Thursday , 14 December 2017
Terbaru

(Motivasi) Sahabat

Pada asalnya artikel ini adalah artikel bertajuk 15 Sebab Kenapa Mereka Gagal, namun saya dah terbabas menulis berkaitan persahabatan. Maka dengan ini saya tukar tajuk di atas dan akan menyambungnya lagi lain kali. InsyaAllah….artikel kali ini berkaitan pengalaman saya dengan seorang rakan suatu masa dahulu.

Suatu kejadian yang banyak mengajar saya erti motivasi dan persahabatan. Kisah seorang rakan sewaktu saya menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi suatu masa dulu. Beliau sudah berputus asa dan tidak mahu berjuang lagi. Beliau tidak bermaya dan seolah-olah tidak mahu bercakap langsung. Pun begitu, beliau ada satu kelebihan di mana beliau suka menampal kata-kata semangat dan motivasi pada meja studynya. Melihat keadaannya yang ‘nazak’ macam mayat hidup tu saya jadi serba salah.  Masalah beliau melibatkan rakannya yang juga rakan saya, nak tegur kan, yang lagi sorang pulak terasa. Tak ada cara lain, saya mengambil sekeping nota kertas dan pen lalu menulis:

“Orang yang tidak berjaya, tidak semestinya gagal, orang yang gagal adalah orang yang berputus asa!

Saya tampalkan nota kerta tersebut pada dinding atas meja studynya. Tidak berapa lama selepas itu beliau datang berjumpa saya dan menucapkan terima kasih. Semangat beliau kembali terpancar diwajahnya yang tersenyum. Selepas itu barulah beliau mahu bercakap tentang masalahnya dan ingin kembali berusaha. Pada pengamatan saya, ayat di atas tidaklah memberi begitu banyak kesan walaupun ia sememangnya menjadi pegangan beliau selepas itu. Semangat yang hadir kepada beliau sebenarnya datang dari perasaan beliau sendiri di mana beliau merasakan ada seorang ‘kawan’ yang memahami kedukaannya. ‘Kawan’ ini sentiasa menyokong dan memberi motivasi kepadanya selain menjadi pendengar dan tempat mengadu yang baik.

Ya..kadang2 bila kita kecewa, sedih, pilu, duka dan seumpamanya, kita memerlukan seseorang untuk mendampingi kita. Percaya atau tidak, “Apa lagi yang tiada di Syurga? Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa!”. Saya suka ungkapan ini:

They love you but they are not your lover…

They care for you but they are not from your family…

They are ready to share your pain but they are not in your blood relation..

They are, Friends!!! True friend..

Scolds like a Dad! Cares like a Mom! Teases like a Sister! Irritates like a Brother!

And finally loves you more than a lover!

need_a_friend-1104

11 comments

  1. Assalamualaikum wanWMA. Nama ini memang sudah saya hafal kerana antara yang paling kerap singgah di blog saya. Terima kasih banyak-banyak wanWMA.

    Post di atas memang menyengat!.

    Saya juga termotivasi dengan nota yang wanWMA tanpal itu,

    “Orang yang tidak berjaya, tidak semestinya gagal, orang yang gagal adalah orang yang berputus asa!“

    Saya secara peribadi, juga sangat terkesan dengan kata-kata itu.

    Oh ya, hari ini saya ada menulis “something” di blog. Bilamana wanWMA ada kelapangan singgah ye, dan mohon tinggalkan komen.

    ini linknya..http://fathuri.com/?page_id=1040

    Salam ceria , salam inspirasi

    Keep intouch friend..

    Assalamualaikum
    .-= fathuri menulis diblognya tentang.. Cerita & impian Ramadhan 2009 (episod 10) =-.

  2. Assalamualaikum wanWMA. Terima kasih kerana singgah. Terima kasih kerana menulis komen. Saya suka dengan friendship kita…

    Moga kita akan saling memotivasi untuk mencapai impian masing-masing.

    Oh ya, bilamana ada peluang2 yang bagus untuk dikongsikan dengan kawan-kawan , jangan lupakan saya..

    Keep in touch ye Wan,

    Assalamualaikum

    • Ya Fathuri, saya sentiasa ingin berkongsi peluang2 yang mungkin boleh dikecapi bersama rakan2 online yang kuat berusaha dan tahu erti sabar! Apatah lagi sekarang terlalu banyak skim yg menipu ramai rakan2 kita di internet ni..saya sekarang sedang menjual kad raya digital http://kadraya.kedaikreatif.com/ dan sedang menghasilkan pelbagai produk digital lain yang akan disiapkan satu persatu…InsyaAllah, saudara boleh menjadi sebahagian dari rakan2 saya yang sama2 menyempurnakan tugas ini. Sampai masa dan ketikanya nanti saya akan hubungi saudara! InsyaAllah…

  3. Salam sedara wabWMA…salam kenalan di dunia on9…nie baru 1st time jengah ke sini…wah…banyak jugak info yg bagus kat sini erk…tahniah atas perkongsian di sini..harap leh jadi panduan untuk kite sume di lain masa..selamat maju jaya wanWMA…
    .-= Iqone_Dinie menulis diblognya tentang.. Ramadhan Datang Lagi.. =-.

    • W’salam Iqone_Dinie, ye salam perkenalan di dunia online..InsyaAllah saya akan cuba kongsikan info2 berguna setiap masa..sokongan dari rakan2 macam Iqone amat membantu memberi inspirasi kepada saya! Terima kasih!

  4. Salam wanawma,
    thanks atas nota ringkas yg amat bermakna bukan setakat kepada kawan wan, tapi kepada semua yang baca post ini
    .-= Mantra menulis diblognya tentang.. Ulangtahun ke-52 bukan 50! Malaysia Merdeka =-.

  5. love your article~

    keep posting bro..
    .-= white02 menulis diblognya tentang.. Funny Unpublished Commercials? =-.

  6. I love the ungkapan there. hehe

    Bestkan ada sahabat yg memahami…tp kite pun kena jadi org yg memahami jugk.;->
    .-= pooh menulis diblognya tentang.. …Tupai2…(Jard contest) =-.

  7. like ur article and motivation,..ada yang saya copy untuk share dengan kawan-kawan yang lain,halal kan ye?thanks

  8. It’s going to be finish of mine day, however before end
    I am reading this fantastic article to increase my know-how.

  9. Assalamualaikum wanWMA. Terima kasih kerana singgah. Terima kasih kerana menulis komen. Saya suka dengan friendship kita…

    Moga kita akan saling memotivasi untuk mencapai impian masing-masing.

    Oh ya, bilamana ada peluang2 yang bagus untuk dikongsikan dengan kawan-kawan , jangan lupakan saya..

    Keep in touch ye Wan,

    Assalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*