Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

2010 Tahun Apa?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ini adalah 31/12/2009 dan merupakan hari terakhir untuk tahun 2009. Esok kita akan melangkah ke tahun baru yang semestinya mempunyai corak yang berbeza dengan tahun-tahun yang sudah. Melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru, rancangan baru, kalau budak2 sekolah pulak, memang banyak pakaian dan alat tulis baru.

Orang berazam, kita berazam, orang merancang, kita pun merancang, tapi kadang-kadang tu orang berjaya, kita tak pulak berjaya cam diorang! Ada saja yang tak kena…huhu..

palnning

Berbalik kita kepada tajuk artikel ini, tahun 2010 adalah tahun apa? Usah peduli maksud tahun 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan atau kalendar, tapi apakah maksud tahun 2010 kepada anda? Adakah ia memberi maksud yang begitu bermakna? Atau anda masih samar-samar dan tidak tahu apa bezanya tahun 2010?

Sebenarnya setiap tahun kita perlu menetapkan apakah ‘Motto’ atau pencapaian yang kita inginkan. Saya berikan contoh Motto tahunan yang saya buat untuk diri sendiri:

Tahun 2008 -

Tahun untuk Belajar Cara Belajar

Tahun 2009 –

Tahun untuk Memimpin Diri Sendiri & Merobohkan Sempadan Kejayaan

Tahun 2010 -

Tahun untuk Mencapai Kejayaan

Itu adalah rancangan 3 tahun yang telah saya jadualkan untuk diri sendiri. Sehingga hari ini, Alhamdulillah bibit-bibit kejayaan yang dirancang untuk tahun 2010 sudah mula menampakkan diri! YA! Tahun 2010 adalah tahun kejayaan bagi saya! Sebenarnya saya bukan merancang laluan 3 tahun itu bermula dari tahun 2008, tetapi saya telah bermula 3-4 tahun sebelum itu. Disebabkan itu, pada 3 tahun terakhir ini, perjalanan dalam perjuangan saya semakin lancar. Syukurlah…

Saya amat yakin dan pasti, anda juga mempunyai rancangan kejayaan tersendiri. Namun ada sesetengah daripada kita tidak merancang dengan baik. Jika mahu berjaya, buat sebuah jadual tahunan, bulanan dan harian yang teliti, logik dan fleksible!

Oleh sebab anda telah membaca rancangan tahunan saya dan tahu apakah maksud tahun 2010 kepada saya, saya ingin bertanya kepada anda sekali lagi,

Tahun 2010 adalah tahun apa untuk anda?

Usah tergopoh-gapah jika baru hendak bermula. Rancangan tahunan anda semestinya tidak sama dengan orang lain. Jika esok adalah hari pertama anda ingin menetapkan rancangan tahunan, mulakan ia dengan tahun untuk anda belajar atau mengumpul maklumat. Jika anda telah bersedia, saya berikan sebuah jadual harian untuk anda gunakan sebagai rancangan harian anda!

Rancangan Harian

Bil

Utama

Tugasan

Masa

Siap

6 Prinsip Pengurusan Masa

  1. Tulis rancangan harian setiap hari
  2. Senaraikan matlamat dan tetapkan keutamaan : A, B, C, D
  3. Buat perkara ‘A’  dahulu!
  4. Guna kertas ini hanya sekali (kerja hari ni siap hari ini)
  5. Lakukan SEKARANG!
  6. Tanya diri sendiri, “Apakah perkara yang aku buat sekarang adalah perkara yang paling perlu aku buat sekarang!”

Pada bahagian ‘Utama’ letakkan keutamaan kerja yang anda lakukan. Jika kerja paling penting letakkan A, penting-B, sederhana penting- C dan begitulah seterusnya. Mulakan dengan melakukan kerja-kerja utama iaitu A.

Tulis rancangan harian ini setiap hari sebelum anda tidur. Jangan tangguh dan jangan beri alasan! lakukan sekarang!

Semoga berjaya melaksanakan rancangan harian anda dengan sempurna. Kejayaan merancang dan menjadualkan rancangan harian anda dengan baik membantu anda merancang rancangan bulanan dan tahunan dengan lebih sempurna!

Wallahualam.....

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Daripada Blog ini Terus ke Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Ditulis pada 31 December '09 oleh wanwma, dalam kategori Motivasi.

11 Comments to “2010 Tahun Apa?”

31.12.09 at 12:17
Posted by wahabyunus

Salam….WanWMA

Begitulah biasanya setiap menjelang tahun baru masing-masing tersedar apakah pencapaian 2009 dan berangan nak mula azam baru 2010.

Tapi pada saya yang penting apakah perubahan positif pada diri sendiri. Adakah sikap kita berubah kepada lebih baik setiap hari.Hari ini lebih baik dari semalam.

Amal ibadat kita lebih sempurna dari semalam itu yang lebih penting, kerana setiap hari kita akan menjengah hari tua.Semakin hari semakin matang, bukan semakin kalut melakukan kesilapan yang sama setiap hari.

Azam sesuatu perkara adalah sesuatu yang positif namun harus dituruti dengan pelaksanaan.Hanya orang yang fokus dan mempunyai komitmen yang tinggi mampu melaksanakan azam baru tersebut.Bukan hangat-hangat tahi ayam lepas seminggu entah kemana.Begitulah saban tahun berganti azam.Namun kita masih ditahap yang sama.Dok tang tu je.

Apapun semuga kita semua dirahmatiNya.Semuga wanwma dan anda semua terus maju jaya.

SELAMAT TAHUN BARU.

[Komen balas]

wanwma komen:

Betul..setuju dengan saudara Wahabyunus! Saya doakan kejayaan juga buat tuan di sana! InsyaAllah…

[Komen balas]

01.01.10 at 13:07
Posted by kakeru

Salam Wan! Happy New Year!!
Jadual tu bagus. Saya pun dah lakar jadual yang lebih kurang camtu, tapi masih kureng sistematik. Rasanya jadual Wan ni lebih mudah, nanti saya apply ya.

Sebelum tu nak tanya, column utama tu utk letak apa? Objektif utama yang kita nak lakukan ke apa? Bagus juga ada siap letak syarat macam tu eh..hoho.. Takleh recycle kertas utk hari esok la eh..hihi.. ;)
kakeru menulis diblognya tentang.. Plan 2010: Act as It Couldn’t Fail! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

kat column utama tu kira cam priority. Letak huruf A, B, C atau D bergantung kepada keutamaan sesuatu tugas. Lakukan tugas A dahulu sebelum tugas2 berikutnya..huhuhu..

Semoga berjaya Kakeru, saya pun sedang usaha ni! hehehe..

[Komen balas]

kakeru komen:

Oh, macam tu eh. Kena letak mcm benda penting tapi segera, penting tak segera, tak penting tapi segera dan tak penting dan tak segera la kut. Tapi ikut priority kita la gak kan? Hehe..thanks.

Just nak ingat sambil mengaplikasikan ilmu. Berusaha! Berusaha! ;)
kakeru menulis diblognya tentang.. Plan 2010: Act as It Couldn’t Fail! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

Betul Kakeru, seperti yg diperkenalkan oleh Dr. Stephen R. Covey dalam bukunya – First thing first..

Huhuhu..samangat ni!

05.01.10 at 14:37
Posted by kakeru

Wan, saya dah siap taip n fotostat sheet macam yg awak cadangkan dalam entry ni. Bagus gak, kurang2 saya lebih alert dan bersedia utk setiap kerja setiap hari. Berusaha, berusaha!!

Terima kasih :)

p/s: doakan saya supaya saya buat secara istiqamah ya!
kakeru menulis diblognya tentang.. Plan 2010: Act as It Couldn’t Fail! My ComLuv Profile

[Komen balas]

wanwma komen:

InsyaAllah Kakeru..sejak lama dulu orang yg sentiasa saya tgk perkembangannya dlm dunia online ni ialah Kakeru!

Saya yakin Kakeru boleh berjaya mencapai cita2 kakeru! Chayok! Chayok!

[Komen balas]

kakeru komen:

Hoho..terima kasih Wan. Boleh jadi pemantau terulung abad ini nih..mwahaha.. Nanti saya bagi kuasa hikmat naga sakti tahap dewa kat Wan (ini tipu..ahah..) sbb selalu bg sokongan pada saya.

Terima kasih Wan ;)

[Komen balas]

wanwma komen:

Hahaha..hikmat naga sakti, best tu! Saya suka bagi sokongan kat kakeru sebab sy tgk kita punya perjalanan dalam dunia online ni hampir sama…

masa sy bermula dlm dunia online ni, sy tak kenal ramai org..hanya kenal 2-3 org je, dan antarnya adalah Kakeru..walau tak selalu berhubung, tp sy perasan yg Kakeru pun masa tu baru bermula..sy rasa mcm ada kwn yg sama dgn sy..hehehe..

Kejayaan Kakeru kebanggaan saya! Teruskan berusaha!

03.03.10 at 12:05
Posted by Suri

salam..
semoga tahun 2010 adalah tahun yang memberkan wan seribu kejayaan,moga apa yang diimpikan mjadi satu realiti..kejayaan ;)
Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

[Komen balas]








CommentLuv Enabled