Monday , 29 May 2017
Terbaru

Berkahwin Dengan Orang Yang Dicintai Atau Mencintai Orang Yang Dikahwini?

Suatu hari seorang teman bertanya kepada saya:

“Lady, ada 2 pilihan untukmu.

1. Menikah dengan orang yang kau cintai

2. Mencintai orang yang kau nikahi

Mana yang kau pilih?”

Saat itu spontan saya memilih yang kedua: Mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya).

“Kenapa?”

Hhm… iya ya, kenapa?

Sebab jodoh adalah hal yang pasti, meski masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum menemukannya. Sedangkan mencintai adalah hal yang berbeza. Mencintai seseorang saat belum ada hak atasnya, bagaikan menggenggam bara. Jika Allah berkenan menjadikannya pendamping seumur hidup, maka bara itu akan menjelma menjadi energi untuk meciptakan kebersamaan yang indah. Tetapi, jika Allah tidak berkenan mempersatukan, bara itu akan membakar, dan akan menghanguskan diri sendiri.

Lebih dari itu, pilihan kedua rasanya lebih aman dari berbagai penyakit hati, yang akan mengotori niat suci menikah karana Allah.

Itu jawapan saya saat itu. Tetapi, beberapa jenak setelah itu, saya termenung, cuba berfikir lebih dalam dan menyelami jauh ke dalam lubuk hati. Lalu, saya pun meneruskan pertanyaan itu kepada orang lain.

Sumber.

Pendapat Admin

Bagi pendapat admin CahayaIslam.net,  perkara di atas adalah hal yang sama. Usahlah berkahwin dengan orang yang kita tidak sukai. Alasannya dalam Islam sendiri menggariskan beberapa ciri wanita atau lelaki yang tidak layak dijadikan pasangan hidup. Selain itu kita diberi hak untuk memilih, bukan dipaksa untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dihantar kepada kita.

Untuk pilihan kedua iaitu mencintai insan yang dinikahi. Perkara itu sudah pasti perlu dilakukan. Bagaimanapun cinta itu datangnya dari hati, bukannya boleh dibuat-buat. Namun setelah menjadi suami atau isteri, amanahlah di atas tanggungjawab yang telah ditetapkan illahi. Cinta bukan sekadar rasa, tetapi ia hadir bersama amanah.

Wallahualam…

Pendapat anda pula bagaimana?

16 comments

  1. bagi saya, mencintai org yang menikahi saya… ^_^

  2. Kalau boleh berkahwin dengan orang yang dicintai itu satu yang membahagiakan, dan selepas tu pun perlu terus mencintai orang yang dikahwini tu.

    Tapi, pilihan kedua tu memang dah sah perlu. Dah kahwin, kenalah mencintai. Buat apa kahwin kalau tak kan?

  3. Mimie TOink Toink

    pada saye..saye akn memilih no2 mencintai org yg dinikahi
    saye rse bile kite da jmpe psangan yg ssuai..kite sharusnye mengenali diri die serba sedikit..tau latar belkang keluarga die..then bile da rse ssuai trus nikah mse tu baru la stat b’cintan cintun n knal die ngan lbih rpat..=)

  4. setuju, yg kedua itu penting, perlu mencintai orang yang kita kahwini. macam orang dulu2, tak bercinta pun, kawin pun atas dasar pilihan keluarga, tapi still boleh hidup bahagia sampai akhir hayat..sebab mereka work out to love each other lebih2 lagi bila dah start ada cahayamata…

  5. bagi seorang lelaki kawinlah wanita yg kamu cintai bukan dengan wanita yang mencintai kamu kerana lelaki xakan mampu melupakan wanita yg dia cintai sepanjang hayat. tapi bagi seorang wanita,kawinlah dengan lelaki yang mencintai kamu,bukan dengan orang yg kamu cintai kerana hati wanita sangat lembut dan mudah berubah.

  6. Setuju dengan admin.

    Menikahi orang yang dicintai, kemudian baru mencintai orang yang dinikahi.

  7. pd sy, mungkin yg kedua…

  8. yg kedua mungkin…

  9. Menikahi orang yang mencintaiku kerana Allah =)

  10. suka dgn komen are-were

  11. Apakah yang patu dilakukan jika kita jatuh cinta dengan orang yang telah berkahwin ?

  12. stuju dgn comment “bunjut”.. sy cintakn ex bf sgt,tpi rse akn cintakn llki yg akn sy kahwini nnti. tak tau lg siape.. :’)

  13. Sy mncintai org len..n bakal menikahi org len..sy prcya org yg menikhi sy pasti akn dpt mbhgiakn sy..amin..n lelaki yg sy cintai,sy redha pmrgian ny..;(

  14. Klo aq mati satu hri nnti aq hrp .. orang yg menyayangi ku.. akn jumpa wanita.. yg sma
    Seperti ku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*