Sunday , 23 July 2017
Terbaru

Mutiara Kata Dari Facebook

Koleksi mutiara kata ini dipetik dari post yang saya tulis di Facebook saya dan page di sini. Semoga bermanfaat…

  • Apabila mengharapkan orang untuk berkelakuan baik kepada kita, kita akan kecewa. Namun apabila kita berkelakuan baik kepada orang, InsyaAllah kita akan bahagia.
  • Memang kita banyak rancangan, memang kita ada pengalaman dan memang kita tahu apa ingin kita lakukan tetapi seandainya perbuatan itu bertentangan dengan garis panduan yang telah Allah tetapkan, siapalah kita untuk mengaku bahawa kita masih berada di pihak yang benar? Buatlah apa saja, rancanganlah apapun tetapi jika ia berbeza dengan peraturan Allah, maka pilihlah peraturan Allah.
  • Apa yang kita lakukan sekarang adalah penentu hidup kita 2-3 tahun akan datang. Apa yang kita lakukan sepanjang hidup adalah penentu kehidupan kekal abadi kita di akhirat kelak. Jadi adakalanya kita perlu bertanya kepada diri, “Apakah perkara yang aku lakukan sekarang paling perlu aku lakukan sekarang?”
  • Jaga hukum sebelum menjaga pandangan orang. Apabila diperhalusi, maksudnya jaga pandangan Allah sebelum jaga pandangan orang. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi mudarat kepada hamba-Nya..
  • Siapa yang mempunyai impian dan berusaha mencapainya tidak akan pernah gagal melainkan hanya akan melalui beberapa fasa ‘belum berjaya’. Gagal hanyalah untuk mereka yang berputus asa.
  • Kebahagiaan itu ada pada jiwa orang yang suka ‘memberi’, bukan ‘menerima’.
  • Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup kita sekeluarga. Namun kita tidak boleh bersangka buruk. Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memusnahkan hidup kita, berusahalah untuk menjauhkan diri dari mereka. Ini bukan memutuskan silaturrahim tetapi menyelamatkan diri dari teranaiya.
  • Adakala pergaduhan berlaku bukan kerana masalah yang besar, tetapi kerana sikap ego dan sukar bertolak ansur merajai diri. Pergaduhan adalah permulaan kepada keretakan hubungan silaturrahim. Terputusnya silaturrahim maka terputuslah rahmat dari Allah.
  • Hati kita akn merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor & busuk ke mana sahaja kita pergi. Beginilah rasanya apabila kita menyimpan perasaan benci & marah pada org lain. Buanglah perasaan itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yg kotor, busuk & buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita.
  • HUDUD ~ Ia bukan soal sesuai atau tidak, tetapi ia berkaitan dengan nilai kepercayaan kita kepada Allah.
  • Mungkin adalah tabiat orang kita iaitu suka melihat orang seagama, sebangsa dan satu keturunannya jatuh tersungkur, gagal dan papa kedana dalam hidup. Disebabkan itulah mereka sanggup lakukan apa saja, meskipun mengumpat dan membuat fitnah. Mereka ini tidak kelihatan pelik, ada yang solat, ada yang bertudung, ada yang ke surau tetapi hatinya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, berhati-hatilah duhai teman.
  • Beribadah dengan kuat akhirnya menjadi rugi apabila amalan itu ditayang-tayangkan dalam Facebook. Usahlah bercerita tentang ibadah yang dilakukan demi meraih pujian dan perhatian teman. Kerana yang memberi ganjaran ke atas setiap amalan yg dilakukan hanyalah Allah. Biarlah Allah saja yg tahu segalanya.
  • Buat sang isteri, tidak banyak yang kami mampu berikan demi memenuhi tuntutan manusia yang sering tidak sempurna. Cuma InsyaAllah, redha kami sebagai suami sentiasa mengiringi langkahmu demi kesejahteraanmu di sana meskipun kami sendiri belum mampu menanggung dosa sendiri apatah lagi dosamu. Maafkan kekurangan kami.
  • Bila dah bercinta sering terlanjur~Bila terlanjur mereka mahu kahwin~ Bila nak kahwin mak ayah tak setuju~ Bila mak ayah tak setuju muram, sedih, ada yang kahwin lari dan ada yang minta pendapat teman. Pesanan~ Derhaka pada Allah & ibu bapa adalah dosa besar, derhaka pd kekasih tak ada dosa pun. Jadi janganlah diikutkan hati sangat. Segeralah bertaubat.
  • Wanita kelemahannya pada aurat, lelaki kelemahannya pada syahwat.
  • Tiada kesudahan kesalahan dan dendam yang diungkit-ungkit. Hanya akan menambahkan benci, menyakitkan hati dan mengganggu jiwa raga. Orang yang suka mengungkit-ngungkit mudah dikuasai syaitan.
  • Isteri solehah ~ Tengok sahaja wajahnya hati sudah menjadi tenang.
  • Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup kita sekeluarga. Namun kita tidak boleh bersangka buruk. Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memusnahkan hidup kita, berusahalah untuk menjauhkan diri dari mereka. Ini bukan memutuskan silaturrahim tetapi menyelamatkan diri dari teranaiya.
  • Kata2 nista dan menyakitkan hati yang ditulis di FB untuk ditujukan kepada orang lain kadang2 terkena pada orang lain. Kenyataan seumpama itu membuatkan orang salah faham dan adakalanya menjadi benci, marah dan dendam. Oleh itu, meskipun tidak menulis nama orang yang nak diburukkan, sebaiknya tidak usahlah menulis hal-hal yang demikian. Kerana lain yang kita harapkan, lain pula yang terjadi. Seeloknya tulis sahaja pesanan yang baik2. Semua orang suka, pahala pun dapat.
  • Sabda Rasulullah “Besarnya ganjaran kamu bergantung kepada berapa besarnya kesukaran kamu!” ~ Oleh itu usahlah kecewa ketika berada disaat sukar.
  • Bersahabat itu lebih baik daripada bersendirian dan bersendirian itu lebih baik daripada sahabat yang buruk.
  • Dunia ini indah, cantik dan menawan. Cuma penghuninya saja yang ramai tidak tahu menghargainya. Hidup seolah-olah kehilangan harmoni, perbalahan, caci-maki, tipu menipu, fitnah menfitnah, bunuh membunuh dan pelbagai kemusnahan dunia kini mewarnai akhbar kita setiap hari. Sucikanlah kembali hati dengan Al-Quran. Jangan dibiarkan rosak dek keburukkan dunia yang semakin hari semakin menjadi.
  • Dalam FB, kita dikenali dengan apa yang kita tulis. Jika baik, baiklah pandangan orang, jika buruk, buruklah jadinya. Maka elakkanlah diri diburuk-burukkan.
  • Bimbinglah isterimu dengan penuh kasih sayang, didiklah mereka menjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu.
  • Apabila berjumpa dengan sahabat atau sesiapa yang bertanya “Apa khabar?” Marilah kita menjawab “Alhamdulillah, sihat!” daripada hanya menyebut “Sihat!”. Sedikit perubahan amalan, mungkin mampu memberatkan neraca timbangan pahala kita di sana nanti. InsyaAllah…
  • Jangan lupa untuk menangis kepada Allah…Meskipun sekarang kita sedang bahagia. Kerana tangisan kepada-Nya bukan hanya di waktu duka. Tetapi juga di saat bahagia. Itulah tanda syukur dan sentiasa mengharapkan rahmat dari-Nya.
  • Jangan cerita keburukkan orang yang telah lalu sedangkan kini mereka telah bertaubat. Contohnya jangan bercerita perihal orang yang telah berzina di masa lalu jika beliau telah bertaubat kerana itu hanya akan mengaibkannya.
  • Bersyukurlah kepada Allah kerana dipilih dalam jutaan manusia sebagai salah seorang yang boleh menunaikan solat. Bayangkan betapa ramai manusia diluar sana yang leka dan tenggelam dalam kekufuran. Adakala kita terlupa bahawa dipilih untuk menunaikan solat kepada-Nya juga adalah satu nikmat yang paling besar dalam hidup ini.
  • Hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari salah orang tetapi untuk memperbetulkan diri.
  • Islam tidak luput dek zaman. Dari dulu hingga kini dan sehingga akhir zaman sekali pun, Islam sentiasa melangkaui zaman. Cuma sesetangah manusia itu sombong dan belagak dengan Allah kerana terasa dirinya seolah-olah hidup di zaman moden. Sepertinya Allah tidak tahu akan wujudnya zaman moden ketika Allah menetapkan hukum suatu masa dahulu.
  • Hasil tidak datang hanya dengan belajar tetapi ia datang dengan usaha dan tindakan yang betul. Oleh itu setiap kali kita menambah ilmu baru untuk berjaya, kita tetap tidak akan berjaya jika tidak melakukan apa-apa tindakan.
  • Apabila berlakunya salah faham, terdengar cerita-cerita buruk tentang kenalan kita dari orang lain, jarang sekali orang kita ingin bertanya kembali hal sebenar kepada orang yang dituduh sebaliknya terus percaya dan berusaha menyebarkan fitnah itu ke merata tempat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya fitnah itu lebih bahaya dari membunuh.
  • Manusia yang seharusnya paling kita rindui dalam dunia ini ialah Nabi Muhammad s.a.w.
  • Selagi masih hidup, pintu taubat sentiasa terbuka. Tiada istilah ‘tunggu hidayah datang’ untuk bertaubat kerana sewaktu kita sibuk menunggu hidayah, mungkin malaikat maut yang datang terlebih dahulu. Sesungguhnya untuk berubah, kita perlukan kemahuan dari hati sendiri, bukan dengan menunggu…
  • Permudahkan 1 urusan orang lain di dunia, Allah akan permudahkan 1 urusan kita di sana.
  • Dengan menggunakan FB secara berhemah, hubungan silaturahim kita lebih mudah dieratkan. Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.)

2 comments

  1. Thankyou for sharing! :)Em,boleh share tk cara nak melembutkan hati? ataupun,cara nak mendekatkan diri dgn Allah? 🙂

    May Allah bless us !:)

  2. You could certainly see your enthusiasm in the article you write.
    The world hopes for even more passionate writers such
    as you who aren’t afraid to say how they believe. At all times follow your heart.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*