Thursday , 14 December 2017
Terbaru

(Perniagaan) Pastikan Dua!

Dalam undian yang dibuat oleh para pengunjung blog ini, nampaknya artikel tentang perniagaan menjadi pilihan ramai. Walaupun tak ramai yang mengundi, ia dah cukup untuk menunjukkan saya perlu lebihkan artikel tentang perniagaan.

Baik, apa maksud pastikan dua di atas? Sebelum menjawab soalan ini mari kita membuat sedikit analisis. Katakan sekarang anda sedang bekerja makan gaji. Anda selesa bekerja di sana, walaupun begitu anda masih ingin memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Namun hasrat anda itu tidak sampai ke mana kerana sibuk memanjang..habis.

spareTime

Katakan pula hari ini anda tiba-tiba diberhentikan kerja secara mengejut (mintak dijauhkan perkara seperti ini, Amin)..adakah anda masih mampu tersenyum dan tak terasa ia suatu yang membebankan kerana anda telah pun mempunyai 1 lagi rangkaian pendapatan? Atau mungkin anda menjadi kelam kabut memandangkan perniagaan yang anda impikan selama ini pun tak pernah diusahakan. Ia hanya ada dalam kepala anda sahaja? Jawapan ada di minda anda!

Tidak guna sebenarnya kita bercakap tentang perkara yang kita tidak boleh  jangka atau kita kawal, tetapi itulah hakikatnya! Jika itu perkara yang tidak boleh kita kawal, apa yang boleh kita buat? Inilah sebenarnya FOKUS kita! Pastikan Dua!!!

Dalam setiap masa ada 1 kerja yang sentiasa kita lakukan. Selebihnya mungkin kita rehat, menonton TV, bersuka ria dan sebagainya…tidak kira samada anda seorang pekerja, bos, peniaga atau usahawan. Anda mungkin terjebak dalam situasi 1 kerja. 1 kerja di sini bermaksud 1 pendapatan. Bagaimana kalau 1 pendapatan ini ditutup?

Bermula Sekarang

Berdasarkan statistik yang dilakukan, terdapat kurang lebih 80% pekerja yang akan bersara bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri. Namun, 95% daripada mereka gagal berbuat demikian.

Tidak kira betapa sibuk pun anda, anda perlu bermula sekarang jika tidak mahu tergolong dalam golongan 95% yang gagal di atas. Pastikan Dua bermaksud anda pelajari/ buat/ usaha/niagakan/kembangkan sesuatu perkara lain selain dari pekerjaan anda sekarang. Sebagai contoh, jika anda seorang  pereka grafik yang bekerja makan gaji. Apa pula kerja kedua yang anda boleh lakukan? Mungkin belajar sesuatu yang baru seperti perniagaan internet, belajar memasak, rekaan hiasan rumah dan sebagainya. Atau anda mungkin boleh menggunakan kemahiran yang ada iaitu pereka grafik untuk mula membuat katalog peribadi menerima tempahan secara part time. Mungkin juga anda boleh menghasilkan kad ucapan dan hantarkan ke kedai2 untuk dijual. Apa jua yang anda lakukan, Pastikan Dua!

Sebagai contoh lagi, ketika bekerja sebagai seorang Animator, saya belajar tentang perniagaan internet. Selepas 2-3 tahun, apabila saya mahir tentang pekerjaan saya iaitu Animator, saya juga dah semakin mahir tentang perniagaan internet. Sehingga suatu masa, saya boleh berdiri sendiri untuk memulakan perniagaan internet. Sebaik saja saya melakukan perniagaan internet, saya mula belajar tentang perniagan Mobile Phone! Selepas 3-4 tahun kemudian, andaikata saya berjaya dalam perniagaan internet, saya juga sudah semakin mahir tentang perniagaan Mobile Phone! Apa yang saya lakukan ialah saya Pastikan perkara yang saya buat dalam satu masa ada DUA perkara!

Tidak perlu tindakan drastik untuk bermula jika ia hanya bertahan separuh jalan. Mula kecil-kecilan seperti belajar, mencari kenalan dalam bidang bekernaan, kumpulkan bahan, buat kajian, hubungkan ia dengan minat dan seterusnya istiqamah(konsisten) melakukannya. Jika anda sentiasa memastikan anda mendapat dua perkara dalam satu masa, anda akan dapat dua! InsyaAllah….

“The Only Difference Between A Rich Person And A Poor Person Is What They Do In Their Spare Time.”

6 comments

  1. Salam Wanwma,

    Artikel yg bagus, saya suka ayat tu:
    “The Only Difference Between A Rich Person And A Poor Person Is What They Do In Their Spare Time.”

    Terima kasih sebab berjaya mengetuk kepala saya dgn ingatan sedemikian. Best2!! 😉
    .-= kakeru menulis diblognya tentang.. Ini Suatu Berita…Pengunguman Penting! =-.

  2. Satu lagi koleksi artikel Wan yang mengetuk minda ku…Thanks wan. Thanks kad raya kartun tu sekali ye 🙂
    .-= Blog Mantra menulis diblognya tentang.. Menukar DNS Godaddy =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*