Sunday , 23 July 2017
Terbaru

Luahan Rasa Berdosa Seorang Pemuda Kepada Ulama

Seorang pemuda yang kebetulan dapat hadir ke majlis seorang ilmuan Islam di Morocco telah meluahkan perasaan kepada ulama tersebut serta hadirin. Tajuk yang disentuh dalam majlis tersebut ialah bagaimana para pemuda dapat bergerak memberikan sumbangan dalam keadaan masyarakat yang kini jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Luahan pemuda ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya rasa mungkin kalian juga. Ia sangat signifikan untuk dakwah.

httpv://youtu.be/pu0ZUZCjDX0

Berikut adalah luahan beliau:

“Saya mengaku bahawa saya telah banyak melakukan dosa!”

“Sekarang saya berada di sini. Dan saya suka jika tuan dapat melakukan beberapa doa.”

“Saya telah melakukan dosa-dosa yang tuan tidak akan berani untuk fikir mengenainya.”

“Saya adalah seorang pemuda dari Boujdour. Saya adalah anak kalian semua. Saya telah pun meninggalkan dosa-dosa itu.”

“Sampai bila para pendakwah hendak berselindung di sebalik tabir??!”

“Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tidak dilindungi dari godaan-godaan, yang mana itu semua akan menimbul keinginan kita semua?!”

“Saya pernah duduk di dalam kelas yang mana di dalamnya terdapat gadis yang secara terbuka menayangkan sebahagian besar bahagian tubuhnya.”

“Apabila saya keluar (dari kelas itu) pula, saya cuma dapat melihat perkara-perkara yang membuatkan syaitan senang untuk mempermainkan saya.”

“Tiada dosa yang saya tidak pernah lakukan.”

“Saya tidak katakan tiada orang yang membimbing saya. Saya tidak salahkan para pendakwah.,,”

“Saya salahkan diri saya! Saya salahkan diri saya! Saya salahkan diri saya sendiri!”

“Sekarang saya melihat tuan-tuan semua di sini. Apa yang perlu saya buat? Apa yang saya boleh buat?”

“Saya ke sini secara kebetulan sahaja. Seorang rakan sekerja saya memberitahu saya bahawa pada hari ini akan ada seorang ulama di sini.”

“(Sebenarnya) saya berasa berat hendak meluahkan dengan kata-kata yang betul.”

“Rakan sekerja saya itu telah menunjukkan beberapa filem dari ulama tersebut di dalam internet. Saya tak pernah melihatnya sebelum ini…”

“Sebabnya bukan saya tidak tahu menggunakan internet.”

“Masalahnya ialah pada setiap laman web kita akan melihat banyak (wanita-wanita) yang bertelanjangan.”

“Tidak ada tempat yang boleh saya lihat/baca walau satu ayat al-Quran.”

“Bagaimana tuan mahukan saya hidup dalam keadaan terbimbing dalam keadaan dunia ini penuh dengan perkara-perkara tidak bermoral?!”

“Semuanya menjurus kepada yang haram!!! Tiada pun yang dapat membimbing kita kepada perkara yang baik!”

“Semalam, saya baru sahaja mulai solat dan umur saya sekarang sudah pun 25 tahun!!!”

“Saya dah tak tahan dengan keadaan ini!”

“Dan saya bukanlah hanya seorang sahaja begini. Ini adalah situasi saya yang saya ceritakan pada tuan…”

“(Dan) inilah adalah situasi ribuan lagi pemuda-pemuda di Morocco!!”

“Tuan bercakap tentang dosanya seorang pendakwah jika pendakwah itu mendiamkan diri dan tidak berdakwah kepada orang lain!”

“Apa pula akan jadi pada saya?? Apa yang akan saya bawa bersama saya pada Hari Akhirat nanti??”

“Apakah destinasi terakhir saya wahai tuan-tuan sekalian??!”

Menginsafkan!

ALLAHU AKBAR! Nastaghfirullah! Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa pemuda ini dan menetapkan beliau di atas jalanNYA. Buat kita semua juga, amin…

Betapa ramai di luar sana yang masih lagi terkapai-kapai dengan kemanisan dunia yang penuh kepalsuan. Kebanyakan mereka bukan sengaja mahu berada di dalam situasi begitu. Ada yang dibesarkan dalam persekitaran yang kurang baik, ketiadaan orang yang datang mengajak kepada kebaikan, godaan media dan rakan-rakan serta macam-macam lagi faktor.

Mereka mahukan kebaikan sebagaimana kita dan orang lain yang sedang mengecap kebaikan agama. Mereka mahu! Jauh di dalam lubuk hati mereka, mereka mahu. Itulah fitrah manusia.

Walaupun video ini memaparkan luahan dan rayuan seorang pemuda kepada orang alim, namun kita yang bukan alim ini juga harus sedar dan turut ambil peranan untuk sama-sama membantu orang-orang di luar sana yang masih sibuk dengan keenakan dunia dan terlalu asyik sehingga lupakan agama.

Video ini telah mengetuk diri saya. Saya harap ia mengetuk kalian juga.

Kerja kita banyak! Mereka bukan sengaja mahu terus hidup dalam kesesatan. Jumpailah mereka dan dakwahilah mereka!

Sebarlah kebaikan. Perbanyakkanlah kebaikan. Semoga kebaikan-kebaikan yang kita sebarkan bisa menyentuh hati-hati insan di luar sana mudah-mudahan. Semoga ALLAH pelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com

One comment

  1. Saifuddin Aqmar

    Assalamualaikum, saya minta share dan menggunakan sebahagian terjemahan. JZKK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*