Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

(Motivasi) Akhirnya Aral Melintang Juga…

Baru saja sehari saya keluarkan artikel tentang perniagaan yang bertajuk Pastikan Dua, niat di hati memang ingin berkongsi kepada para pembaca untuk memastikan masing-masing bersedia dengan satu ‘backup plan’ sekiranya diberhentikan kerja secara mengejut. Jika tiada aral melintang, memang anda boleh mula untuk bersedia dari sekarang. Bagaimana jika aral melintang?

Pada hari yang sama saya menulis post bekernaan, rakan saya pulang dan berkata….”Akhirnya syarikat tempat aku kerja akan tutup selepas raya ini!” Tahukah anda berapa orang yang bekerja di sana? Hanya 4-5 orang yang bekerja tetap masih terselamat, lagi kurang lebih 70 orang terpaksa diberhentikan kerja!!! 70 orang! Ada di antara mereka yang sudah berumah tangga, memiliki kenderaan, tinggal dirumah sewa, dan ada yang sedang sambung belajar berbekalkan wang gaji yang diterima tiap-tiap bulan! Dan yang paling menyedihkan mereka semua ialah sahabat saya!

jangan menangis

Saya terkedu tak terkata, tidak tahu nak buat apa untuk membantu…badan saya mengigil kerana semangat saya seolah-olah menjunam jatuh. Selama ini saya bersama mereka, berusaha siang dan malam untuk merealisasikan impian syarikat, meninggalkan bidang perniagaan internet hampir 2 tahun kerana sibuk bekerja demi kejayaan syarikat. Namun, aral melintang juga…

Saya telah behenti kerja beberapa bulan lalu demi meneruskan perniagaan peribadi saya. Saya sentiasa Pastikan Dua perkara yang saya lakukan pada setiap masa, penutupan syarikat itu tidak banyak menjejaskan saya walaupun terbias sedikit duka. Tapi bagaimana dengan 70 orang rakan saya yang lain? Siapa di antara mereka yang ada ‘backup plan’?

Artikel ini bukan suatu luahan perasaan tetapi pedoman demi memastikan motivasi anda terus meningkat untuk Pastikan Dua perkara yang anda lakukan pada setiap masa. Jangan bertangguh lagi…artikel saya bukan suatu doa untuk anda diberhentikan kerja walaupun ia ternyata berlaku kepada rakan2 saya, sebaliknya artikel ini adalah satu nasihat yang jika anda memandangnya kosong, kosonglah yang anda dapat! Saya masih ingat pesanan saya kepada beberapa orang rakan suatu ketika dulu…

“Buatlah apa yang kamu boleh buat untuk memastikan kamu masih tersenyum walaupun dibuang kerja!”

Walau agak sakit menerima kenyataan ini, saya harap rakan2 saya semua faham dan sedar…ini bukanlah suatu kegagalan, tetapi ia merupakan ujian untuk terus bangkit. Inilah saatnya untuk bangkit! Kerana tiada perkataan ‘bangkit’ dalam kejayaan jika tidak pernah ‘Jatuh’! Bacalah artikel Menghadapi Saat Sukar untuk memotivasikan diri….Allah sentiasa ada di sisi kamu!

8 comments

  1. Wah, 70 orang? susah tu..hmmm..memang kena ada back up plan sentiasa ya…Plan A, Plan B, Plan C 🙂 yang penting, jangan pernah give up 😀

  2. semoga saya sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan yang bakal berlaku di mase depan
    .-= teh menulis diblognya tentang.. Mengimbau memori Ramadhan =-.

  3. Salam bro wan,
    Alahai sedihnya dengar cerita ni. Apa nak buat. Terima dengan hati yang tabah. Roda sentiasa berputar. Kali ni kita kat bawah esok lusa ada balik kat atas. Yang penting kena gerakkan roda tu. Jom kita sama-sama doakan mereka supaya dimurahkan rezki. Amin…
    .-= blog Mantra menulis diblognya tentang.. Berdoa sebanyak yang mungkin kearah kesejahteraan =-.

  4. Salam.. Situasi macam ni membuatkan saya untuk merancang mempunyai pekerjaan sampingan sndri sambil bekerja dgn org lain.. Macam mana ye bila dah bekerja ni.. saya tak mengalami lagi.. takut nanti dah kerja jadi macam kes diatas.. agak kelam kabut juga bila takde backup plan ni..
    .-= Faarihin menulis diblognya tentang.. Menanti Cinta =-.

    • @Faarihin, takper…kalau dah sedar awal2 boleh rancang bermula sekarang!InsyaAllah…keadaan tidak semestinya sentiasa baik untuk kita, tapi biarlah ada planning, jika keadaan sentiasa baik, tu mungkin tandanya tuhan tak sayang…orang yang dikasihi selalu diuji…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*