Sunday , 23 July 2017
Terbaru

10 Cara Pamerkan Cinta Kepada Isteri

Cara Pamerkan Cinta Kepada Isteri

  1. Berikan isteri rasa selamat, elakkan diri menjadi agrasif.
  2. Ucapkan ‘Assalamualaikum’ ketika pulang ke rumah. Ia akan menghalau syaitan keluar dari rumah kita.
  3. Sabda Rasulullah, wanita itu diibaratkan sebagai kayu bengkok yang rapuh. Jika kita berkasar dengannya, ia akan patah. Jika kita biarkannya, ia tidak akan terus membengkok. Maka didiklah isteri dengan kasih sayang dan penuh kelembutan.
  4. Apabila ingin menegur isteri, lakukan ditempat yang privasi dan tenang. Jangan sesekali menegur isteri di hadapan orang lain atau di tempat awam. Ia akan melukakan hati dan menjatuhkan maruahnya.
  5. Sentiasa berlembut hati kepada isteri kita. Ia akan membuatkan isteri bertambah sayang kepada kita.
  6. Sentiasa duduk disebelah isteri dan sentuh atau peluk badannya. Ia akan membuatkan hatinya tenang.
  7. Elakkan marah, caranya adalah dengan sentiasa berwuduk. Sabda Rasulullah, jika kamu marah, pergilah berwuduk, jika belum reda, duduk, jika belum reda, maka berbaring.
  8. Sentiasa kemas dan wangi kerana wanita sukakan kebersihan.
  9. Jangan bersikap keras dan kasar, ia akan merosakkan hubungan kita dengan isteri. Sabda Rasulullah, “Lelaki yang paling baik di antara kamu adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya”.
  10. Sentiasa mendengar luahan dan kata-kata isteri. Jadilah pendengar yang baik kepada isteri tercinta.

 

One comment

  1. Saya br sj dpt tahu suami msg p’puan lain. Sy minta dia berterus terang tp die kata hny kwn. Sy curi2 bc msg dia n dia marah. Sy sedih, kami br sj dpt 2nd baby tahun lps. Dan br2 ni saje die buat perangai. Apa yg patut sy lakukan? ; nafiza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*