Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

Job Overload

Sekarang pukul 1:55pagi, saya masih tak leh tido kerana jiwa ni tak tenang…bukan sebab teringatkan awek ( dia pun bukan nak ingat kat kita pun), tapi kerana memikirkan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa 1 minggu ni.  Atas sebab ini saya berjaga malam ini untuk memastikan keadaan kerja saya esok lebih teratur dan tersusun rapi.

Job Overload atau dalam bahasa melayu rojaknyer, kerja bertimbung atau melebihi had memanglah suatu lumrah yang tak dapat tidak, semua orang akan menghadapinya, kecualilah orang itu memang biol sampai tak de sape pun nak bagi dia kerja. Keadaan ini boleh menyebabkan kita lemah semangat dan tak bermaya. Saya pernah baca sebuah komik strip, seorang pekerja bertanya kepada bosnya:

‘Bos, apabila saya ada terlalu banyak kerja sehingga tak tau nak buat apa, adakah baik kalau saya tak buat apa2? Atau lebih baik saya tenangkan fikiran dengan bermain game, bersembang dengan rakan sekerja dan makan sepuas-puasnya?’

Si bos menjawab,  ‘Ehem…bukankah itu keje kau selama ni?’

job overload

Saya pernah mengeluarkan artikel bertajuk Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar. Memang kita menghadapi kerja yang bertimbung dan melebihi had, tapi apa gunanya memberi alasan, walau pun benar…ia tetap adalah sebuah alasan, tiada apa yang boleh diselesaikan. Kalau begitu mari kita semak apa langkah yang boleh kita lakukan!

Saya suka satu istilah yang diajarkan kepada saya oleh seorang mentor yang amat saya hormati, katanya…bila kamu sesat dan hilang arah tujuan, apa yang perlu kamu lakukan ialah kembali ke pangkal jalan atau dalam bahasa englishnya, BACK TO BASIC!

Ya, Back to Basic..semak balik kenapa sebenarnya kerja kita bertimbung? Mungkinkah kerana kita suka bertangguh? Kalau ya, perbetulkan sikap ini. Langkah seterusnya ialah membuat senarai semak. Tuliskan semua kerja yang perlu dilakukan dan bahagikan pecahan untuk tugas-tugas kecil. Seandainya perlu, agihkan sedikit kerja-kerja itu kepada orang-orang yang boleh membantu.

checklist

Inilah yang sedang saya lakukan malam ini, saya tulis semua kerja yang perlu saya lakukan dan membuat tajuk-tajuk kecil untuk setiap tugas…ah, ia nampak semakin jelas dan…oh tidak, nampak semakin banyak kerja yang perlu dilakukan…hahahaha…memang inilah yang akan berlaku sekiranya memang kerja kita tu banyak. Namun ia lebih baik disenaraikan kerana kita boleh nampak dengan jelas manakah kerja yang dah siap dan mana kerja yang belum dibuat. Ia menjadi lebih senang untuk diatur dan diuruskan. Berbeza dengan hanya mengingat atau menyimpan maklumat itu semua dalam kepala kita, ia akan membuatkan kita pening dan rasa macam malas buat apa2 pun. Yelah..nak buat kerja tu, kerja ni tertunggak, nak buat kerja ni, kerja tu pulak tertunggak, tak nak buat kan dua-dua tak siap, bila buat fikiran tak tenang sebab dok pikir kerja yang satu lagi, last2 apa pun tak buat! Wo…jangan jadi macam tu, bahaya! Dengarlah nasihat saya, ambil kertas dan pen, tulis semua tugas yang perlu dilakukan! Dan buat satu-satu dengan tenang!

Selamat mencuba!

7 comments

  1. Assalamualaikum WanWMA. Posting yang menarik; “Back to Basic”. Saya setuju 100%.

    Saya selalu ziarah dari blog ke blog. Sedikit kesimpulan yang saya dapat buat ialah, seorang blogger kebanyakannya mempunyai bakat menulis. Menariknya lagi mereka mempunyai mempunyai keahlian dalam bidang masing-masing.

    Melihat kepada penemuan di atas, saya selalu berfikir, bagaimanakah agaknya untuk transform kemahiran dan bakat itu menjadi sesuatu yang lebih produktif? Tidak terbatas untuk mendapat pulangan $$$ sahaja..

    Inilah perkara yang sedang saya fikir dan usahakan. Saya melihat, langkah pertama adalah kita mesti mempunyai satu komuniti yang mempunyai visi yang sama.

    Atas alasan itulah idea “sehari seorang kawan ” tercetus.

    Sasaran saya adalah untuk membentuk sekurang-kurangnya 100 orang network. Bilamana wan melihat idea ini sebagai sesuatu yang positif, saya mohon wan sebar-sebarkan idea ini ye…supaya cepat sasaran 100 orang itu tercapai. Maka projek pertama boleh segera kita mulakan.

    Salam ceria dari Fathuri.com
    .-= fathuri menulis diblognya tentang.. Sehari seorang kawan (updated) =-.

    • Oh…fathuri rupanya…seorang rakan baru dalam dunia blogger ni! Ehem…jangan bimbang, saya akan sebarkannya nanti, idea itu memang sesuatu yang positif dan sangat baik untuk dikongsikan!

  2. back to basic…huhuhu ayat ini selalu disebutkan oleh Leader saya
    em..sy setuju..bila kerja dah banyak sangat..menimbun2 sy sangat malas nak mulakan mana2 kerja pun..huhu
    dan selalu nya semua nya saya buat taktau..
    hoho…what a bad attitude
    adoi…sy perlu jadi lebih berdisiplin
    .-= teh menulis diblognya tentang.. Pesta Flora Putrajaya =-.

  3. Salam wan,
    Saya pun seorang yang sangat2 suka tangguh kerja. Sampai skang dah betimbun keja dah pening kepala macam mana nak handle.adoi. Skang nak buat “to do list” macam bro ajar tuh…tengok macam mana hasilnya. Anyway, tips yang sgt bagus 🙂
    .-= Mantra menulis diblognya tentang.. Convo Fair UTP =-.

  4. tangguh keje la best! baru nikmat buat keje terasa bila sampai dateline! wahahahaha
    🙂
    .-= agusted menulis diblognya tentang.. How to be Skinny in just 7days? =-.

  5. jadi bos kerja lagi serabut…………
    .-= safar menulis diblognya tentang.. Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*