Monday , 25 September 2017
Terbaru

Tips Belajar

Baik, kali ini kita kembali kepada topik berbincangan dan pembelajaran motivasi yang mana merupakan menu utama blog ini. Walaupun baru berlalu 4 hari, tetapi saya terasa seolah-olah telah sebulan tidak menulis dalam blog ini. Ini gara-gara komputer yang bermasalah dan kesibukan bekerja. Tiba-tiba sebaik sahaja pemenang potret percuma di umumkan saya mendapat tempahan lukisan bertalu-talu. Tapi bukan tempahan lukisan potret, tempahan rakaaan kedai makan berkonsep Bistro dan sebuah bilik khidmat pelanggan untuk SPAN dan lain-lain. Semuanya tahu nak cepat jer…lain kali bagi la awal sikit..huhuh..dah mula nak meleter la ni!

student-study

Baiklah, saya akan mendedahkan kepada anda enam cara belajar yang boleh kita praktikan atau mesti kita praktikan untuk berjaya. Baca, amati dan praktikan betul2, Insyaallah kita akan sama-sama mencapai kejayaan..

1- Memerhati

Ini adalah salah satu cara belajar yang berkesan dan senang dilakukan. Janganlah kita tengok sesuatu perkara sekadar tengok kosong. Ambil iktibar dan pelajaran daripada apa yang berlaku. Perhatikan apa yang orang lain lakukan. Kaedah ini mendatangkan faedah yang banyak kepada diri kita. Tetapi kita mungkin tidak akan mengetahui tujuan sebenar perkara yang mereka lakukan.

2-Berbincang dan Mendengar

Kita boleh belajar dengan cara berbincang dan mendengar terutamanya dengan orang-orang yang mengetahui. Kita boleh bertanya sesuatu kepada mereka yang tahu dan mereka tahu yang mereka mengetahuinya. Jangan bertanya kepada orang yang salah. Ini akan membawa bencana yang besar kepada diri kita.

3-Menghisab Diri

Luangkan masa menilai diri sendiri untuk kemajuan. Kita perlu menkaji kelemahan, kekurangan, kelebihan dan kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Jika ingin meningkatkan prestasi diri, jangan menganggap kita telah begitu pandai akan semua perkara sebaliknya carilah kelemahan kita untuk memperbaikinya. Sentiasalah mencari kelemahan diri yang perlu dipertingkatkan menjadi lebih baik kerana dengan itulah kita akan menjadi seorang yang hebat! Perlu diingat, kita mestilah menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

4-Menkaji dan Merancang

Tidak akan sampai ke mana usaha kita jika sekadar memerhati, mendengar dan dan menghisap diri, kita perlulah membuat kajian dan merancang. Berdasarkan kajian yang telah kita lakukan terhadap diri kita, buatlah rancangan yang sistematik bagi mencapai matlamat yang kita impikan.

5-Berlatih dan Menyempurnakan Kerja

Berlatihlah melakukan apa yang telah kita ketahui. Mungkin kita akan melakukan banyak kesilapan pada mulanya. Jangan patah semangat, teruskan sehingga berjaya. Sempurnakan kerja yang telah dirancang. Lakukannya sehingga kita bertambah yakin.

6-BERTINDAK

Kita telah mengetahui banyak perkara. Tetapi tiada gunanya jika tidak bertindak. Tetapkan matlamat dan bertindaklah untuk mencapainya. Lakukanlah bersungguh-sungguh dan tawakkallah kepada Allah. Selalulah berdoa, Insyaallah..KEJAYAAN MILIK KITA!

“Ramai Orang Tidak Tahu Apa Yang Mereka Buat, Tetapi Lagi Ramai Orang Yang Tidak Buat Apa Yang Mereka Tahu!”

“Janganlah Sengaja Letakkan Diri Anda Di Kalangan Orang-orang Yang Rugi!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*