Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Motivasi Kerja Oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah

Bismillahirrahmanirrahim.....

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

Jadi renungi lah :-

motivasi kerja

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

‘Mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 5 February '10 oleh wanwma, dalam kategori Minda, Motivasi, Pengurusan, Umum.

15 Comments to “Motivasi Kerja Oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah”

05.02.10 at 08:31
Posted by Sis Lina

salam & selamat pagi…

1 artikel yg menarik..bukan x bermotivasi bekerja tp kdg2 persekitaran dlm pejabat tu sendiri yg membuatkan diri cam “terpaksa” je bekerja..tambahan plak dgn perangai bos yg “cakap x serupa bikin”… !!

[Komen balas]

wanwma komen:

Mmg macam tu Sis, rata2 org yg saya jmp, jika ditanya 10 orang, 7-8 dari mereka mmg tak menyukai sikap bos masing-masing. Keadaan ini betul2 boleh mengganggu prestasi kerja dan motivasi diri di pejabat.

Bagaimanapun kita ada satu cara utk kekal bersemangat iaitu dengan meletakkan niat kerja kerana Allah. Jgn terfikir yg kerja kita hanya dibalas dgn gaji di akhir bulan, tapi fikirkan juga yang InsyaAllah,kerja kita dibalas dgn pahala yg banyak di akhirat kelak! Hasil keberkatan usaha kita yg meniatkan kerja2 kita kerana-Nya!

[Komen balas]

06.02.10 at 15:06
Posted by mesticun

adakala orang tikam kita dari belakang.penyibuk
nombor satu.kerja punyalah malas nak buat.

kita kerja elok.orang kata tak elok.

[Komen balas]

wanwma komen:

Ini perkara biasa di pejabat. Di mana2 pun ada politik termasuk di pejabat. Meskipun ini bukanlah amalan kerja Islam, tetapi sifat dengki dan suka memburukkn org mmg lumrah yg perlu kita terima di pejabat.

Sebaik mana pun yg kita lakukan, mesti ada org yg tak sedap duduk dngn prestasi kita. Tapi jgn khuatir, kita bekerja,kita berusaha dan kita cari makan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mengharpkn balasan supaya org kata kita baik. cukup la sekadar menjalnkn tugas.

tp syg, ada pula yg mengutuk. biarkan org mcm ni,jika difikirkan ttg mereka,emosi kita juga yg terganggu. bersabar dan terus berusaha adalah satu perjuangan! jika tidak ada cabaran,mana mungkin ia menjadi satu perjuangan? Allah menguji iman hambanya dengan pelbagai dugaan. Jika tidak diuji,kita bukanlah kekasih-Nya.

Jika tahu begini, kita seharusnya bersemangat dan terus bermotivasi!

[Komen balas]

08.02.10 at 00:33
Posted by iqone_dinie

Salam wan..wah..lame betul tak melawat ke sini..isk..macam kena pada masa la datang kat sini..ada info pasal motivasi kerja..bagus2…nice sharing…
iqone_dinie menulis diblognya tentang.. Janganlah Kamu Mati Dulu!!! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Aik..bro dah tukar nama lain ker?

[Komen balas]

iqone_dinie komen:

erm..tukor nama??? isk..xde la..memang dari awal start blogging nie memang guna nama nie je la…silap org kot wan..hehe
iqone_dinie menulis diblognya tentang.. Janganlah Kamu Mati Dulu!!! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Oh ye ke? tak perasan kot! hahaha…apa pun terima kasih melawat ke sini!

wanwma komen:

Saya dah link blog Iqone (Motivasi Jutawan) ke blog ini, ada di bhgian http://wanwma.com/link/

08.02.10 at 19:02
Posted by kakeru

Kaang2 bila pi keje, ada gak rasa biasa2, tapi bila dah start keje, rasa luar biasa lak. Tu best la. Tapi kadang2 ada gak terbalik, bila pergi rasa luar biasa. Bila keje, rasa biasa jerk. Masalah la camni Wan…huhu..
kakeru menulis diblognya tentang.. [Aff.D] Day 3-7 My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Masa saya keje dulu saya sering buat idea2 baru dan cadangkan kat team dan bos. Selalu buat idea baru menyebabkan kita sentiasa rasa luar biasa. Tapi kalu kita asyik buat benda sama je tiap2 hari..lama2 mmg rasa cam biasa2 jer…

Masalah camni perlu diatasi dgn minda kreatif! Cuba fikirkan satu idea utk mengubah kerja sedia ada ke dalam bentuk yg lebih efektif dan menyeronokkan!

[Komen balas]

08.02.10 at 20:33
Posted by iqone_dinie

ok je wan..sama2…skg server blog down pulak..nanti da ok saya add link blog nie ok…thank….
iqone_dinie menulis diblognya tentang.. Janganlah Kamu Mati Dulu!!! My ComLuv Profile

[Komen balas]

17.02.10 at 11:00
Posted by Surihati_ku

hai..
datanglah kerja dengan rasa gembira kerna disana adalah punca utama kita mencari sumber rezeki yang halal. Insyallah pasti segalanya akan berjalan dengan lancar.
marilah joint disni..

ZON DICINTA..

ZON PANAS!

ZON REDUP
Surihati_ku menulis diblognya tentang.. Gay…oh Gay My ComLuv Profile

[Komen balas]

17.02.10 at 11:01
Posted by Suri

hai..
datanglah kerja dengan rasa gembira kerna disana adalah punca utama kita mencari sumber rezeki yang halal. Insyallah pasti segalanya akan berjalan dengan lancar.
marilah joint disni..

ZON DICINTA..

ZON PANAS!

ZON REDUP
Suri menulis diblognya tentang.. Gay…oh Gay My ComLuv Profile

[Komen balas]

01.08.10 at 08:52
Posted by Selamat Datang ke SharudinZain.Com

[...] Source: WanMWA var a2a_config = a2a_config || {}; a2a_config.linkname="MOTIVASI KERJA"; a2a_config.linkurl="http://www.sharudinzain.com/motivation/motivasi-kerja/"; [...]








CommentLuv Enabled