Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

Utamakan Yang Utama

Assalamualaikum…

Dapatkan sebatang pen, marker atau pensil dan sekeping kertas. Kemudian tulis besar-besar persoalan di bawah:

“Adakah perkara yang aku buat sekarang adalah perkara yang paling perlu aku buat sekarang?”

Tampalkan pada dinding atau mana-mana tempat yang paling mudah anda lihat. Tanyakan kepada diri sendiri soalan yang tertulis. Adakah anda sedang buat perkara yang paling perlu anda buat sekarang? Jika tidak, apa kata selepas anda baca post yang saya tulis ini, anda terus lakukan perkara yang paling utama yang perlu anda lakukan sekarang.Sebagai seorang individu yang cemerlang, kita seharusnya pandai membezakan perkara utama dan perkara yang terkemudian. Sebagai langkah pertama, sekiranya anda tidak pernah mengasingkan kerja yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda mula menyenaraikan kerja2 anda mengikut keutamaan mulai sekarang. Tuliskan di atas kertas apakah kerja yang perlu anda lakukan hari ini. Kemudian senaraikan perkara utama dan perkara yang kemudian dengan meletakkan huruf A bagi perkara yang teramat penting, B bagi perkara penting dan c bagi perkara yang sederhana penting. Elakkan dari melakukan perkara yang tiada kepentingan langsung dalam hidup anda. Kerana ia tiada gunanya melainkan pembaziran masa yang amat merugikan.

“Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.”

Satu contoh membezakan perkara utama dan perkara terkemudian antaranya adalah menyahut panggilan ibubapa. Tiada sebarang kerja yang kita lakukan yang lebih penting dari menyahut panggilan ibubapa kita. Termasuklah ketika sembahyang sunat. Kita diwajibkan berhenti sembahyang sunat sekiranya terdengar ibubapa memanggil kita. Menyahut panggilan ibubapa hukumnya adalah wajib. Dalam sembahyang wajib pun kita perlu memperkuatkan bacaan doa/zikir( perlu niat zikir ketika membaca dengan kuat) untuk menyatakan yang kita sedang sembahyang kepada ibubapa kita. Jangan biarkan hati mereka terguris kerana menganggap kita biadap disebabkan tidak menjawap panggilan mereka.

Rebutlah 5 masa sebelum tiba 5 masa:

Masa mudamu sebelum tua.

Masa sihatmu sebelum sakit.

Masa kayamu sebelum fakir.

Masa hidupmu sebelum mati.

Maksud hadis- Riwayat Bukhari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*