Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Menangis Mengingatimu…

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sempena ketibaan Maulidur Rasul kali ini, marilah sama-sama kita mengingati insan agung yang begitu mulia dan baik budi perkertinya, Nabi Muhammad s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada banginda. Begitu banyak kisah hidup baginda dipahat menjadi sejarah agung yang tak mungkin kita lupakan. Di kesempatan ini, mari kita renungkan kembali sebuah kisah baginda dengan seorang pengemis Yahudi..

“Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.

free music

Ungkapan tersebut dilontarkan oleh si pengemis yang cukup benci dengan Baginda s.a.w. Setiap saat, pengemis itu tidak henti-henti menghamburkan kata-kata kesat tersebut di hadapan semua yang mengunjungi pasar itu. Berbeza pula dengan tindakan Baginda s.a.w. Setiap pagi, Baginda s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata walau sepatah pun, Rasulullah s.a.w. menyuapi makanan ke mulut pengemis itu. Rutin harian Rasulullah s.a.w ini dilakukan sehinggalah menjelang ajal Baginda s.a.w.

Kasih-Nabi

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, maka tiada lagi orang yang menyuapi makanan kepada pengemis tersebut sebagaimana kebiasaan. Bersendiri si pengemis tanpa ada yang menemaninya untuk merasa sesuap makanan.

Suatu hari, Abu Bakar r.a, mengunjungi rumah anaknya Aishah.

“Wahai anakku, masih adakah lagi sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” tanya Abu Bakar.

“Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan melainkan satu sunnah sahaja.” ujar Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya.

“Apakah itu?” tanya Abu Bakar.

Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, “Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana.”

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. ke pasar tersebut dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu lantas memberi makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuap makanan kepada pengemis tersebut, si pengemis marah sambil berteriak,

“Siapakah kamu?”

“Aku orang yang biasa” ujar Abu Bakar membalas pertanyaan si pengemis.

“Bukan! engkau bukanlah orang biasa yang mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”

Pengemis itu melanjutkan perkataannya berkenaan orang yang biasa menyuapinya kepada Abu Bakar r.a.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata kerinduannya terhadap Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a. menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

“Aku memang bukan orang yang biasa datang menyuapimu makanan. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Orang mulia yang selalu berbuat baik kepadamu itu telah tiada. Dia adalah Muhammad, utusan Allah s.w.t.”

Abu Bakar r.a. menceritakan perkara yang sebenarnya kepada si pengemis.

Setelah mendengar cerita Abu Bakar r.a., pengemis tersebut sambil menangis berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Selepas meluahkan segala kekesalannya, pengemis Yahudi tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
(Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, Hakim, At-Tabrani dan Bukhari)

Sesungguhnya budi pekerti yang baik dan sempurna itu hanyalah ada pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w. walaupun cukup mengetahui pengemis buta itu selalu menghamburkan kata-kata yang menghina Baginda s.a.w., Baginda s.a.w tetap memperlakukan pengemis tersebut dengan akhlak yang baik dan terpuji.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita seharusnya mengambil pengajaran di sebalik kisah kasih yang telah ditunjukkan oleh Baginda. Walaupun kita tidak mampu untuk mengikuti keseluruhan sunnah Baginda s.a.w, tidak alasan untuk kita tidak berusaha meneladani sedikit sebanyak sunnah Baginda s.a.w.

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 25 February '10 oleh wanwma, dalam kategori Agama, Islam, Kejayaan, Motivasi, Pemimpin, Tokoh.

16 Comments to “Menangis Mengingatimu…”

25.02.10 at 13:16
Posted by Suri

Alhamdulillah..
terima kasih atas penceritaan tsbut..bersedekahlah..smoga amalan..rzki kita akan murh hendaknya..

selamat menyambut Maulidul Rasul untuk semua sahabat..tuan rumah juga.. ;)

[Komen balas]

wanwma komen:

Ya…buat Suri juga..selamat bercuti. Cuti ni jgn tidor je, ambik peluang belajar memasak, buat kek & roti, buat kuih-kuih tradisional & sbgainya, baru best org nak masuk meminang! hehehe (ehem..sebenarnya Suri ni dah kawin ke belum?)

[Komen balas]

Suri komen:

hehehe..
hu lawut..laa…semapt menghusyah yer..lawok sungguh niek??.. ;)
Suri menulis diblognya tentang.. Argh!! Jerawat datang lagi My ComLuv Profile

[Komen balas]

25.02.10 at 14:25
Posted by azizan4444

salam maulidur rasul…kisah di atas boleh mntiskan air mata..terlalu mulia..semoga kehidupan kita dipermudahkn dgn amalan baik yg berterusan.

[Komen balas]

wanwma komen:

Betul..kisah ini telah membuatkan sy rasa amat malu dgn diri sendiri…

[Komen balas]

26.02.10 at 01:34
Posted by Joe

Yea, sebagaimana abg, sy jg menangis membacanya.

Actually cerita ni mmg dah dgr cerita. BUT no matter, kalau sy baca 2 hari lg pn cerita ni mesti akan mengalir air mata.

Pernah saya doa utk kembali ke zaman Rasulullah.. rindu sgt. Moga diri Rasulullah ada dlm diriku.

Moga kita berusaha untuk mentaati segala perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulud Nabi… :)
Joe menulis diblognya tentang.. Gadget Tambahan 2010! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Bkn senang nak menagis jika hati keras…syukurlah kita diberikan perasaan ini..Alhamdulillah…

[Komen balas]

26.02.10 at 08:27
Posted by Sis Lina

salam Maulidul Rasul untuk semua..

Jadikan amalan dgn perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w smg hidup kita di berkati..insyaAllah..

[Komen balas]

wanwma komen:

Terima kasih Sis…

harap kita diberi kekuatan utk utk sentiasa memperingati banginda

[Komen balas]

27.02.10 at 03:10
Posted by iqone_dinie

Salam maulidur rasul gak untuk semua..

dikesempatan ni sama2 la kita panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dilahirkan dalam Islam dan mempunyai seorang Rasul yg sungguh mulia budi pekertinya..sama2 la kita mencintai beliau dan mengingati beliau selalu..sama2 la jugak kita berselawat ke atas beliau..

[Komen balas]

27.02.10 at 09:50
Posted by Hairizal a.k.a jaigoku

Saya berasa sebak. Saya pernah membacanya sebelum ini. Sekali lagi saya membaca cerita yg sama tetap terasa sebak. Terimakasih mengingatkan kami.

[Komen balas]

27.02.10 at 10:44
Posted by zik

Selamat menyambut maulidur rasul n selamat beramal..
zik menulis diblognya tentang.. Sambutan Maulidur Rasul My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Terima kasih…sama2 kita beramal! Amin…

[Komen balas]

01.03.10 at 09:11
Posted by 1tomyam

insaf dan sedar kelemahan diri bila baca entry ni…terima kasih bro..
1tomyam menulis diblognya tentang.. Bila Anak Bagi Nota Khas Untuk Bapa Sendiri My ComLuv Profile

[Komen balas]

12.03.10 at 21:42
Posted by HiSYaMuDDiN

Subhanallah…
mengalir air mataku, mengenangkan kembali kisah
perjuangan baginda Rasulullah sallallahu’alaihiwassalam
Baginda menunjukkan contoh akhlak yang mulia..
Budi pekerti yang tinggi, yang tiada tolok bandingan…
Moga kita dapat sama-sama mengambil iktibar…
InsyaAllah…:-)

[Komen balas]

wanwma komen:

Betul..baginda adalah contoh akhlak terbaik! Sering menangis mengingati baginda..Moga kita diberikan akhlak mulia seperti junjungan kita itu! InsyaAllah..

[Komen balas]








CommentLuv Enabled