WanWMA » Pengurusan

Kenali Diri Dan Kerjaya Yang Diminati
Bismillahirrahmanirrahim.....

Soalan:

Saya ni seorg yang pendiam dan kurg bersosial.saya meminati bidang math,fizik dan kimia.tetapi saya tidk tahu apa pilihan kerjaya yg sy ada kerana sikap sy yg pendiam ini.saya juga seorg yg pemalu dan sukar berkata2 jika berdepan dengan orang ramai.boleh bantu saya?

Sebenarnya masalah ini melanda ramai anak-anak muda diluar sana. Meskipun pelbagai motivasi dan sesi kaunseling telah diadakan sejak peringkat sekolah lagi, soal ini masih menjadi igauan ramai. Mungkin unit kaunseling sekolah perlu dikaji semula? Entahlah, apa pun kita harap yang terbaik dari semua pihak untuk membantu mereka-mereka yang perlukan pandangan dan pendapat bernas dalam soal ini.

Kerjaya Yang Diminati

Blog ini adalah blog pembangunan diri dan motivasi, saya harus mengemukakan pandangan dari sudut pembangunan diri dan juga motivasi untuk persoalan di atas. Percaya atau tidak, ramai orang tidak berjaya mendapatkan kerja yang diminati tetapi mengambil keputusan untuk memilih kerja-kerja lain kerana terpaksa. Ya, terpaksa! Sebab bukan senang nak dapat kerja sekarang ni!

Tetapi itu bukanlah faktor utama kenapa kita tidak boleh meneruskan kerjaya dalam bidang yang kita minat. Sambil bekerja makan gaji pun kita masih mempunyai peluang untuk berusaha melakukan kerja-kerja yang kita minati di masa lapang. Tetapi adakah kita sanggup untuk memperjuangkan minat itu? Adakah kita akan berusaha merealisasikan apa yang kita minati?

Bidang Kerjaya Kita Bukan Berdasarkan Minat, Tetapi Berdasarkan Apa Yang Kita Perjuangkan!

Ya! Minat tidak mencukupi untuk kita merealisasikan apa yang kita suka kepada kerjaya kita di masa depan. Ia perlulah disertai dengan perjuangan yang bukan kepalang!

Kenapa Saya Tekankan Soal ‘Memperjuangkan’ Minat?

Sebab kita perlu berubah dari masa ke semasa. Langkah pertama untuk mendapatkan kerja yang diingin ialah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut. Boleh dikatakan ramai juga orang berjaya mengatasi langkah ini, tetapi ramai orang terkandas pada langkah kedua iaitu keyakinan diri, penampilan diri, perhubungan awan dan juga pergaulan sosial.

Memasuki alam pekerjaan merupakan fanomena baru dalam hidup kita. Melangkah ke alam baru memerlukan kelengkapan diri yang baru. Cuba keluarkan sikap-sikap yang selama ini tidak membantu kita merealisasikan kejayaan yang kita impikan!

Jika sebelum ini kita seorang pendiam, carilah peluang untuk belajar menjadi lebih mesra.

Jika selama ini kita seorang yang kurang bersosial, cubalah mendekatkan diri dengan orang-orang yang sama bidang dengan kita. Minta tunjuk ajar, nasihat, pandangan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Cari orang yang bercita-cita tinggi, tabah dan berani. Dekati mereka!

Jika selama ini kita hanya membaca dan mengulangkaji, cuba pula menghasilkan sesuatu idea menarik dari ilmu itu. Ini akan menjadi satu ‘nilai tambah’ untuk kita lebih ke depan berbanding orang lain!

Dan Ke semua Cadangan Di Atas Bukanlah Perkara Yang Mudah Dilakkukan Kecuali Kita Sanggup ‘Berjuang’ Melakukannya!

Akhir kata, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah kita perlu berubah! Kadang-kadang kita menilai diri kita sebagai seorang yang lemah, lalu kita berfikir-fikir, “Inilah diri aku..terimalah aku dalam keadaan ini!”. Seolah-olah kita memaksa masyarakat menerima kita seadanya. Sedangkan apa yang sepatutnya kita fikir ialah “Apa yang perlu aku lakukan supaya mereka boleh dan mahu menerima aku?”.

Memberi lebih baik dari menerima! Renung-renungkanlah bersama…

Sebaik saja menyiapkan diri dengan kelengkapan yang betul, bidang kerjaya yang boleh diterokai itu akan hadir dengan sendirinya..

Wallahualam.....

Ciri-ciri Organisasi Cemerlang
Bismillahirrahmanirrahim.....

Saya menerima satu soalan dari seorang pembaca blog ini yang bertanyakan tentang kretiria sebuah organisasi cemerlang. Terima kasih kepada yang bertanya.

Sesebuah organisasi pada kebiasaannya berkait rapat dengan pengurusan syarikat. Manakala syarikat pula pada kebiasaannya berkait rapat dengan perniagaan. Bila menyentuh soal perniagaan, banyak perkara yang boleh dianggap sebagai kritikal dan perlu dititik beratkan. Bermula dari Misi dan Visi, strategi, pelan pemasaran, produk, khidmat pelanggan sehinggalah pengurusan pekerja.

Dan semua aspek di atas perlu diuruskan oleh organisasi yang cemerlang! Apa yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah organisasi cemerlang ialah ‘Orang’! Ya, Orang! Orang atau kakitangan yang bagus akan menyelamatkan sebuah organisasi samada dari sudut pengurusan, pelan perancangan, kawalan kualiti, khidmat pelanggan dan sebagainya. Mereka dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dengan kreativiti mereka.

Bagaimana Untuk mendapatkan Orang Yang Bagus Dalam Organisasi? Apa Yang Syarikat Perlu Buat?

Terdapat 5 kunci utama dalam menguruskan perkara ini:

1. Upah orang yang betul

Sering berlaku dalam masyarakat kita di mana syarikat lebih suka mengambil pekerja dengan ‘kabel’ atau ‘bantuan orang dalam’. Mereka tidak betul-betul meneliti kemampuan pekerja tersebut. Sebenarnya mengambil pekerja dari jolokan ‘orang dalam’ tidak salah, asalkan pekerja tersebut benar-benar memiliki status yang layak untuk memenuhi jawatan tersebut.

Mengambil pekerja yang tidak berkelayakan ibarat menghancurkan organisasi sendiri.

2. Beri Mereka Kelengkapan Yang Baik Untuk Melakukan Kerja

Letakkan diri anda di tempat mereka dan fikirkan apakah yang mereka perlukan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik! Tanya diri anda:

Adakah mereka diberikan komputer yang pantas?

Adakah disediakan kabinet atau rak untuk penyusunan dokumen-dokumen penting?

Printer/ mesin fotostat yang mudah dicapai?

Program untuk mengumpul database pelanggan?

Sistem kerja yang efektif?

Peralatan pejabat yang lengkap?

3. Berikan Mereka Maklum Balas Positif

Banyak organisasi terlepas pandang akan perkara ini. Memberikan maklum balas yang baik terhadap tugas  yang dilakukan oleh para pekerja merupakan satu perkara yang amat penting dalam meningkatkan produktiviti mereka. Mereka sentiasa ingin tahu:

Adakah mereka lakukan kerja dengan baik.

Memahami apa dan bagaimana mereka perlu meningkatkan prestasi.

Memahami kepentingan mereka dalam kejayaan syarikat.

Mengetahui bagaimana mereka boleh naik pangkat dan gaji.

Mengetahui bagainama mereka boleh mengendalikan syarikat.

Syarikat menghargai usaha mereka.

Mahu berkomunikasi secara terbuka dengan pengarah.

Mempunyai matlamat dan impian untuk menjayakan syarikat.

4. Bangunkan Mereka

Sentiasa ingat! Organisasi atau syarikat tidak berkembang, ia bukan sesuatu entiti yang boleh berkembang secara sendirinya. Mungkin ia kelihatan berkembang apabila ia menunjukkan peningkatan produktiviti, peningkatan tahap efisen, menggunakan pendekatan kreatif, peningkatan keuntungan dan sebagainya. Namun faktor utama sesebuah organisasi atau syarikat itu mencapai tahap tersebut adalah kerana ‘orang di dalamnya’.

Oleh itu sentiasa bangunkan para pekerja dengan pelbagai pendekatan seperti motivasi diri, sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba perkara baru, betulkan kesilapan mereka dengan baik, berikan mereka ilmu yang berkaitan dan sebagainya.

5. Hargai Mereka.

Sebab utama kenapa pekerja meletakkan jawatan adalah kerana pengurusan yang tidak efektif dan kerana bos yang tidak baik. Mereka akan terus setia bekerja jika berada di bawah pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang.

Fahami keperluan mereka, iktiraf dan berikan mereka anugerah atas kejayaan mereka. Tunjukkan bahawa mereka begitu penting dalam syarikat atau organisasi tersebut. Jangan biarkan mereka terasa seolah-olah dipergunakan semata-mata. Rendahkan diri untuk berterima kasih!

Satu tip penting yang perlu disemat di dalam diri, tanamkan rasa bahawa kita saling memerlukan! Bukan rasa  seolah-olah mereka bergantung kepada kita atau kitalah yang menyara mereka! Hargai mereka sebagai satu organisasi bukan kuli!

Inilah antara faktor bagaimana memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang. Walau bagaimanapun, antara faktor penting lain yang perlu di titik beratkan dalam sesebuah organisasi ialah kredibiliti pemimpinnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang soal kepimpinan cemerlang anda boleh rujuk di sini.

Wallahualam.....

Desktop Kalendar Mac 2010 Percuma Dari Kedaikreatif.com
Bismillahirrahmanirrahim.....

Bulan 3 2010 adalah bulan di mana cuti sekolah akan berlangsung. Pada bulan ini ramai pasangan muda-mudi mengikat tali pernikahan. Sebagaimana saya, anda mungkin juga mendapat banyak jemputan ke kenduri kahwin saudara mara dan rakan-rakan. Bagi saya agak sukar untuk mengingati kesemua tarikh yang telah ditetapkan oleh mereka. Oleh yang demikian saya mengambil keputusan untuk menghasilkan desktop kalendar Mac 2010 yang mana saya boleh menulis tarikh-tarikh penting di situ.

Gambar di atas adalah desktop kalendar yang saya maksudkan. Saya ada kongsikan desktop kelendar ini secara percuma kepada semua pengunjung Blog Kedaikreatif.com. Anda boleh ke blog tersebut untuk mendapatkan Desktop Kalendar ini secara percuma!

Harapan saya semoga anda semua menyukai Desktop Kalendar ini. Dalam Blog Kedaikreatif.com saya ada tunjukkan sekali bagaimana saya menghasilkan kalendar tersebut dan saya juga sediakan satu video khas untuk anda belajar menukar warna Desktop Kalendar di atas mengikut warna yang anda suka! Pergi ke Blog Kedaikreatif.com sekarang untuk mendapatkannya!

Wallahualam.....

Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda
Bismillahirrahmanirrahim.....

Tentunya pembaca blog WanWMA adalah orang-orang yang sentiasa memandang ke depan dan mempunyai idea, rancangan, strategi dan pelbagai tugasan yang direncanakan. Keadaan ini memaksa kita sentiasa merancang tugasan dengan teliti dan kemas.

Mungkin setiap orang di antara kita mempunyai corak yang berbeza dalam mengendalikan idea dan pengurusan kerja masing2. Bagaimanapun saya ingin kongsikan satu cara yang mungkin praktikal untuk sama-sama kita gunakan iaitu dengan menghasilkan Mind Map atau Peta Minda.

Jika Peta Minda yang dihasilkan menggunakan kertas dan pen itu adalah perkara biasa yang anda dah pun tahu, apa yang ingin saya kongsikan ialah Peta Minda yang menggunakan komputer.

Terdapat beberapa perisian yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan Peta Minda yang cantik dan kemas seperti Peta Minda di atas, namun sesetengah perisian yang membantu anda menghasilkan rekabentuk Peta Minda yang cantik dan mudah di fahami adalah perisian berbayar. Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang, anda boleh memilih aplikasi percuma! Di sini saya akan senaraikan 3 jenis aplikasi yang boleh anda gunakan:

Freemind

Ia adalah perisian percuma yang anda boleh download dan gunakan dalam komputer anda. Klik di sini untuk dowload. Lihat video di bawah untuk pelajari cara menggunakannya!

Click here to view the embedded video.

Bubbl.us

Sebuah aplikasi internet yang membolehkan anda menghasilkan Peta Minda secara online dan kongsikan dengan rakan-rakan anda. Menariknya ialah kerana ia percuma! Klik di sini untuk ke web site bubbl.us. Lihat video di bawah untuk pelajari cara-cara menggunakannya.

Click here to view the embedded video.

MindJet

Mindjet adalah perisian berbayar yang agak mahal. Namun ia dikatakan ‘Leader’ dalam bidang ini. Mungkin kerana perisian Minjet amat berkuasa dan sangat efektif. Saya juga menggunakan Mindjet (macam biasa la, pakai torrent..hoho). Tonton video promo dan demonya di bawah.

Click here to view the embedded video.

Wallahualam.....

Anda Sedang Usahakan Perniagaan Kecil Atau Berpotensi?
Bismillahirrahmanirrahim.....

Hampir setiap hari saya menerima email, iklan di FB dan macam-macam bentuk pengiklanan yang menjanjikan pulangan wang cepat, mudah dan banyak. Pada kebiasaannya saya akan delete atau remove terus iklan seperti ini. Tetapi kadang-kadang saya akan membacanya juga untuk melihat potensi, strategi dan testimoni pengguna dan penjual.

Bagi saya, ada di antara sistem perniagaan, produk dan pelan yang dikemukakan sangat bagus dan berkesan. Namun ada juga yang tidak jelas dan amat tidak profesional. Pun begitu, ramai di antara kita ghairah menyertai program buat duit seumpama ini. Saya tidak kata ia suatu yang salah atau sia-sia, tetapi apa yang perlu kita fikirkan sebagai  usahawan yang inginkan kemajuan dalam perniagaan adalah lebih jauh dari itu.

Seperti anda, saya juga amat tertarik apabila melihat testimoni kejayaan yang ditunjukkan dalam program-program yang diiklankan kepada kita saban hari. Ada orang yang mendapat keuntungan lebih daripada RM10,000 dalam masa tak sampai 1 minggu. Hal ini benar-benar boleh berlaku dan saya juga tahu bagaimana caranya. Bagaimanapun, bukan perkara ini yang ingin saya ketengahkan hari ini.

Persoalan sekarang ialah kita sedang mengusahakan perniagaan kecil atau sebuah perniagaan yang berpotensi tinggi? Berbeza dengan ‘berniaga secara kecil-kecilan’, perniagaan kecil hanya perniagaan yang diusahakan untuk sementara  waktu dan tidak tahu hala tujunya. Sesetengah dari kita menganggap dengan menyertai sesuatu program buat wang, mereka akan dapat pulangan wang ribuan ringgit dengan ‘nasib baik’. Selepas masuk program tu, buat program ni pula dan begitulah seterusnya.

Mengusahakan perniagaan yang berpotensi memerlukan rancangan, penelitian, sistem dan pelan jangka panjang yang teratur dan sistematik. Kita tidak boleh bertindak secara rambang dan tidak boleh beriklan dengan cara melulu tanpa strategi yang betul.

Kenapa Perlukan Perniagaan Berpotensi?

Untuk apa sebenarnya kita berniaga? Saya amat yakin dan pasti, ramai di antara kita cuba memulakan perniagaan bukanlah disebabkan oleh minat, tetapi kerana ingin menambahkan sumber pendapatan. Mengusahakan perniagaan berpotensi tinggi membawa maksud kejayaan di masa depan. Sebaliknya jika mengusahakan perniagaan kecil, anda mungkin boleh mendapatkan wang dalam masa yang singkat. Namun ia hanya bertahan selama beberapa ketika sahaja.

Jika begitu, adakah matlamat utama anda untuk menambahkan pendapatan tercapai? Kita lihat ramai orang yang dapat wang puluhan ribu dalam masa yang singkat. Tetapi tanpa kita sedari, dalam masa yang singkat itu juga mereka menghabiskan wang yang mereka dapat dengan sia-sia. Keadaan ini tidak membawa sebarang perubahan kepada kejayaan mereka.

Jelaslah di sini, tindakan kita yang mahukan wang cepat tidak membawa apa-apa makna kepada matlamat asal kita iaitu untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan meringankan beban kewangan. Jika begitu adakah perlu kita menyertai program buat duit yang tidak menyumbangkan sebarang perubahan kepada kejayaan kita? Ya, tidak perlu! Melainkan untuk anda belajar dan ketahui selok-belok perniagaan seumpama itu.

Apa Beza Perniagaan Kecil & Perniagaan Berpotensi?

Baik, mari kita lihat perbandingan ringkas di bawah:

Ciri-ciri Utama

Perniagaan Kecil

Perniagaan Berpotensi

Visi & Misi yang jelas

Tiada

Ya

Pelan Pemasaran yg baik

Mungkin

Ya

Sistem yang sistematik

Tiada

Ya

Ketua & pengikut yg memahami Misi   & Visi perrniagaan

Tiada

Ya

Rancangan Jangka Pendek/   Panjang dan Masa Depan

Tiada

Ya

Mempunyai produk/ perkhidmatan yang berkualiti

Mungkin

Ya

Kajian dan   pembangunan

Tiada

Ya

Khidmat Pelanggan

Tiada

Ya

Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan yang berat sebelah. Perniagaan yang berpotensi memiliki hampir semua keperluan penting dalam kejayaan perniagaan, sebaliknya perniagaan kecil hampir tidak mungkin memiliki ciri-ciri tersebut.

Ciri-ciri di atas sesuai dijadikan panduan kepada anda yang ingin menyertai perniagaan yang menjanjikan pulangan wang yang banyak dan cepat. Sebelum anda mempromosikan sesuatu program buat wang atau produk orang lain, senaraikan dulu ciri ciri di atas. Tanya pada diri anda:

Adakah perniagaan ini mempunyai Visi dan Misi yang jelas? Atau hanya ingin merekrut ahli dan menjana pendapatan dari penyertaan ahli?

Adakah pelan yang digunakan mempunyai skim atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya?

Apa sistem perniagaan ini? Atau mungkin tiada sistem pun?

Jika perniagaan ini berjalan dengan hanya mempromosikan produk dan mencari ahli, adakah perniagaan ini akan mempunyai Leader (ketua) dan pengikut yang setia? Mampukah perniagaan ini memberi pulangan yang berbaloi kepada mereka?

Apa rancangan masa jangka pendek, panjang dan masa depan perniagaan ini dan apa pula rancangan saya untuk perniagaan ini? Mungkinkah tiada sebarang rancangan atau sekadar cuba-cuba saja?

Bagaimana dengan produk yang dikeluarkan? Adakah orang akan membeli produk jika mereka tidak menjalankan perniagaan ini? Atau produk itu hanya boneka yang dihasilkan sekadar untuk mengaburi mata ahli? Mereka bayar wang ahli dan dapat produk, kemudian cari orang lain masuk ahli dan dapat komisen?

Sudahkah sebarang kajian dan pembangunan untuk memajukan perniagaan dibuat? Atau ia hanya sekadar perniagaan biasa? Jual beli produk, cari orang/ahli, kemudian tiap-tiap bulan kira jumlah komisen?

Apa yang disediakan sebagai khidmat pelanggan? Ada tak satu pengurusan khas disediakan untuk sentiasa menjaga keyakinan dan keselesaan pelanggan?

Ini adalah antara ciri-ciri yang perlu anda fikirkan untuk memulakan perniagaan berpotensi. Jika perniagaan yang anda usahakan sekarang tidak menepati ciri-ciri di atas, adalah lebih baik ia dibuat kaji selidik dan pembangunan semula. Jika anda terfikir untuk meyertai program buat wang yang tidak menepati ciri-ciri di atas, hentikan saja niat anda kerana ia hanya membazirkan masa anda.

Kesimpulan

Berniaga secara kecil-kecilan tidak bermakna perniagaan anda tidak berpotensi tinggi. Apa yang menentukan perniagaan anda menjadi perniagaan kecil yang tiada sebarang matlamat kecuali untuk mendapatkan wang dengan perniagaan berpotensi tinggi ialah rancangan perniagaan yang efektif dan jelas!

Usah membazirkan masa melakukan perniagaan kecil yang tidak membawa anda ke mana-mana. Jika benar masa ini anda masih tidak tahu nak berniaga apa atau nak pilih perniagaan yang mana satu, gunakan masa ini untuk belajar strategi perniagaan, pemasaran dan sebagainya. Dekatkan diri anda dengan orang-orang yang berjaya dan carilah ilmu perniagaan yang sebenar. Jangan gunakan masa berkualiti anda dengan mencuba program buat wang yang tidak akan membawa apa-apa kejayaan kepada anda kecuali wang segera yang sementara (mungkin).

Wallahualam.....

Motivasi Kerja Oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah
Bismillahirrahmanirrahim.....

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

Jadi renungi lah :-

Ada antara      kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG      BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

Ada kala      kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

Adakala kita      rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

Adakala kita      rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

Adakala kita      rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang      mencipta KRISIS .

Adakala kita      rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih      MENGADA.

Adakala kita      suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita      tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

‘Mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Wallahualam.....