Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

(Motivasi) Jika Bukan Anda, Siapa Lagi?

Menjadi seorang yang bertanggungjawab menguruskan banyak perkara bukanlah perkara yang mudah. Namun saya masih ingat kata-kata dari isteri seorang jutawan yang amat berjaya. Katanya:

‘Saya tak tahu kalau bukan suami saya, siapa lagi yang sanggup berkerja seperti beliau!’

Kenapa beliau berkata begitu? Sebabnya beliau sentiasa menghina suaminya ketika zaman kemelesetan mereka. Beliau juga pernah mintak cerai. ..namun si suami tetap degil dan berusaha seperti seorang lelaki gila.

Climbing a Pile of Files

Akhirnya beliau mencapai kejayaan yang amat membanggakan. Sehingga sewaktu saya mengenali beliau, pendapatan beliau mencecah RM1 juta pada setiap 3-4 bulan. Namun itu tidak lagi membakar semangat saya..perkara yang betul2 membuatkan saya kagum ialah kejayaan beliau membantu masyarakat sehingga ramai orang berjaya bersamanya dan kebebasan masa yang dimilikinya. Sekiranya beliau tidak bekerja selama satu tahun pun, beliau masih mendapat pendapatan yang sama setiap bulan.

Apabila anda berusaha untuk berjaya, anda akan mengahadapi masalah di mana anda perlu melakukan pelbagai perkara. Mungkin melakukan pelbagai perkara dalam 1 masa adalah perkara yang amat membebankan, tetapi jika anda berpengang dengan kata2 ini:

‘Jika bukan aku yang buat, siapa lagi?’

Anda seolah-olah meletakkan tanggungjawab yang besar kepada diri sendiri. Dan inilah yang dilakukan oleh jutawan tersebut.

Memang benar masih ada orang lain yang boleh melakukan sebahagian tugas anda, tetapi jika berfikiran begitu, anda akan berkelakuan acuh tak acuh dan sentiasa mengambil sikap ‘lepas tangan’. Dan saya yakin anda bukan orang macam tu! Tidak kira siapa anda, kita ambil contoh mudah. Sebagai seorang blogger, anda mungkin menaruh impian untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.  Namun untuk update post dalam blog sendiri pun anda malas, fikirkan sendiri..

Kalau bukan anda yang update blog itu, siapa lagi?

8 comments

  1. Assalamualaikum tuan,

    Entry di atas bagus sekali buat pencetus motivasi, terumanya ayat ini,

    “Apabila anda berusaha untuk berjaya, anda akan mengahadapi masalah di mana anda perlu melakukan pelbagai perkara. Mungkin melakukan pelbagai perkara dalam 1 masa adalah perkara yang amat membebankan, tetapi jika anda berpegang dengan kata2 ini:

    ‘Jika bukan aku yang buat, siapa lagi?’

    Anda seolah-olah meletakkan tanggungjawab yang besar kepada diri sendiri. Dan inilah yang dilakukan oleh jutawan tersebut.”

    Benar, setiap dari kita cuba ada dua pilihan. Sama ada ingin mencari jalan atau mencari alasan!

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum.
    .-= pemburu impian menulis diblognya tentang.. Diari Aku & IT (siri 2) =-.

  2. Wah…pencetus semangat ni.benar la kata orang, bukan senang nak jadi senang.

    Nampaknya lepas ni kena la aku selalu update blog aku sebab – ‘kalau bukan aku update, sapa lagi…’ huhu…

    Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. 🙂
    .-= Hadinur MS menulis diblognya tentang.. Kenali Diri & Kelebihan Anda =-.

  3. Betul tu, kalau bukan saya yang nak update blog, jadi siapa?

    Bro wan. Siapakah jutawan dalam cerita diatas?

  4. Siapa lagi yg perlu update blog saya eh..? Adoyai, saya lah tu…huhu…

    p/s: Inspiring article, thanks Wan! Kena bertegas thadap diri sendiri, gosh!
    .-= kakeru menulis diblognya tentang.. Cashflow Game (Part 2) =-.

  5. Nice sharing friend, artikel yang sangat mantap 🙂
    .-= Kobot menulis diblognya tentang.. Dapatkan free traffic dengan Facebook Group. =-.

  6. Motivasi ini memang cukup membantu menaikkan semangat, apatah lagi dengan baris-baris terakhir tu…

    Sebagai seorang blogger, anda mungkin menaruh impian untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Namun untuk update post dalam blog sendiri pun anda malas, fikirkan sendiri..”Kalau bukan anda yang update blog itu, siapa lagi?”

    huhuhu betul-betul rasa “terkena”!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*