Monday , 24 July 2017
Terbaru

Penjelasan Tentang Hadis Kelebihan Wanita Yang Banyak Disebarkan Di Internet

Kelebihan wanita, kelebihan ibu dan sebagainya banyak disebarkan dalam internet dengan copy paste tanpa mengetahui sumber-sumber yang sahih. Dalam artikel kali ini admin ingin membuat penjelasan tentang setiap kelebihan yang disebarkan itu. Sebagai makluman, penjelasan ini bukan dibuat sendiri oleh admin tetapi dipetik dari Al-Ahkam.

Kami akan cuba bawakan teks asal kata-kata tersebut dalam Bahasa Arab, beserta sedikit ulasan setakat yang kami sempat temui.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Ulasan:

  • Al-Iraqi: Saya tidak menjumpai asal bagi hadis ini.
  • Imam Subkiy juga menilai hadis ini sebagai hadis yang tidak didapati asal baginya. (Tabaqat Syafieyyah Kubra).

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Kami tidak menjumpai teks yang tepat seperti ini. Yang ada ialah: “Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin”.

Ulasan:

  • Tidak didapati dalam kitab-kitab utama sunnah. Disebut dalam Kanzul Ummal (16/408): Diriwayatkan oleh Abu Syeikh (Al-Ashbahani) daripada Ibn Umar.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Ulasan:

  • Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Ulasan:

  • Dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 2472)

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Ulasan:

  • Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.
  • Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’aat 2/276, dan Suyuti dalam ‘Al-Laali al-Mashnu’ah’ (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu:
Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538 ) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Ulasan:

  • Direkod oleh Tirmizi (no: 1916) dan beliau menilainya DHAIF. Katanya: Hadis Gharib.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Ulasan:

  • Direkod oleh Dailami 1/282
  • Dibawakan oleh Zahabi dalam Mizan 3/324, dan Ibn Hajar dalam Lisan 3/112 ketika menyebut biografi Sulaim bin Amru al-Ansari. Kata mereka berdua: ALi bin Ayyasy meriwayatkan daripadanya khabar yang batil.
  • Disebut dalam Kasyful Khafa 2/68 dan al-Maqasid al-Hasanah m/s 462: Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam Makrifah, dan al-Dailami.. Sanadnya Dhaif, tetapi ada syawahid.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Ulasan:

  • Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Ulasan:

  • Direkod oleh Ibn Adiy 1/141, dan Dailami 4/234.
  • Dinilai oleh Albani sebagai: Amat Dhaif. (Silsilah Dhaifah 10/36).

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Ulasan:

  • Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
  • Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Ulasan:

  • Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
  • Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

One comment

  1. Jazakumullah khoiron katsiro. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*