Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

Kita Bukan Selalunya Kuat

Betullah…kan, kita bukannya selalu kuat, ada kalanya kita dibelenggu pelbagai masalah, adakalanya macam-macam dugaan datang dan ada kalanya kita rasa seolah-olah tidak berguna langsung. Segala rancangan dan tindakan kita seolah-olah satu pun tidak berguna. Ia seperti sia-sia sahaja.

Saya masih ingat seorang pakar motivasi yang saya minati iaitu ANTHONY ROBBIN pernah ditanya, bagaimana beliau boleh kekal gembira dan kelihatan bahagia sentiasa? Adakah beliau tidak punya masalah? Kata beliau, tak juga…

termenung

Cuma bezanya apabila beliau menghadapi masalah, beliau tahu bagaimana untuk mengatasinya. Sama seperti orang lain, beliau juga terasa ‘sakit’ dan ‘pedih’ dengan dugaan yang melanda, tapi harus diingat, dugaan itu bukanlah untuk selamanya.

Seandainya kita menghadapi masalah, memang kita akan sentiasa memikirkan masalah tersebut. Sebenarnya perbuatan ini hanya akan membebankan fikiran kita. Adalah lebih baik kita tinggalkan ia sementara dan fikirkan perkara lain. Anthony Robbin sendiri keluar berjoging apabila fikiran beliau bercelaru.

Yela, masalah kita kadang2 hanya untuk sebahagian dari hidup kita jer, bukan semua. Kadang2 masalah tu datang dari tempat kerja, kadang2 masalah rumah tangga, masalah cinta, masalah kesihatan, masalah pelajaran dan sebagainya. Jarang sekali ia berlaku seretak, jika berlaku pun mungkin hanya 2 atau 3 masalah dalam 1 masa.

Sebagai contoh, kita mengalami masalah rumah tangga sehingga terpaksa bercerai-berai, dalam masa yang sama juga ada masalah kewangan. Namun kita masih perlu ingat yang kita masih ada kesihatan yang baik dan lain-lain kelebihan yang masih ada.

Tidak salah untuk meratapi kesedihan dan kesusahan, tapi janganlah sampai berlarutan. Selepas beberapa hari, cubalah fikirkan perkara lain, bergembira dengan rakan, makan makanan kegemaran, atau lakukan apa saja yang boleh mengurangkan fikiran kita terhadap masalah tersebut. Main game pun apa salahnya.

Ada juga orang kata, ‘Cakap senang la, nak buat tu yang susah!’. Sebenarnya inilah masalah kita. Walaupun tahu itulah langkah terbaik untuk kita lakukan, kita tetap sering memberi alasan. Ya, memang susah untuk bertindak berbanding bercakap, tapi perlukah ia dinyatakan? Tak perlu pun! Buat saja, jangan cakap banyak.

‘Memberi alasan adalah tindakan terbaik untuk mengecewakan diri sendiri!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*