Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

(Motivasi Perniagaan) Langkah Pertama

Perniagaan…ramai orang ingin menceburi diri dalam bidang ini. Namun, apakah langkah pertama yang perlu diambil? Adakah ianya ialah belajar tentang perniagaan? Buka kedai pertama? Mula menumpulkan wang? Baca buku motivasi? Berkawan dengan ahli perniagaan? Atau anda ada pendapat lain yang lebih tepat? Saya ada jawapannya berdasarkan pengalaman yang saya lalui selama ini. Saya belajar banyak perkara dalam MLM pertama dan terakhir yang saya sertai itu. Sepanjang menjadi agen MLM tersebut, saya tidak diajar untuk menjadi seorang jurujual sebaliknya saya diajar menjadi seorang ‘Pemimpin’ dan seorang ‘Usahawan’. Saya belajar tentang motivasi, cara bercakap, cara memimpin ahli kumpulan, cara memberi ceramah kepada lebih dari 300 orang termasuk golongan profesional seperti doktor, pensyarah, editor akhbar dan sebagainya…apa ‘kejadahnya’ semua ini jika saya hanya ingin menjual sebotol vitamin?

Kawan, tak kira samada anda ingin berniaga secara konvensional, MLM, perniagaan internet, agen insuran dan apa saja..anda perlu memulakan langkah pertama yang paling penting dalam hidup anda! Ia bukan mengenai ilmu tentang perniagaan, ia bukan berkaitan siapa yang patut anda berkawan, ia bukan berkaitan dengan simpanan wang atau modal perniagaan yang perlu anda laburkan, tetapi ia berkaitan dengan DIRI ANDA! Jika anda ingin berniaga, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah:

UBAH SIKAP ANDA!

Jika anda ingin mengubah orang lain, udah diri anda dahulu!

Jika anda ingin membina perniagaan, bina diri sendiri dahulu!

Jika anda ingin mengubah dunia, ubah diri anda dahulu!

AGoodAttitudeWillChangeYourWorld

Ya! Ubah sikap anda! Anda tidak boleh memasuki dunia perniagaan atau sebarang bidang baru jika anda tidak mahu mengubah sikap anda yang ada sekarang. Percayalah, sejauh manapun kehebatan anda di masa kini, anda masih perlu berubah menjadi seorang yang lebih baik! Berniaga memerlukan komitment yang amat tinggi di mana anda perlu banyak berkorban demi memastikan anda berjaya. Mari memuhasabah diri, kita kata.. kita mahu berniaga, kita kata.. kita mahu berjaya seperti orang lain, kita kata… kita nak jadi jutawan, tetapi berapa kali kita kata ‘kita nak berubah’? Dan pernahkah kita berubah?

Adakah masa bekerja anda sekarang jauh lebih lama dari dulu? Adakah sekarang anda mengumpulkan wang lebih banyak dari dulu? Adakah masa anda mononton TV sekarang berbeza dari dulu? Adakah masa rehat anda sekarang jauh lebih banyak dari dulu? Apakah perbezaannya? Jika tidak berbeza, di mana anda rasa anda akan berjaya? Tepuk dada tanya selera. Jika kenyataan ini agak kasar, kesusahan yang akan anda hadapi untuk berubah jauh berkali ganda lebih kasar dan susah untuk ditangani!

Dari dulu kita bertanya, “Bilakah aku akan berjaya?”. Persoalan ini sebenarnya kurang tepat…soalan yang lebih tepat dan jitu ialah:

change-by-teddy

23 comments

  1. saya pun de cita-cita nak de bisnes sendiri..
    tapi masih blom terlaksana..
    nak memulakan sesuatu bisnes perlu berkorban dan sanggup menanggung risiko.. buat masa skang nie blom ada rezeki lagi kot.. 😉
    .-= Along Arman menulis diblognya tentang.. Testing DISQUS COMMENT =-.

  2. ermm abistu wan buat ape skng?
    (if u don’t mind to share)
    .-= white02 menulis diblognya tentang.. Funny Unpublished Commercials? =-.

  3. nice motivation! aku pon pernah berMLM suatu ms dlu, tapi tak kemane jugak.wahaha. sebab diri sendri pon tak berubah camne nak ubah org laen =)
    .-= naz menulis diblognya tentang.. “Hukuman di tangguh, takde hal ah” =-.

    • Betul..nak berjaya dalam MLM kena banyk belajar dan berubah! Org kita ni pelik sikit, dia tak berjaya dia salahkan syarikat MLM pulak. Kalu yg MLM tipu tu takpe jugak…tp salah diorag jugak yg tak buat kajian dan tgk bcgrd MLM tu..

  4. Kawe dah start bussiness sendirik…. Nampak cam ok jerk… Mlebihi jangkaan… Tp ponat2.. ponat2..nak wat dua keje satu mse. Hope ako xpts asa sbb ponat jerk… huhuhu…

    • Syukurlah Zainol, saya sentiasa respek orang2 macam anda! Yer…memang ponat..saya tau..kalau tido tak cukup 2-3 minggu pun perkara biasa! Inilah bukti kita sedang berubah sebenarnya!

  5. salam.. wah leh lah mintak tips2 dari incek wan lepas ni.. saya mmg bercita2 nak berniaga sket2 ni.. dlu tak minat pun.. tapi bile memikirkan keadaan skang ni.. perniagaan kcil2an rasa wajib ada untuk menampung perbelanjaan sampingan.. (^__^)
    .-= Faarihin menulis diblognya tentang.. Sila Jaga Adab Anda =-.

    • Berniaga ni sunnah nabi, walau mungkin tak berjaya dengan segera, kita boleh belajar banyak perkara positif melalui perniagaan

  6. Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Tahniah,
    Kembangkan dan kongsikan terus bakat anda. Kita “kejar akhirat, dunia pasti mengikuti kita…”.

    – mula dgn diri sendiri
    – mula dgn yg mampu
    – mula dgn segera
    Yang penting ‘berterusan’. Sejauh mana pun perjalanan ia bermula dari langkah pertama yg disusuli dgn langkah-langkah seterusnya dgn berterusan.
    .-= redha menulis diblognya tentang.. 3 PERINGKAT DOA =-.

  7. salam bro,bisness sendiri…tapi apa nak bisness apa ya….
    .-= Abu Samah menulis diblognya tentang.. kenapa Allah menghilangkan lidah ikan =-.

  8. actually you got ur points…
    continuously harworking is the main thing…

  9. Bila otai dah bersuara 🙂
    Thanks bro atas nasihat mu itu

  10. Assalamualaikum Wan. Apa khabar. Moga terus ceria menjalani aktiviti yang menjadi minat. Dari blog waka, terus singgah ke mari. Nak bertanya khabar berita sambil jengok2 kot2 ada entry baru..

    Wah! post di atas, nampaknya telah mendedahkan siapa sebenarnya WanWMA ini..banyaknya pengalaman..

    “Sepanjang menjadi agen MLM tersebut, saya tidak diajar untuk menjadi seorang jurujual sebaliknya saya diajar menjadi seorang ‘Pemimpin’ dan seorang ‘Usahawan’. Saya belajar tentang motivasi, cara bercakap, cara memimpin ahli kumpulan, cara memberi ceramah kepada lebih dari 300 orang termasuk golongan profesional seperti doktor, pensyarah, editor akhbar dan sebagainya”

    wah!…public speaking khabarnya adalah ketakutan no 1 manusia. Tapi sebaliknya pada wan…bercakap depan lebih 300 orang? Bukan mudah tu..

    Saya suka dengan semangat ini,

    “Ya! Ubah sikap anda! Anda tidak boleh memasuki dunia perniagaan atau sebarang bidang baru jika anda tidak mahu mengubah sikap anda yang ada sekarang”

    Moga kita akan dapat berganding bahu.

    “enjin telah saya hidupkan….(selangor,kelantan,kedah & terengganu sudah di isi…)

    Salam ceria & salam inspirasi..

    Bilamana ada kelapangan jemput singgah di blog ye wan. Mohon tinggalkan komen pada ruangan “idea & impian”. Moga bermanfaat kepada pembaca “diari seorang pemburu impian”

    Selamat berbuka..

    Assalamualaikum
    .-= fathuri menulis diblognya tentang.. Sehari seorang kawan (updated-5) =-.

  11. assalamualaikum..
    saya harap wan dapat memberikan lebih banyak motivasi kepada orang seperti saya yang sudah lama bekerja makan gaji tetapi tiada kepuasan dalam bekerja
    saya rasa bosan bila bekerja kerana dalam kepala saya sekarang ini ingin berniaga.tetapi tidak tetap lagi berniaga apa.
    saya juga mahu tahu bagaimana dan dimana saya boleh belajar untuk berniaga membuat kad jemputan,kotak2 cenderamata bergambar ni.
    harap2 wan dapat membantu.
    wassalam

    • W’salam…jika begitu, teruskan bersama saya. Saya akan mendedahkan peluang perniagaan kepada Lin di mana Lin boleh memulakan perniagaan Lin di internet dengan percuma tidak lama lagi. InsyaAllah…

  12. asalamualaikum saya berminat nk jlnkn projek ternakan ayam filipen vs hutan tp masalahnye tk tau mcm mane nk mulakn, mane yg sepatut?”

  13. askum,
    saya perlu ubah sikap saya,ya betul tu…bosan asyik makan gaji.bosan masih lagi di tahap yang sama bertahun2 kerja.
    saya berminat sgt nak wat bisness kedai makan nasi ayam,tp langsung xde pengalaman.

  14. Salam..
    Tumpang lalu… Saya nie umo baru 21 tahun, dan blom sampai 1 tahun bekerja di sektor kerajaan.. Orang selalu kata, Bertuah dapat keja government.. Tapi tak tahu ape yang specialnya Keja Government…. Yang special nye senang loan.. tu je… Tapi membebankan adelah.. Nasib baik saya tak kaki loan.. Bukan nak kutuk keja government kecik gaji, sebab akupun ambik diploma pun tak habis… So, tak naklah nak salahkan sesiapa..
    Saya amat berminat dengan keja parttime dalam internet, tapi bukan MLM lah.. cause tak berapa minat sangat ngan mlm.. Saya nak cuba pasarkan beberapa perkhidmatan dalam internet, tapi masalahnya:
    1. Macamne nak buat laman WEB sendiri?
    2. Masih tak tahu samaada akan ade sambutan atau tidak.
    3. Ade tip untuk agihkan masa?

    Harap dapat membantu dan memberi sebarang nasihat… Terima Kasih

  15. saya nk tny.. sy teringin mk bukak resort.. xp,sy x tau nak amik course pe? umo sy baru 18..sy nk amik dip. pengajian perniagaan.. sy confius sbnrny..
    ap beza diploma tersebut dengan diploma pengurusan pelancongan..
    yg mane ptut sy amik spy cita2 sy nak bukak resort tercapai?? harap boleh membantu

  16. Walaubagaimana pun perniagaan adalah satu bentuk pengaruh yang kuat dalam sesebuah negara dan sumber tersebut bukanlah dapat dilihat dengan jelas tetapi dirasai dengan satu suasana yang cukup tenteram iaitu keamanan , urusan perniagaan yang berbentuk asas keperluan lebih aman dari luar dari asas asas kehidupan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*