Sunday , 23 July 2017
Terbaru

Saya Nak Kahwin, Tetapi Tiada Calon, Apa Nak Buat Ya?

Mungkin anda pernah mendengar keluhan seperti tajuk artikel ini dari kawan-kawan anda atau mungkin anda sendiri pernah meluahkannya? Dalam artikel kali ini kita ingin membincangkan sendikit tentang hal ini.

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita rungkaikan dari kenyataan tersebut. Biasanya orang meluahkan kenyataan tersebut setelah ditanya “Bila mahu kahwin?”. Ramai yang memberikan jawapan seperti di atas sebagai jawapan pantas supaya tidak panjang cerita. Hakikatnya dirinya sendiri yang belum bersedia menerima kehadiran seorang calon pasangan hidupnya.

Jika begitulah keadaannya maka tiada sesiapa dapat membantu. Diri sendiri perlu diperbetulkan dan dianalisis kembali. Tanya kepada diri apakah perkara yang belum dilengkapi untuk bersedia menerima seseorang sebagai pasangan hidup. Lengkapkan ia dengan segera dan carilah calon. Adakala perkara itu bukan perkara besar, ia hanyalah disebabkan hati yang terlalu mengidamkan kesempurnaan. Berlembutlah, berbicaralah dengan hati supaya lebih terbuka dalam memilih calon.

Tidak Pernah Couple

Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tiada calon pasangan ialah kerana beliau tidak pernah couple. Ini adalah hal yang baik, Islam tidak menuntut umatkan supaya berdua-duakan dengan pasangan yang bukan mahram.  Namun sehingga satu saat kita perlu berubah. Berubah untuk mula mencari pasangan hidup. Bukan mencari kekasih semata-mata. Carilah dengan cara yang diajar dalam Islam. Intai dan jengok-jengoklah seseorang yang bagus agamanya, baik akhlaknya dan terasa selesa seandainya bersama. Sapa dirinya dengan baik atau minta pihak ketiga membantu. Setelah senang dengan caranya, nyatakan hasrat hati. Andai terikat, Alhamdulillah. Jika terlerai, syukur juga kepada Allah kerana mungkin terdapat insan yang lebih baik untuk kita.

Putus Cinta

Ramai orang yang mengalami masalah ketiadaan calon adalah kerana putus cinta dengan kekasih lama. Sesetengah orang bukan putus cinta sekali, tetapi berkali-kali. Dalam keadaan ini seseorang itu mungkin akan hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan tidak mahu dikecewakan kali kedua. Beliau tidak berani menaruh harapan lagi.

Adakala kita melahirkan rasa kecewa untuk menzahirkan rasa itu kepada si dia. Sebenarnya tiada sesiapa yang rugi dengan sikap kita itu melainkan kita sendiri. Atas dasar apa kita tidak mampu melupakan kekasih lama? Jawapannya kerana kita mencintainya kerana dirinya semata-mata tetapi bukan kerana Allah. Seharusnya cinta yang dipupuk ditautkan kepada Allah, barulah kita sentiasa bahagia samada bersama atau berpisah.

Bersihkan hati, perbetulkan niat dan teruslah mencari calon dengan niat untuk hidup bersama, bercinta dan berbahagia kerana Allah.

Sejarah Silam

Dalam sesetengah keadaan, seseorang individu itu mungkin pernah bercinta, pernah bertunang, pernah berkahwin dan mungkin juga pernah berkahwin berkali-kali tetapi hampir semuanya menghampakan. Kini dirinya sendirian kembali sehingga kadang-kadang terdetik di hatinya “Lelaki/perempuan semuanya sama! Tidak boleh dipercayai, tidak berguna & tidak boleh diharap!”.

Hakikatnya bukan begitu. Tetapi sayangnya kita sendiri yang mencari orang yang berpewatakkan sama. Seharusnya kegagalan kali pertama membuatkan kita lebih pandai untuk menilai dan memilih yang lebih baik. Tetapi kerana kita menyukai ciri-ciri wanita atau lelaki idaman yang sama sepertimana pasangan kita yang lama, maka kita memilih orang yang salah berkali-kali. Sabda Rasulullah, “Pilihlah yang beragama & kamu akan berbahagia!”.

Kekurangan Diri

Tiada calon bagi sesetengah orang bukan kerana beliau tidak menyukai sesiapa, tetapi tidak berani menyatakan hasrat hati kepada orang yang disukai kerana kekurangan diri. Boleh jadi kekurangan itu kerana pendapatan, mungkin juga kerana sedikit kecacatan, sejarah silam yang hina, rupa yang kurang menawan dan seumpamanya.

Ya, tidak semua orang bernasib baik dan miliki semua sifat yang disukai orang lain. Namun itu tidak bermakna orang-orang ini tidak layak mengecapi bahagia sebagaimana orang lain. Kebahagiaan itu perlu dicari dan diusahakan. Bukan hanya dengan berharap. Usah berputus asa, teruskan usaha mencari insan yang sesuai. Allah akan sentiasa membantu.

Selepas ini usah berkata “Tiada calon!” tetapi katalah “Sedang mencari calon!”. Jika berkata tiada calon, maka orang agak sukar menghampiri kita kerana kenyataan itu menggambarkan seolah-olah kita terlalu memilih. Sebaliknya kenyataan sedang mencari calon itu membuka ruang kepada orang ramai untuk lebih mendekati kita. Jika tidak menemui orang yang menawarkan diri, InsyaAllah akan berjumpa dengan orang yang sudi membantu.

59 comments

  1. salam..tu la…x penah couple…so, sedang cari calon ni….di samping muhasabah diri sendri…

  2. Macm mane kalu malu nk bgtau ye?

  3. sejarah lalu yg membuatkan seseorang tidak boleh menerima seadanya..

  4. bersabarlaaa bykkn solat tahajud

  5. still waiting n searching:)

  6. Dlu ade lelaki sukakan sy. Tp dia pemalu. Tak suka terus terang. Harapkan org tgh. Yg sy pulak mmg suka kt dia dan menunggu dia yg mulakan sbb sy pompuan. Dua2 tanak mulakan dlu. Last2 lelaki tu kawen sbb dia kata sy sombong. Frust!

    Skrg sy kenal ngan sorg lelaki. Dia mcm nk ngorat sy. Sy sukakan dia. Taknak pisang berbuah 2kali, sy berterus terang. Tetapi dia kata dia tak bersedia. Frust Lagi!

    Ape nak buat?

    • jangan putus asa..mungkin disetiap yg berlaku ade sesuatu hikmah dan pengajarannya yg boleh kita dapati apabila direnungi..
      InsyaAllah satu hari ni.. apabila tiba masa yg ditetapkan, akan berlaku la pd kita..
      mungkin org yg kita suka tu mmg antara yg terbaik, tapi mungkin ada lagi yg lebih sesuai dgn kita yg mana apabila bertemu akan menjadi lebih baik bt keduanya..sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui ape yg terbaik buat hambaNya.. 🙂
      Semoga Allah akan mengurniakan yg terbaik disisiNya buat kita.. insyaAllah.. 🙂

    • boleh x kita cuba berkenalan manalah tahu ada jodoh kita kalau niat baik insyaAllah tiada kesulitn pon

    • macam mana awak luah perasaan awak eh? sy mmg pemalu. tak pernah offer diri berkenalan dgn lelaki sbb biasanya lelaki yg hulur perkenalan tu. kalau pasal suka pon lelaki yg mula dlu. sy ni takde lah suka kt sesapa sbb msti ada je yg tak kena pd mata even lelaki tu dh confess. sy teringin jugak nak cuba approach lelaki, tp sy tak thu caranya. sbb bila yg dtg asyik tak kena je. sy nak cuba cari sndri lah pulak hihi

  7. no name..kesian nye awk..sabar la ye..
    sy pun kena mcm awk jgk..
    nak wat mcm mane..redha jela..
    mungkin die bukan yg terbaik untk kite..
    allah nak bg lagi baik lagi..tol x???

  8. saya ad mmbaca bhw segalanya dh ditulis sms kt dlm prut ibu 4 bulan,termasuklh khwn n cerai,klu kt ditakdirkan brkhwn pastu cerai….dn tk ditulis untk khwn lg sampai mati,tp kita nk sangat khwn, slalu doa agar tuhan percepatkn jodoh kita…mcmmn pulak klu dh ditulis mcm tue……

  9. pengalaman kecewa dalam perhubungan begitu menyiksakan..oleh kerana itu bukanlah jadi satu isu jika jodoh saya pernah berumahtangga..kita cuba untuk mengharmonikan rmhtgga berbekalkan dgn pemgalaman yg lepas …

  10. uwais bin Abdul Rahman

    Dia mencintaimu melebihi yg pernah mencintaimu,
    Dia merinduimu melebihi yg pernah merinduimu,
    Dia membelaimu melebihi yg membelaimu,
    Dia memaafkanmu melebihi kemaksiatanmu,
    Dia melindungimu melebihi yg melindungimu,
    Dia suapkan rezeki melebihi yg pernah menyuapmu,
    Malah dia kirimkan ibu dan ayah buat menghiburkanmu,
    Mana mungkin Dia biarkan dirimu sendirian,
    Akan tiba suatu ketika Dia sampaikan sekeping hati buat azimat kehidupanmu.Tinggi sungguh cinta Allah.

  11. mak suh khwin awal..umo 18 dh suh khwin….msalah family punye pasal….ksian kat mak…..tp xjumpa calon lah….mls nk pilih2 sgt…tp kna pilih jgk laa….asal kaki msjid,kuliah,tunai tggjwb…ok la tuh T_T
    …huhuhu…sdih plak….YA RABBI,hmba mohon temukanlah jdoh hamba cpat2….insyAALLAH…

  12. Assalamualaikum. saya sabahan. sebenarnya saya tk memilih sgt.tp bila tanya mak, klu bleh crlah yg dekat.nk jenguk senang katanya.tp saya slalu dipertemukan dengan org seberang. kdg2 bingung bagaimana harus mencari jln pertengahan yg baik. dh banyak org dr seberang yang tanya,tp saya tolak mentah2.huhuh…apa jalan penyelesaian yg harus di lakukan? harap dapat diberikan pendapat

  13. assalam..
    masalah sy lebih kurang cam yang lain jugak..
    saya dah 23 tahun dan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tapi belum lagi bertemu jodoh..
    saya tak kisah jodoh mcm mana pun asalkan jodoh yang baik dari Allah.. tp blm jgk btemu jodoh.. keluarga saya pun dah cari macam2 calon utk saya, tp xder yang kekal.. xpernah saya memilih jugak.. kalau rupa paras tue, insyaAllah sempurna Allah ciptakan saya, tapi stakat nie xder pun orang berkenan dengan saya.. macam2 yg orang cakap, cthnyer mak tanam uri dlm sgt la, sbb tue orang tak prasan.. harap dapat diberikan pendapat dan cara supaya saya dipercepatkan jodoh.. trima kasih..

  14. Salam, sy sedg mencari teman utk dijadikan suami. Sy pernah mpunyai tman lelaki ttp hanya menganggapnya sbg teman biasa dan kami putus sblm sy tamat belajar. Sy mencari seorg lelaki yg bersifat sederhana dan menerima sy walau mcm mane keadaan sy sekalipon.. Good luck to ur guys and girl. Kita sentiasa diberi peluang utk cari yg terbaik utk diri kt..semoga seseorg yg beriman dan dpt membimbg kita kelak..

  15. Assalamualaikum..

  16. Assalamualaikum…sy tk pernah rase mcm mna ad kekasih .sbb sy ni seorng permalu dngn perempuan

    • Sya pon pemalu jugak ngan kaum lelaki ni. Tpi kite still leh kenal kan. Mcm mne ek nak kenal. Hehehe… saya suke org lelaki yg bersifat pemalu.Mcm awk luqman.

  17. Klu mtk tolong org ketiga, mcm mne care nye? Org ketiga sape ye? Kwn dia ke? Sebab malu nk bgtau sendiri…

  18. Apabila ad org mengatakan tngk lh dulu klu ad jodoh kot… Jd ape mknanya yg sebnr ni??? Sy pn jd mcm blur dh nk mikir…. Klu taye berkali kali takut lain pulok jd…. Tp kalu diam x tahu… Mcm mne nk buat klu ad org kata mcm tu ye????

  19. Masalah mecari pasangan hidup ini susah juga ya WECHAT ID:FITRI110099

  20. Terfikir nak kwin. Tp bila fikir balik mana nak cari calon?puas round u tp xjumpa2 jgak..haha

  21. Ye benar bila umur dah meningkat nie tengok rakan2 ramai yg dah menikah, ada yg dah one step forward n Kita nie bayang2 bulu hidung pun tk nampak lg hahahaha. I feel like a loser sometimes. Apa2 pun semua nie ketentuan Dia kan. Doa yg terbaik kawan2 inshaAllah! 🙂

  22. sy putus tunang baru2 ni…selepas itu sy berusaha mencari pengganti kerana sy tdk cpt merasa kesunyian….4 kali percubaan tetapi hampa……haruskan sy redha dan tawakal saja setelah sy berusaha…………..

  23. Sy dh brumur 27 thun. Dan sy rse trtekan d sebabkan oleh org skeliling yg brtnyakn ” bila nk kawin” or ” k.long ble nk bg mkn nsi mnyak”. So, skrg ni sy sdang mncari jodoh dan sy mrasakan umor sy dh layak untuk brkahwin

  24. sy pon tgh mencari calon suami..umur dah 24..dlu sy ad minat kat sowg laki ni ms kat u tp dy reject sy…sy sdih sgt..sy baik n tidak pernah couple..sy mencri lelaki yg sederhana yg ptg baik agama ea..spe berminat boleh pm sy kat fb Nabila Shukri…pleaseee

  25. rupanya ramai insan pemalu kat sini. saya rasa saya ni tidaklah pemalu sangat.. tapi tak pernah ada boyfriend pun.. dulu masa sekolah tak kisah sebab ramai kwan perempuan tapi sekarang dah 27. kawan untuk lepak2 pun dah kawin dan dah ada baby lagi…barulah aku terasa kesunyian..mana nak cari boyfriend ni…

  26. Byk kedukaan dlm hidup yg sy lalui dan telah sy buat yg terbaik utk dia. Tp kerana seorg ppuan sy di ceraikan. Saya janda anak 4 kktgn krjaan. Mencari lelaki yg bnr2 ikhlas dan dpt memberi didikan agama utk sy btrgjwb dan punya pkerjaan tg tetap juga mengutamkan keluarga

  27. sy dulu pernah ada bf, tp sy putus sbb rasa tak sesuai sbb dh byk benda jd dlm hubungam walaupun dh 5 tahun kenal. lepas ptus pon, sy memang takde suka pd sesiapa sbb blum ada yg berkenan. mesti ada je yg kurang pd mata sy. wlaupun kadang sy rasa mcm dh suka, tp hati sy keras terus menolak. kenapa mcm ni ye? adakah sbb sy dh tolak bf sy yg dh 5thun kenal tu? sy rasa berat sgt ujian ni. hati ni sunyi, tp mudah sgt tolak org yg dtg. hm harap sgt hati ni berubah

  28. Assalamualaikum.Saya berusia 24 tahun & ingin mencari calon isteri.dh puas mencari tapi asyik kne reject je

  29. Zul bole kite knal..

  30. Assalamualaikum.says berusia 23 tahun dan ingin mencari calon isteri.kalau berminat boleh reply

  31. assalamualaikum..sy mncari pasanngn hdup y dpt menerima sy seadanya.fb sitinaziha ..baik n ikhlas…jika sudi add st..sb sy susah nk cri colondk kt umh j..profile kartun brpurdah hijau usia 25..

    • wslm, saya nazrul berumur 26..saya juga sedang mencari calon isteri yang boleh menerima sedanya. saya ni pemalu….jika awak sudi kita boleh taaruf dahulu..

  32. Salam.saya berumur genap 32 thn pd 7feb ini. Insya Allah..berhajat utk mencari yang halal..
    Asal n9, bekerja Di kl..
    Tak berminat couple2..nak cari y serius..sbb umur pun da 30an..

  33. Saya jue,perasaan saya saat ni teruja sgt nak kawin. Tp saya takut dikongkong..hurmmm..calon pun xda lg..tp saya percaya perancangan allah lebih baik dan terbaik,saya terima dengan hati yg trbuka..mgkn allah tahu saya belum ckup berbakti pd org tua sbb tu allah belum temukan saya dgn seseorang..in sha allah masanya pasti tiba jua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*