Sunday , 23 July 2017
Terbaru

Masih Ramai Ibu Bapa Begini Di Zaman Ini

Soalan: SAYA berusia 20 tahun dan ada teman lelaki. Selama dua tahun hubungan, kami pernah terlanjur sehingga saya hamil dan dikurniakan anak lelaki.

Kami bercadang mendirikan rumah tangga, tetapi keluarga saya menghalang dengan alasan teman lelaki saya berasal daripada keluarga susah dan kurang berpelajaran.

Anak saya terpaksa diserahkan pada keluarga angkat bagi menutup malu keluarga. Sehingga kini saya masih berhubung dengan teman lelaki, tetapi ibu dan ayah memberi amaran mereka tidak akan merestui perkahwinan saya jika saya tetap berkeras mahu mengahwini lelaki berkenaan.

Saya buntu dengan keputusan keluarga. Saya tidak faham rasional di sebalik amaran itu kerana terang-terang saya ada anak dengan teman lelaki.

Saya mahu membina kehidupan baru yang diredai Allah, tetapi terlalu banyak halangan.

Apa harus saya lakukan?

TERTEKAN- Kedah

Jawapan:

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tiada yang lebih baik bagi dua orang yang bercinta melainkan perkahwinan.” Pada ibu bapa, jika benar beriman pada Tuhan, kahwinkan anak yang ada masalah seperti ini dengan segera.

Sekarang bukan masa lagi untuk memilih darjat dan pangkat, tetapi dosa berzina lebih ditakuti daripada perkara lain.

Jika sudah sampai berzina dan mempunyai anak, saya tidak nampak kenapa ibu bapa berkeras tidak mahu mengizinkan anak berkahwin.

Dalam hal ini, mereka yang lebih faham hal agama perlu menasihati ibu bapa supaya tidak berkeras dengan keputusan mereka. Restu mereka mesti daripada restu Allah dan Allah tidak pernah merestui zina lelaki dan wanita.

Bagi saudari yang inginkan keredaan Tuhan, ingatlah saudari pernah juga mengundang murka Tuhan dengan perbuatan zina. Keredaan Allah juga bermula daripada keredaan ibu bapa.

Adalah lebih baik berterus terang dengan ibu bapa dan nyatakan hajat saudari dengan jelas, insya-Allah Tuhan akan membuka hati mereka.

Difailkan dalam: Dosa, Jodoh & Cinta, Perkahwinan, Taubat

Sumber: Nursyirah

4 comments

  1. rasanya sikap ini harus di buang… bagi ibu bapa kena peka pada arus zaman… sekadar pendapat

  2. sy jga mengalami mslh yg hmpir sma dgn bf sy.. (cuma kmi x pnah melakukan pebuatan itu)…
    sy x fhm knpa ibu & kakaknya x suka sy, walhal x pnah jumpa pon.. sy sedih bila membaca msj2 dr kakaknye yg menghalang perhubungan kmi smpai sggup putus hbgn keluarga.. ibunya pula sering menyalahkan dia ats setiap perkara yg terjadi, walaupun ianya xde kaitan ape2.. semuanya sbb sy….. smpaikan dituduh mengamalkan ilmu hitam krn anknya sgt menyayangi sy.. sedih bila dtuduh mcm tu.. apa pon, sy cuma redha & pasrah dgn takdir Tuhan…

  3. Thank you for the sensible critique. Me and my neighbor were just preparing to do a little research on this. We got a grab a book from our local library but I think I learned more clear from this post. I’m very glad to see such great info being shared freely out there.

  4. I’m experiencing some small security issues with my latest blog, and I’d like to find something safer. Do you have any suggestions?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*