Sunday , 24 September 2017
Terbaru

(Motivasi) Mendalami Rasa

Artikel ini adalah coretan bab dari tajuk Bagaimana Hendak Mengubah Hidup. Semak artikel lepas sebagai rujukan:

  1. Pengenalan
  2. Kenapa Perlu Berubah

Mendalami Rasa

Cuitan rasa untuk berubah kini menjadi ruting harian kita. Kita tahu kenapa perlu berubah dan kita mahu berubah. Namun jalan menujunya masih agak pudar untuk ditelusuri. Usah khuatir, mahu berubah memerlukan masa dan pengorbanan yang banyak. Sebelum kita melangkah jauh, marilah sama-sama kita mendalami rasa yang tercuit dihati ini terlebih dahulu.

thinking-pic

Rasa ingin berubah dalam hati kita sekarang mungkin kerana perasaan ingin berjaya seperti orang lain, ingin memberikan kebahagian kepada mereka yang tersayang, ingin mengubah nasib diri, ingin menjadi orang yang mudah didekati dan seumpamanya. Tapi sedarkah kita yang rasa itu sebenarnya memberi tahu kita sesuatu?

Semasa kita memberitahu diri sendiri yang kita hendak menjadi kaya, pada sudut yang lain kita mengesahkan kita adalah seorang yang miskin. Semasa kita memberitahu diri sendiri kita ingin berjaya, dalam masa yang sama juga kita memberitahu diri sendiri bahawa kita bukan orang yang berjaya. Inilah ‘rasa’ yang sedang kita pendamkan di dalam diri.

‘Rasa’ yang bertentangan ini begitu dalam di dalam diri sehingga kita tidak perasan yang perasaan itu lebih kuat mempengaruhi kita berbanding rasa untuk berubah. Sebenarnya rasa inilah yang melemahkan semangat kita, rasa inilah yang sebenarnya memurungkan kita dan rasa inilah sebenarnya diri kita sekarang.

Mengikut Hukum Tarikan atau Law of Attraction yang ditulis oleh saudara Michael J. Losier, kita akan menarik lebih banyak perkara yang bertentangan dengan apa yang kita mahukan kerana kita lebih banyak berfikir tentang apa yang kita tidak mahukan. Fikiran kita terhadap apa yang kita tidak mahu menyebabkan kita menarik unsur yang sama dengan lebih kuat. Dan kerana itulah masalah demi masalah sama yang kita tidak mahu terus muncul membenlenggu kita.

Situasi ini memberikan saya inspirasi untuk mengenengahkan beberapa perkara untuk dijadikan panduan. InsyaAllah panduan yang diilhamkan ini mungkin dapat menunjukkan kita beberapa jalan penyelesaian. Perkara yang dimaksudkan ialah:

  1. Apa yang saya impikan?
  2. Jangan jadi diri sendiri
  3. Ubah sebelum berubah
  4. Mukmin yang kuat
  5. Di sebalik tabir
  6. Amalan dan niat

6 perkara di atas akan saya ulaskan dalam bentuk artikel yang akan datang. Harapan saya agar artikel kali ini memberi inspirasi kepada kita bersama. Semoga berjumpa lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*