Sunday , 22 October 2017
Terbaru

Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri

Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak.

 Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”  

Kata-katanya lagi;  “Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”

Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan ini perlulah berkerjasama untuk menghiburkan hati masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa. Di bawah ini disenaraikan tip-tip yang patut diamalkan bersama:

  1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.

Sumber.

3 comments

  1. Salam Sejahtera..

    Saya ingin bertanya bagaimana untuk membantu menyelesaikan masalah rakan saya dimana suaminya enggan membenarkan isteri yg telah diceraikan untuk mencari kehidupan sendiri…alasan yang sering digunakan adalah bekas isteri tidak bekerja dgn itu anak2 akan diambil dari isteri. Mereka masih dalam tempoh edah dan masih tinggal serumah..dan isteri enggan rujuk.

  2. Entry yug sangat bagus. Mohon share di blog saya ye…

  3. Entry yg sangat bagus. Mohon share di blog saya ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*