Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Idea Buat Duit-1

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sudah lama rasanya tak berceloteh tentang perniagaan dan cara-cara buat duit. Patutlah saya rasa duit semakin kurang, huhu..apa kata kali ni kita menambahkan kembali duit dalam minda kita dengan pelbagai idea buat duit yang menarik! Duit itu kadang2 seperti magnet, apabila betul cara kita berfikir..ia akan datang sendiri dengan comelnya. Ehem..adakah duit itu comel? Kalau tak kenapa semua orang sukakan duit? huhuhu..jom kita terjun ke dunia idea!

Adakah anda seorang pekerja makan gaji? Berapa gaji anda sebulan? RM1500? RM2000? RM3000? Sudahkah anda membeli kereta? Sebenarnya memang satu kelebihan bagi pekerja makan gaji kerana mudah untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kereta. Saya ada satu idea menarik yang mungkin boleh anda aplikasikan dengan menggunakan kelebihan ini. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 28 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Perniagaan, buat duit dan mendapat 2 ulasan pembaca.

Jika Tiada Kerja

Bismillahirrahmanirrahim.....

“Boringnyer…….!!!!”

Ehem..tak ada kerja boleh menyebabkan kita mengeluh panjang. Tapi yang peliknya, bila ada kerja, dikeluhnya kerja terlalu banyak, bila tiada kerja dikeluhnya pula bosan dan sebagainya. Namun di mana-mana pun kita perhati, ramai orang lebih suka duduk saja dari bekerja.

Mari kita semak balik corak hidup kita. Orang yang berjaya bukan main lagi cari masa lapang untuk melakukan rancangan masa depan, kerja-kerja yang mereka minati dan sebagainya. Sebaliknya kita yang banyak masa ni asyik dok main games, facebook, chatting, menonton TV, lepak, keluar minum 3-4 jam, tidur dan macam-macam lagi. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 23 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Minda, Motivasi, Umum dan mendapat 8 ulasan pembaca.

Tak Pandai Bukan Tak Boleh

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.

Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 22 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Minda, Motivasi dan mendapat 3 ulasan pembaca.

Menghargai Sebelum Dihargai

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan seikhlas hati. Tapi sehingga kini ia langsung tidak menunjukkan sebarang pancaran kejayaan. Apatah lagi untuk dihargai oleh orang lain?

Agaknya tidak keterlaluan jika saya kata orang asyik dok menunding jari menyalahkan kita, tak kiralah apa pun yang kita buat. Kalau sekarang kita sedang mengusahakan sesuatu kerja yang akhirnya tidak berjaya, kita akan di cemuh, dipandang sebelah mata, dikutuk dan mungkin juga dijadikan bahan tawa mereka.

Tidak pernah rasanya usaha perih jerih ini dihargai, apatah lagi untuk diberi sokongan…tidak hairanlah kenapa ramai orang takut kecundang. Ramai orang takut untuk memulakan langkah…

(more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 19 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Kejayaan, Motivasi, Tokoh dan mendapat 2 ulasan pembaca.

Kerjasama Dengan Diri Sendiri

kerjasama

Bismillahirrahmanirrahim.....

Bak kata Wonder Pets, “Apa yang penting, bekerjasama!” Ehem..kalau boleh bekerjasama dengan Wonder Pets kan senang. Sentiasa gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Sentiasa memberi kerjasama yang baik setiap masa!

Namun realitinya tidaklah begitu mudah. Pada kebiasanya, kita lebih terdedah dengan percakapan berbanding tindakan. Maksud saya, apabila diminta bekerjasama ramai yang berkata boleh, ok, no hal, tiada masalah dan sebagaimana. Tapi bila tiba masa untuk memulakan tindakan, ramai pula yang menolak dan membuat pelbagai karenah. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 16 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Motivasi dan mendapat 11 ulasan pembaca.

Jangan Fikir Terlalu Banyak

Bismillahirrahmanirrahim.....

Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?

Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu perfeks. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 14 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Kejayaan, Motivasi, Tokoh dan mendapat 12 ulasan pembaca.

Kita Bukan Selalunya Kuat

Bismillahirrahmanirrahim.....

Betullah…kan, kita bukannya selalu kuat, ada kalanya kita dibelenggu pelbagai masalah, adakalanya macam-macam dugaan datang dan ada kalanya kita rasa seolah-olah tidak berguna langsung. Segala rancangan dan tindakan kita seolah-olah satu pun tidak berguna. Ia seperti sia-sia sahaja.

Saya masih ingat seorang pakar motivasi yang saya minati iaitu ANTHONY ROBBIN pernah ditanya, bagaimana beliau boleh kekal gembira dan kelihatan bahagia sentiasa? Adakah beliau tidak punya masalah? Kata beliau, tak juga… (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 13 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Motivasi dan mendapat ulasan pembaca.

(Motivasi) Kerja Kotor Yang Bersih

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pada hari raya (Aidil Adha) ke-2 baru-baru ini, ketika mandi di awal pagi, saya terasa girang dan gembira. Perasaan ini membuatkan saya tiba-tiba rajin mencuci tandas. Maklum la..mood cuti (walaupun kerja sendiri, time orang cuti, saya pun terasa gak mood cuti tu..huhu..).

Masa cuci mangkuk tandas, tipu la kalau tak ada percikan-percikan ‘bunga api’ terkena pada bahagian badan. Bagaimana pun saya gembira kerana dalam fikiran saya terdetik, ‘Mesti setiap orang yang guna tandas ini akan lebih selesa nanti..bagus la kalau cam tu!‘. Itu adalah fikiran positif  saya, tiba-tiba mari pula fikiran nagatif. Biasa la, tengah duduk dalam tandas, ramai kaum kerabat syaitan sedang bertapa di situ. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 3 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Motivasi, Umum dan mendapat 6 ulasan pembaca.

(Agama) Kisah Sebutir Kurma

Bismillahirrahmanirrahim.....

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidilAqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 28 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Agama, Islam, Motivasi, Tokoh dan mendapat 5 ulasan pembaca.

(Kesihatan) Sembelit

Sembelit

Bismillahirrahmanirrahim.....

USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !

Toksin dan Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.
(more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 27 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Informasi, Kesihatan, Umum dan mendapat 4 ulasan pembaca.

(Umum) Didik Anak Kita Mulai Sekarang

didikan anak anak

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa dan pahala. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 25 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Agama, Pendidikan, Umum dan mendapat 1 ulasan pembaca.

(Motivasi) Berani Bukan Saja Untuk Menang!

dare to fail

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setiap kali kita menghadapi saat sukar dalam menentukan kejayaan, kita sering di sematkan dengan satu kekuatan untuk menghadapinya. Kita berkata, “Aku perlu berani!” Ya! Benar sekali! Kita perlu berani dalam menghadapi segala rintangan untuk berjaya dan menang. Tetapi apa yang terjadi sering kali membuatkan kita kaku untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kerana realiti hidup telah menetapkan bahawa kita akan lebih banyak gagal daripada berjaya! (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 24 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Motivasi dan mendapat ulasan pembaca.

Koleksi Fakta

fakta menarik

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit fakta menarik yang mungkin diluar pemikiran kita. Kesemua fakta ini tidak semestinya tepat, tetapi bila ia telah diiktiraf sebagai fakta, ini bermaksud kenyataan yang dikeluarkan ini semuanya berlandaskan kajian dan penelitian yang mendalam. Buka mata, buka minda, usah biarkan fikiran kita sempit dengan idea dan pendapat sendiri sahaja. Jom peningkan kepala dengan fakta2 menarik ini!

Tahukah anda bahawa:

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667
(more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 21 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Fakta, Informasi, Umum dan mendapat 2 ulasan pembaca.

(Pendidikan) Apa Akan Jadi Dengan Budak Ni?

ulat buku

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dulu saya pernah jugak jadi cikgu sementara. Memang kelakar dan kesian tengok cara budak-budak zaman sekarang jawab soalan. Ehem…budak sekarang? Sama jer sebenarnya dari dulu lagi…patut la dalam kajian ada menyatakan bahawa golongan yang paling ramai mengalami stress adalah guru. Mana tak stress, korang try la baca apa yang salah sorang student ni jawab…

Klik gambar untuk lihat dengan lebih mengancam…

soalan exam (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 17 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Pendidikan, Umum dan mendapat 3 ulasan pembaca.

(Umum) Sup Tulang Yang Dah Di Makan

sup tulang

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

(more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 15 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Agama, Motivasi, Umum dan mendapat 14 ulasan pembaca.

(Agama) Kalau Allah Baik, Kenapa Cipta Neraka?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Artikel ini dipetik dari masej yang saya terima di Facebook. Terima kasih diucapkan kepada si penulis (tidak tahu siapa) atas kisah yang banyak memberi pengajaran ini!

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
(more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 14 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Agama dan mendapat 4 ulasan pembaca.

(Motivasi) Ubah Sebelum Berubah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tak mahu kita terpaksa lalu juga. Tapi yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika nak makan, kita akan fikir nak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba2 je  pergi makan tanpa dia sedari. Huhuhu…

Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Biar saya beri contoh lagi, dikatakan di America, ketakutan utama rakyat mereka ialah memberi ucapan depan khalayak ramai (sebenarnya kat Malaysia pun lebih kurang gak). Katakan kita salah seorang penakut tersebut, apa kita akan fikirkan? (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 11 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Bagaimana Mengubah Hidup?, Minda, Motivasi dan mendapat ulasan pembaca.

(Motivasi) Jangan Jadi Diri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sering kita terdengar ungkapan ‘Be yourself!’ atau jadilah diri sendiri, betul tak? Sebelum tu jom kita semak balik, bolehkah kita jadi orang lain? Tak kira macam mana kita buat, kita tetap adalah diri sendiri. Jadi tidakkah ungkapan itu seperti kata-kata bodoh? Tak juga, kita sebenarnya perlu faham ungkapan itu sebenarnya untuk siapa.

Jika anda seorang penyanyi, kemudian anda cuba menampilkan diri seolah-olah anda sama dengan penyanyi terkenal seperti P. Ramlee, Sudirman dan sebagainya, anda telah melakukan kesilapan besar. Anda tidak boleh jadi seperti mereka, anda boleh ambil mereka sebagai contoh, tetapi perlu ubah dengan stail tersendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘be yourself’! (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 4 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Bagaimana Mengubah Hidup?, Minda, Motivasi dan mendapat 7 ulasan pembaca.

(Motivasi) Apa Yang Saya Impikan

Bismillahirrahmanirrahim.....

Artikel ini adalah coretan bab dari tajuk Bagaimana Hendak Mengubah Hidup. Semak artikel lepas sebagai rujukan:

  1. Pengenalan
  2. Kenapa Perlu Berubah
  3. Mendalami Rasa

Apa Yang Saya Impikan?

Setiap orang mempunyai impian, setiap orang ada cita-cita tersendiri. Tapi sehingga kini tak ramai yang berjaya merealisasikan impian masing-masing. Jika ditanya mengapa impian itu tidak berjaya dicapai, 1001 sebab boleh dijadikan alasan. Usah peduli itu semua, jom kita kembali memasang impian baru!

Buat apa impian baru kalau impian lama pun masih tak sampai ke mana? Wah..jangan la marah, macam ni..maksud impian baru tidak semestinya impian lain. Ia boleh jadi impian yang sama saja, cuma perbaharuinya menjadi lebih teliti dan lebih sempurna.

(more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 1 November '09 oleh wanwma, dalam kategori Bagaimana Mengubah Hidup?, Motivasi dan mendapat 1 ulasan pembaca.

(Motivasi) Mendalami Rasa

budak sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Artikel ini adalah coretan bab dari tajuk Bagaimana Hendak Mengubah Hidup. Semak artikel lepas sebagai rujukan:

  1. Pengenalan
  2. Kenapa Perlu Berubah

Mendalami Rasa

Cuitan rasa untuk berubah kini menjadi ruting harian kita. Kita tahu kenapa perlu berubah dan kita mahu berubah. Namun jalan menujunya masih agak pudar untuk ditelusuri. Usah khuatir, mahu berubah memerlukan masa dan pengorbanan yang banyak. Sebelum kita melangkah jauh, marilah sama-sama kita mendalami rasa yang tercuit dihati ini terlebih dahulu. (more…)

Wallahualam.....

Ditulis pada 29 October '09 oleh wanwma, dalam kategori Bagaimana Mengubah Hidup?, Motivasi dan mendapat ulasan pembaca.