Orang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita


Follow Penulis Di Facebook
  • Sharebar

DosaNafsu Seks Lelaki Dan Wanita Sekarang. Baca ... » seorang wanitaPenjelasan Tentang Hadis Kelebihan Wanita Yang Banyak Disebarkan Di Internet. Baca ... » yang tidak menutup auratNiqab Orang Malaysia. Baca ... » dan melakukan maksiatPerbezaan Lagenda Budak Setan Dengan Ali Setan Sekarang. Baca ... » tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

Keempat-empat golongan lelakiSaya Tidak Percaya Adanya Tuhan!. Baca ... » ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

SahabatPesanan Imam Al-Ghazali Tentang Kawan. Baca ... »

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah(Soalan Pembaca) Kalau Allah Baik, Kenapa Allah Cipta Kejahatan?. Baca ... ». Telah dinyatakan bahawa kitaCelik Hati Kita. Baca ... » perlu membuat teguran dalam peringkat:

  1. Tegur dengan tangan jika terdaya.
  2. Tegur dengan mulut jika terdaya.
  3. Benci15 Pintu Syaitan & 15 Pintu Menghalang Syaitan Dalam Diri. Baca ... » di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman(Agama) Apa Itu Bidaah?. Baca ... ».

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hatiPeringkat Dosa Dalam Hati. Baca ... ». Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

JurufotoBekerja Sebagai Jurugambar Perkahwinan, Halal Atau Haram?. Baca ... »

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet(Motivasi Perniagaan) Membaca Email Berguna Yang Tak Guna!. Baca ... » dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanitaTips Awal Sebelum Bertudung Labuh. Baca ... » adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam(Soalan Pembaca) Kalau Allah Baik, Kenapa Allah Cipta Kejahatan?. Baca ... », apa sahaja yang haramJawapan: Cara Memutuskan Hubungan Cinta #1. Baca ... » adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca(Motivasi Perniagaan) Membaca Email Berguna Yang Tak Guna!. Baca ... » turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan(Motivasi) Jika Bukan Anda, Siapa Lagi?. Baca ... » mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…

Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…

Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

Follow Penulis Di Facebook



21 comments

  1. assalam, bgitu besar dosa yang kita tanggung selama ini…. tidak q sangka…. astagfirullah…

  2. salam..blh saya tau sumber mana dan kitab mana saudara rujuk? kerana pd saya,tulisan saudara amat bertentangan dgn apa yg terdpt dlm firman..byk sekali ayat2 dlm al quran menerangkan bahawa dosa seseorang tidak ditanggung oleh seseorang yg lain..sila rujuk surah an nisa sbg contoh..bahaya saudara menulis tanpa kitab yg dirujuk,tanpa nas-nas al quran atau sekurang-kurangnya hadis sohih..walaupun niat saudara baik,utk berdakwah semampunya tapi hujah saudara yg tiada bersertakan nas al quran atau hadis mutawattir amat mengelirukan pembaca terutama yg baru memahami islam..harap saudara lebih teliti selepas ini..terima kasih

    • Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Surah al-An’am ayat 164 sebagai berikut:

      Maksudnya:
      ….dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain…

      Bertentangan dengan surah Al-Ankabut ayat 13:

      Maksudnya:
      Dan sesungguhnya mereka akan memikul dosa-dosa mereka, dan dosa-dosa yang lain di samping dosa-dosa mereka sendiri itu…

      Bagaimana ini boleh berlaku?

      Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan:
      Misalnya, saya datang kepada seorang yang tidak tahu minum arak, lalu saya pun memujuk dan merayunya hingga akhirnya ia ikut saya dan minum arak, ia tetap berdosa kerana ia telah bermaksiat kepada Allah dan telah minum arak. Dan saya juga berdosa, kerana saya telah menyesatkannya dan memujuknya untuk melakukan maksiat. Kalau tidak kerana pujuk rayu saya, tentulah dia tidak tahu minum arak itu.

      Dari sini jelaslah, bahawa ayat pertama dimaksudkan dengan orang yang sesat dirinya sendiri, atau salah dirinya sendiri (Contohnya, minum arak seorang diri, tanpa ajak orang lain, maka dosa minum arak itu dosanya sendiri, orang lain tidak berdosa).

      Adapun ayat kedua pula dimaksudkan dengan orang yang menyesatkan orang lain dari jalan Allah Taala, sebab itu ia juga akan menerima nasib yang sama seperti yang dilakukan oleh orang yang disesatkannya itu (contohnya, dia minum arak, tapi bukan sendirian, malah ajak lagi teman-temannya yang lain ikut sama minum arak, maka dia berdosa dan akan pikul dosa teman yang dia ajak itu).

    • Saya tidak menyatakan bahawa dosa perempuan tidak menutup aurat itu perlu ditanggung oleh orang lain seperti yang difahami saudara. Sebaliknya saya menyatakan tentang ‘orang2 yang menanggung dosa’ kerana seorang wanita.

      Maknanya wanita itu menanggung dosanya sendiri, tetapi orang lain terpaksa menanggung dosa masing-masing kerana perempuan itu. Bukan orang lain menanggung dosa wanita itu. Sila faham baik-baik.
      Suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelaki si perempuan perlu menanggung dosa kerana tidak mendidik seorang wanita untuk menutup aurat dan menjaganya dari melakukan dosa.

      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. – Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad

      “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu” – Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Shahih Bukhari dan Muslim.

      Saya beri contoh lain,

      Berzina adalah berdosa. Yang menanggung dosa berzina itu ialah penzina itu sendiri. TETAPI apabila aktiviti zina itu dijadikan sebuah video lucah, terdapat beberapa orang lain perlu menaggung dosa kerana terlibat melakukan dosa seperti berikut:

      1: Perakam video ~ Berdosa kerana merakam aktiviti zina.
      2: Penjual ~ Berdosa kerana menjual video yang haram.
      3: Penonton ~ Berdosa kerana menonton video lucah.

      Dan si penzina tadi perlu menanggung dosa setiap orang yg melihatnya kerana dia membuatkan orang lain cenderung melakukan maksiat. Hal ini ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah:

      Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

      “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

      (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

      (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian .”
      (Riwayat Muslim)

      Dalam hadis lain Rasulullah menyebut: “Sesiapa yang membantu mempertahankan kezaliman, maka dia akan berada dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia meninggalkannya”. (Riwayat Ibnu Majah)

      Saya beri satu contoh lagi:

      Mimun arak adalaha berdosa. Tetapi bukan hanya si peminum arak sahaja yang berdosa kerana arak itu, tetapi 10 golongan lain juga perlu menanggung dosa.

      “Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : iaitu yang memerahnya , yang meminta diperahkan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikannya” (HR. at-Tirmidzi)

    • Dan tidaklah seseorang membuat dosa kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.� (Surah al-An`am 6:164).

  3. saya mohon share penulisan saudara ini dalam blog saya. terima kasih..

  4. Slm,
    Cuma mahu bertanya,

    Kenapa segala-galanya nampak susah utk wanita Muslim?
    Sedangkan nampak mudah sahaja utk lelaki Muslim
    Boleh berseluar pendek,duduk melepak,hisap rokok,kahwin ramai etc.
    Wanita pula (terutamanya yang dari negara Timur) mesti pakai jubah,tutup muka,ada yang sampai tutup mata,tak boleh memandu,etc2.
    Wanita juga dikatakan punca berlakunya zina. Betulkah? Atau lelaki yang tak boleh kawal perasaannya.
    Pada saya,nampak berat sebelah.

    Apa yang saya katakan cuma apa yang saya baca dan nampak dgn mata kasar saya.

    Peace. Jgn Marah. Cuma confius.

    • Waalikumussalam..

      Seindah-indah hiasan dalam dunia ini adalah wanita yang solehah. Maka tidaklah pelik jika barang hiasan yang paling indah dalam dunia ini perlu dijaga dengan rapi dan ketat supaya ia tidak rosak.

      Rasa berat dan susah itu adalah bisikan syaitan, tiada manusia yang akan terasa berat dan beban melakukan sesuatu amal ibadah jika ikhlas dilakukan kerana Allah.

      Sabda Rasulullah, “Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. ”

      Begitulah mudahnya wanita untuk memasuki syurga Allah. Namun kita masih mempersoalkan ketetapan Allah dan sibuk menyalahkan lelaki.

      Lelaki pula tidak akan masuk syurga dengan mudah, mereka perlu mengalas tanggungjawab wanita yang menjadi isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Jika wanita terasa beban kerana menanggung dosa sendiri, maka ketahuilah lelaki perlu menanggung 4 golongan wanita seperti yang disebutkan di atas. Maka bersyukurlah walau siapa pun kita…

  5. RUSILA MOHAMED

    Alhamdulilah…terima kasih saudara kerana sudi berkongsi dan menyampaikan ilmu yang saudara miliki ianya amat bermakna buat saya…InsyaAllah saya akan lebih berhati2 dan menyampaikan apa yg saudara sampaikan kepada saudara2 saya….semoga Allah s.w.t melimpahi rahmat buat saudara yg baik hati…..

  6. Salam,
    Kalau anak yang menjadi janda pula yang mendedahkan aurat, adakah ibubapa turut menanggung dosa?atau pada diri sendiri?

  7. para pencari tuhan

    Terima kasih di atas ingatan ini. Sesungguhnya kata-kata penulis sangat menyentuh perasaan kerana sebagai lelaki, saya rasa terlalu banyak amanah yang saya abaikan..

    sebagai suami yg tidak menasihati isteri…
    sebagai abang yg abaikan adik-adik perempuan..
    sebagai anggota keluarga yang tidak peduli saudara … sebagai teman yg tidak menasihati..
    dan sebagai saudara seislam yg tidak memelihara maruah maruah wanita muslimah..

    Saya ingin berubah.. kerana kalau saya tidak berubah sekarang, saya takut saya terlambat…

    • Alhamdulillah kerana ingin berubah.
      Semua manusia pernah buat silap.

      Tidak semua orang suka dan lapang dada apabila diberi ilmu berkaitan halal haram, dosa pahala.

      Sebaliknya ramai yang suka mempersoalkannya tanpa mendalami banyak perkara yang termaktub di dalam Al Quran dan hadith.

      Moga2 terbuka hati kita yang masih dangkal dan degil agar cepat berubah dan menjadi hambaNya yang beramal soleh.

  8. assalamualaikum, saya ada tiga soalan yang saya musykil.

    1) ada tak hadis yang menerangkan tentang golongan yg bertanggungjawab terhadap aurat wanita, atau apa2 firman allah? saya perlu kuatkan lagi hujah saya nanti.

    2) apakah yang dimaksudkan dengan saudara lelaki?

    3) adakah abang bertanggungjawab terdahap adiknya dan adkah adik bertanggungjawab terhadap kakaknya?

    tolong jawab ye. trima kasih.

  9. Semoga Saya Bisa Menjadi Wanita yang bisa menutup aurat,

    Salam kenal

  10. My family all the time say that I am killing my time here at web,
    however I know I am getting experience every
    day by reading such good articles.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>