Tuesday , 27 June 2017
Terbaru

Idea Buat Duit-2.1

Ehem..artikel pertama dari saya untuk tahun 2010 dimulakan dengan cara buat duit lagi! Hohohoho..semoga pembukaan artikel tentang cara buat duit ni mampu memberikan saya dan anda duit yang lebih comel dan banyak gitu! Huahahaa..cakap pasal duit ni memang ramai orang suka! Betul tak?

Mana taknya, kalau kita tak cari duit, bank pulak sibuk cari kita mintak duit! Macam la banyak sangat hutang kita dengan bank tu kan…kepada pihak bank, halalkan saja la hutang2 kami tu..huahahaha…banyak cantik muka kau!

Hohoho…oleh sebab bank tak sudi halalkan hutang kita, kita kena la cari duit lebih! Bayar hutang tu wajib, kalau tak ada duit macam mana nak bayar? So, jangan la rasa duit ni hanya untuk dunia semata-mata. Tapi carilah ia untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ada banyak duit, lagi mudah untuk kita membantu orang! InsyaAllah..

am-postdock-now-i-has-many-many-money-now

Baik, kali ini kita akan bincang cara buat duit untuk mereka yang mengalami beberapa masalah untuk berniaga. Semua orang tahu bahawa perniagaan adalah cara yang paling baik untuk menghasilkan wang. Namun tak semua orang pandai berniaga, tak semua orang ada masa untuk berniaga dan tak semua orang ada wang atau modal untuk berniaga. Faktor-faktor ini kadang2 mambantutkan hampir 99 peratus usaha kita untuk berniaga. Jadi bagaimana untuk kita menghasilkan wang dengan perniagaan jika mengalami masalah seperti ini? Jom kita terjun ke dunia Idea!

Apa sebenarnya faktor penting yang diperlukan untuk berniaga? Saya senaraikan 3 faktor utama yang paling penting dalam membina sebuah perniagaan:

  1. Masa
  2. Wang
  3. Produk

Inilah 3 faktor penting untuk memulakan perniagaan. Ingat, ‘untuk memulakan perniagaan’, saya tak kata ‘untuk berjaya dalam perniagaan’. Kalau nak berjaya dalam perniagaan itu lain pulak ceritanya.

Saya yakin ramai pembaca blog ini terdiri daripada pekerja makan gaji berbanding peniaga atau usahawan. Sebagai pekerja tentu anda mempunyai minat untuk menghasilkan wang tambahan dari pelbagai sumber. Begitu juga dengan para peniaga atau usahawan. Anda tahu perniagaan adalah salah satu cara terbaik untuk menambahkan pendapatan. Tapi anda mungkin tidak dapat berniaga dengan baik  kerana kekurangan salah satu dari 3 faktor di atas.

Kepada pekerja makan gaji, anda tentunya mengalami masalah masa. Tidak ada masa untuk anda berniaga, namun anda ada wang untuk  diniagakan. Jika buat masa ini anda tiada wang sekalipun, ia bukanlah masalah utama kerana wang boleh disimpan dan dikumpul untuk berniaga. Tapi masa bagi anda memang suatu yang amat terhad.

Kepada peniaga kecil pula, walaupun ada masa yang banyak untuk berniaga, namun mereka tak punya wang yang banyak untuk dijadikan modal. Hal ini membuatkan mereka sukar untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Terdapat 2 istilah penting yang perlu kita faham dalam perniagaan, iaitu:

  1. OPM – Other People Money
  2. OPE – Other People Effort

OPMOther People Money atau dalam bahasa melayunya, Wang Orang Lain adalah bermaksud menggunakan wang orang lain untuk berniaga. Saya berikan contoh:

Agaknya bagaimana skim cepat kaya boleh berkembang begitu cepat? Mereka sebenarnya menggunakan OPM dan merekabentuk sebuah sistem aliran wang. Tiada produk pun boleh buat duit. Katakan mereka meletakkan syarat penyertaan RM100, secara automatik wang itu diagihkan kepada peserta-peserta terdahulu.

Anda bayar RM100 – Wang anda seterusnya dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:

Upline dapat RM30

Upline kepada Upline dapat RM20

Dan selebihnya diambil oleh Syarikat yang tidak bertanggungjawab!

Lihat, tidak perlukan sebarang produk pun untuk menghasilkan wang! Ia hanyalah sebuah sistem aliran wang dan sistem ini menyalahi undang-undang! Bagaimanapun sistem ini masih diaplikasikan oleh sesetengah syarikat MLM dengan mengaburi mata kerajaan dan masyarakat seolah-olah mereka menjual produk. Padahal produk ini hanyalah gimik dan boneka semata-mata. Sistem ini sebenarnya dikenali sebagai Head Hunting atau Memburu Ahli. Setiap ahli yang masuk, anda dapat wang. Ingat, sistem ini menyalahi undang-undang. Bagaimanapun saya rasa penjelasan ini amat sesuai untuk menerangkan kepada anda tentang OPM.

OPEOther People Effort atau dalam bahasa melayunya Tenaga Orang Lain juga boleh diberikan contoh seperti skim cepat kaya. Anda perasan tak dalam skim cepat kaya biasanya yang sibuk-sibuk mempromosikan skim tersebut bukan pihak syarikat tetapi peserta-pesertanya sendiri. OPE menggunakan orang lain untuk menggerakkan sistem dan rancangannya. Disebabkan peserta yang mempromosikan skim tersebutlah ramai orang terperangkap. Kerana peserta-peserta itu biasanya terdiri daripada rakan-rakan dan saudara-mara terdekat kita sendiri.

Jadi apakah yang kita boleh lakukan dengan 2 sistem ini? Saya akan sambung artikel ini akan datang! Kalau-panjang-panjang sangat nanti ada orang tak larat nak baca pulak! Hohoho…jumpa lagi!

6 comments

  1. slmt pagi….info yg menarik bg org yg benar2 nak cr duit..cam sy..hehe…

  2. Macam2x cara buat duit dari internet ni ya…
    .-= kerja kosong menulis diblognya tentang.. THE TUN HUSSEIN ONN NATIONAL EYE HOSPITAL VACANCIES 2010 =-.

  3. Assalamualaikum. Terima kasih berkongsi info menarik tentang cari duit. Semua orang inginkan duit untuk menampung kehidupan yang semakin menghimpit dengan pelbagai masalah.
    .-= Motivasi Kerja menulis diblognya tentang.. Ayuh! Kita Sama Membantu =-.

  4. Skim-skim cepat kaya memang cepat je memerangkap orang kita…sebab mereka tak tau nikmat berbisnes…mereka tidak minat bisnes pun tapi mereka minat kaya cepat…harap-harap adalah tindakan untuk program macam ni

  5. kepada sesiapa yang masih tercari cara buat di internet mungkin boleh bermula dengan post ini
    http://tera-biz.com/trafik/cara-buat-duit-dengan-youtube/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*