteh tentang perniagaan dan cara-cara buat duit. Patutlah saya rasa duit semakin kurang, huhu..apa kata kali ni kita menambahkan kembali duit dalam minda kita dengan pelbagai idea buat duit yang menarik! Duit itu kadang2 seperti magnet, apabila betul cara kita berfikir..ia akan datang sendiri dengan comelnya. Ehem..adakah duit itu comel? Kalau tak kenapa semua orang sukakan duit? huhuhu..jom kita terjun ke dunia idea!
Adakah anda seorang pekerja makan gaji? Berapa gaji anda sebulan? RM1500? RM2000? RM3000? Sudahkah anda membeli kereta? Sebenarnya memang satu kelebihan bagi pekerja makan gaji kerana mudah untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kereta. Saya ada satu idea menarik yang mungkin boleh anda aplikasikan dengan menggunakan kelebihan ini. (more…)
Ehem..tak ada kerja boleh menyebabkan kita mengeluh panjang. Tapi yang peliknya, bila ada kerja, dikeluhnya kerja terlalu banyak, bila tiada kerja dikeluhnya pula bosan dan sebagainya. Namun di mana-mana pun kita perhati, ramai orang lebih suka duduk saja dari bekerja.
Mari kita semak balik corak hidup kita. Orang yang berjaya bukan main lagi cari masa lapang untuk melakukan rancangan masa depan, kerja-kerja yang mereka minati dan sebagainya. Sebaliknya kita yang banyak masa ni asyik dok main games, facebook, chatting, menonton TV, lepak, keluar minum 3-4 jam, tidur dan macam-macam lagi. (more…)
Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.
Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri. (more…)
Mungkin sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan seikhlas hati. Tapi sehingga kini ia langsung tidak menunjukkan sebarang pancaran kejayaan. Apatah lagi untuk dihargai oleh orang lain?
Agaknya tidak keterlaluan jika saya kata orang asyik dok menunding jari menyalahkan kita, tak kiralah apa pun yang kita buat. Kalau sekarang kita sedang mengusahakan sesuatu kerja yang akhirnya tidak berjaya, kita akan di cemuh, dipandang sebelah mata, dikutuk dan mungkin juga dijadikan bahan tawa mereka.
Tidak pernah rasanya usaha perih jerih ini dihargai, apatah lagi untuk diberi sokongan…tidak hairanlah kenapa ramai orang takut kecundang. Ramai orang takut untuk memulakan langkah…
Bak kata Wonder Pets, “Apa yang penting, bekerjasama!” Ehem..kalau boleh bekerjasama dengan Wonder Pets kan senang. Sentiasa gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Sentiasa memberi kerjasama yang baik setiap masa!
Namun realitinya tidaklah begitu mudah. Pada kebiasanya, kita lebih terdedah dengan percakapan berbanding tindakan. Maksud saya, apabila diminta bekerjasama ramai yang berkata boleh, ok, no hal, tiada masalah dan sebagaimana. Tapi bila tiba masa untuk memulakan tindakan, ramai pula yang menolak dan membuat pelbagai karenah. (more…)
Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?
Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu perfeks. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat. (more…)
Betullah…kan, kita bukannya selalu kuat, ada kalanya kita dibelenggu pelbagai masalah, adakalanya macam-macam dugaan datang dan ada kalanya kita rasa seolah-olah tidak berguna langsung. Segala rancangan dan tindakan kita seolah-olah satu pun tidak berguna. Ia seperti sia-sia sahaja.
Saya masih ingat seorang pakar motivasi yang saya minati iaitu ANTHONY ROBBIN pernah ditanya, bagaimana beliau boleh kekal gembira dan kelihatan bahagia sentiasa? Adakah beliau tidak punya masalah? Kata beliau, tak juga… (more…)
Pada hari raya (Aidil Adha) ke-2 baru-baru ini, ketika mandi di awal pagi, saya terasa girang dan gembira. Perasaan ini membuatkan saya tiba-tiba rajin mencuci tandas. Maklum la..mood cuti (walaupun kerja sendiri, time orang cuti, saya pun terasa gak mood cuti tu..huhu..).
Masa cuci mangkuk tandas, tipu la kalau tak ada percikan-percikan ‘bunga api’ terkena pada bahagian badan. Bagaimana pun saya gembira kerana dalam fikiran saya terdetik, ‘Mesti setiap orang yang guna tandas ini akan lebih selesa nanti..bagus la kalau cam tu!‘. Itu adalah fikiran positif saya, tiba-tiba mari pula fikiran nagatif. Biasa la, tengah duduk dalam tandas, ramai kaum kerabat syaitan sedang bertapa di situ. (more…)